Pages

Saturday, September 8, 2012

...malam raya bising itu normal...

salam 'alaik :)

know what??time exam rase busy banyak mende nak kene buat tak cukup masa tu laa rasa nak update blog membuak-buak.tapi time duduk rumah banyak masa free tak de buat apa-apa rasa malas macam siput baru lepas makan kenduri nak update blog ni.sampai ade niat nak tutup blog ni.nampak nau(benar in melaka) malasnye~dah kenapa ade speaking melaka pulak ni >muke sengih-sengih<

hari tu dah update pasal puasa,so sekarang ni nak update pasal raya lah pula :)

raya pertama di kampung ummi kat triang.raya kedua di kampung abah kat jerantut.dua-dua kat pahang.that's why laa tak pernah sekali pon tengok ummi abah gaduh nak balik mane haha.sebab tahun lepas raya pertama kat jerantut,raya kedua kat triang.jadi begitulah sistem giliran yang menjamin hidup aman damai tanpa perang dunia.untung jugak kampung dekat ni.tapi takdelaa merasa nak nyanyi lagu oowoooo balik kampung.belum sempat part oowooo balik kampung,dah sampai.~eh tipuuu je.take time sejam laa jugak okey nak sampai kampung tu

malam raya patutnye bawak-bawak laa bertakbir.tapi budak-budak neh bantai main bunge api.budak-budak huhu.disebabkan rumah nenek ni banyak kanak-kanak bawah umur,maka kami(errr kami??) beramai-ramai hanya mampu main mercun poppop alaa yang kecik-kecik bentuk bawang tu.paling tinggi pon tahap mercun gasing dengan mercun ape entah boleh terbang-terbang.jiran sebelah punye mercun bapakk power woo siyes cakap.(gambar kureng kualiti.kamera ai bukan diselar-DSLR okeyy)

tu diaaa.si ammar mursyid tunjuk skill main bunge api.kesian nyamuk sume lemas itu malam sebab asap kemain banyak.sesi main bunge api ni lepas maghrib.lepas isyak semua ahli keluarga di jemput masuk rumah sebab ade tahlil untuk arwah atuk.

biasa laa.malam raya memang gempak sikit.just imagine ade 7 keluarga dalam satu rumah(mak ade 11 adik beradik)masing-masing ade anak kecik-kecik.maka bergilir gilir laa menangis sorang-sorang.untung nenek ramai cucu kehkeh(rumah sebelah sunyi je sebab cucu dorang dah besar-besar)

pagi raya.sume orang dah bersiap nak pergi masjid sembahyang raya kecuali...errr ammar mursyid.spoil laa ini budak hahah.nak jugak tu masuk gambar

okey kite ketepikan ammar mursyid yg tak mandi pagi lagi tu.haa yang ni terdiri daripada anak,menantu,dan cucu nenek lelaki

yang ini pula anak,menantu,cucu nenek perempuan.yang berdiri tu sume mak budak termasuk yang duduk bertudung kuning.haaa yang lagi tiga duduk tu berstatus belum berkahwin(ape motif ayat ni tidak diketahui)

big family huhu.alamak muke nenek tak jelas sebab over lighting laa.dalam gambar ni ada nenek,anak nenek,menantu nenek,dan cucu-cucu nenek.ehsan gambar dari galaxy tab cik jila~

adam harith,dania qistina,iman umairah main pondok-pondok kot.

wah wah wah bukan main korang posing senyum sengih with my phone ye.yang paling kecik sengih paling lebar nampak gigi tu namanye zamzikri atau iki.yang ini suke sangat ikut saya dan suka ajak saya jalan-jalan.kire kitorang memang geng laa haha.

pantang nampak kite angkat phone.cepat je posing heh

alhamdulillah,rasa bersyukur sangat-sangat sebab dapat raya dengan family berkumpul ramai-ramai macam ni dikelilingi kanak-kanak 5 tahun ke bawah dan mak ayah sedare yang pemurah bagi duit raya banyak-banyak hehe.selagi tak kahwin selagi tu laa saya berhak mendapat duit raya haha~prinsip-buat-sendiri

cakap pasal duit raya,kepada sesiapa yang rasa nye belum memberi duit raya,kamu yang buat-buat tak tahu apa itu duit raya,kamu yang tibe-tibe je tak paham bila sebut duit raya,ingat.saya tuntut nanti.takpe duit raya terkumpul tu saya ambek satu hari nanti kehkeh.dengan kuih cornflakes sekali

~ingat nak buat lagi satu post,tapi tuan blog malas yang amat nak pasang suis batery laptop ni haaa.yes saya memang malas bab nak charge neh.
~post ini memakan masa seminggu untuk disiapkan.nak kata edit gambar tak jugak.nak kata karang ayat,ayat memang dah hura hara tu haa.ntoh le akma anis ni mende buat kat rumah tak tahu



4 comments:

PM said...


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ
أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Bermaksud: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Furqan:74)

Sinbei said...


رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي
أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ
صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي
إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Bermaksud: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Al-Ahqaf : 15)

Tok Dalang said...


رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا
أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.” (Al-Baqarah : 128)

iman_insyirah said...

syukran :)