Pages

Tuesday, September 13, 2011

tengok,saya dah update

bila nak update blog??dari hari tu asek post sama je.
haha.baiklah baiklah.saya update la ni :p

lensa penghubung
err..macam ni ke kalau nak cakap contact lens dalam bahasa melayu??macam pelik benau(benar dalam bahasa melaka) je bunyinye.ok ape kes cakap bahasa melaka??haha abaikan tuan blog

hari tu saje try-test-uji-kaji-mengade-ngade nak buat contact lens.ke sebab ade orang pakai contact lens jugak hehe.

best ke pakai contact lens??
best.sebab rasa bebas.errk pe motif nak bebas bebas??rasa macam mata dah kembali normal,rasa kosong sebab tak pakai spek,rasa tak nak kelip mata langsung dan yang paling penting rasa muda.itulah dulu tak nak jaga mata betul-betul.bila Allah tarik sikit nikmat mata yang ada,baru nak hargai.tapi yang penting,Allah masih lagi memberi peluang untuk guna nikmat melihat walaupun memerlukan bantuan :) kepada adik-adik(cewah konon dalam rancangan kelab upin ipin) jagalah mata anda.ambik vitamin A banyak-banyak ea.errr nanti hypervitaminosis lak.makan laa carrot okey!!

nampak tak contact lens nye??owh lupe pulak.contact lens I neh colourless okeyh.ingat nak beli yang macam mate harimau ke,mata iguana ke kan tapi tak de la pulak.kalau ade pon tak de nye abah nak bagi pakai haha buang tebiat ape nak pakai mata kucing bagai.mata manusia ni dah cantik dah Allah bagi dengan iris pelbagai warna semulajadi.nak pulak mata orang asia ni warna hitam dan coklat.tak payah la tukar warna biru ke hijau ke.macam pelik je.padahal ade orang tu ade hati nak pakai mata biru konon macam mata kacukan huhu.

first time pakai,memang berjujuran air mata yang keluar ibarat tengok drama raya sedih+cite seram+scene titanic karam+hero cite mati.errr ape kes nak nanges tengok cite seram??first time kot pakai mende alah ni.rasa macam nak masukkan eye ball je padahal lens je pon.

ade sekali tu pakai,then rasa macam lens tu terjatuh.puas la cari terkuis kuis macam cari kuman kat lantai tu haaa.sekali tibe je rasa apasal mata kanan dah macam clear je.owh dapat super power ke tak payah pakai spect dah(bajet macam cite spiderman).rupenye lens tu dah selamat ade kat dalam mata harap maklum.

yang pelik,mata kanan kurang bagi kerjasama nak pakai lens.mata kiri okey je nak masuk.ke korang alami masalah same atau saya sorang je yang mengalami masalah terpencil sebegini??yang best tu,time nak cepat laa lens susah masuk.time relax ke or time tak nak cepat senang lak die masuk.hek eleh

******

"tukar jela yang baru"
"ala yang ni elok lagi.longgar sikit je"
"buat yang baru,yang lama boleh pakai lagi"
"ermm...kalau ade yang baru nanti yang lama dilupakan.orang sayang yang lama tu"
(okey ayat orang setia memang macam ni)

sesi dialog yang ala-ala telenovela bella calamidades(orang sebut je tajuk cite ni tapi tak pernah tengok pon) padahal nak suruh buat spect baru je pon.tak tahu la mungkin insan ini memang sayang spect lama die atau pun...sayang duit die.melayang RM390 oiiii wat spect baru neh.

tengok spect lama ku telah bertukar macam baru setelah dibasuh..err dicuci..err whatever oleh akak kedai spect tu.maka tak payah la buat spect baru yeah.haha memang nak kene bedah mata dengan optometrist kat situ kalau datang kedai spect semata mata nak cuci spect je.dahla nak cuci spect secara free.isy3 sape la tu yang nak free je keje die

beria posing nampaknye spect baru neh.kali ni buat yang de bingkai la pulak.bukan pe,letih saya nak menjaga spect mata yang tak de bingkai dengan sopan.mane tak nye keje asek nak campak spect merata-rata lepas tu lupa letak spect kat mane.

okey nak bagi sedikit sebanyak tip nak pakai contact lens.haa sila-sila baca.bawak sekali contact lens anda depan pc(pe motif??)

-seharusnya dapatkan nasihat dari optometris bertauliah dan malakukan pemeriksan sebelum memakai contact lens ni.nak dapat nasihat dari saya boleh jugak.nanti saya tolong google nasihat tu.risiko sendirian berhad la ea

-jangan pakai contact lens dah expired.kalau beli yang sebulan tu,jangan le bawak sampai 3 bulan.sebab dikhuatiri akan mendapat kesan masa panjang

-cuci bekas contact lens tu setiap minggu dan tukar 3 bulan sekali.penjagaan bekas contact lens pon penting

-apa yang penting nak pakai contact lens,kebersihan bukan kerjasama termasuk kebersihan tangan,kuku,bekas simpanan dan apa-apa yang terlibat dengan pemakaian contact lens neh.

-basuh tangan sebelum nak pakai pakai dan sebelum nak tanggal contact lens.owh ye elakkan penggunaan sabun yang terlalu banyak penggunaan pewangi,minyak atau produk mengandungi lanolin yang boleh melekat pada permukaan contact lens tu.tak payah la nak basuh tangan gune axion sunlight bagai.asal bersih sudah

selamat memakai contact lens!!ohcee dah macam blog pakar mata dah ni haa.semoga anda lebih berhealthy.(jangan tanye mane saya dapat word berhealthy hehe)

~baru teringat,contact lens = kanta lekap.bukan lensa penghubung
~kamu,saya dah update blog ni :p

3 comments:

Anonymous said...

owh bleh jgk ek antar spect juz untk cuci? dye cuci gne ape?

Anonymous said...

haha thx bcoz sudi update blog.ha bru la readers blog neh hepi je sokmo..

iman_insyirah said...

hantar spek just utk cuci tu xtau la bleh ke x.but then xtau die cuci gne pe.