tajuk macam biasa.nak laa bagi gempak sikit.padahal takde ape pon.okey tajuk yang agak kontroversi disitu huhu.tiada siapa yang menyerang dan diserang.cuma mangsa serangan kami ialah rumah.banyak rumah diserang tetamu pada hari raya hari tu.ayat belit-belit??okey-okey orang buat ayat senang.kami ex-student sktl pergi beraya.
rumah 1
rumah pertama adalah rumah farahiyah.
kirenye pakej lengkap laa ni beraya sekali dengan breakfast sebab kat rumah die ade nasi lemak,roti canai dan macam-macam.rumah pertama dah kenyang.macam mano nak raya rumah kedua dan seterusnya neh??
kirenye pakej lengkap laa ni beraya sekali dengan breakfast sebab kat rumah die ade nasi lemak,roti canai dan macam-macam.rumah pertama dah kenyang.macam mano nak raya rumah kedua dan seterusnya neh??
sementara nak tunggu cik farahiyah bersiap-siap nak join kitorang.sempat lagi hehe
rumah 2
rumah khairun zamiela.okey entah macam mana driver boleh terlajak simpang dan walaupun kereta kami kat depan sekali,tapi kami paling lambat sampai..maka kami digelakkan beramai-ramai bila sampai rumah miela.oowwhh fineee laa korang.jalan jam kot sebab tu kitorang lambat~alasan tak boleh terima langsung heh
kebetulan miela memang tengah buat makan-makan kat rumah dia.maka kami pon makan-makan laa lagi.macam-macam ada.
rumah 3
tibalah masanya rumahku diserang oleh mereka.jujur cakap kat rumah masa ni ada nasi impit dengan kuah kacang je.tapiii
ade laa sorang tu request koktel.sebab tiap-tiap tahun buat kan.maka beramai-ramai lah kami ke pasaraya tunas manja.nak beli 2 3 barang je tapi yang mengikut sampai 2 3 kereta.amboiii korang.saje je nak meramaikan manusia kat pasar raya tu.
insan gigih sedang memecahkan air batu.cewahhh.ade gaya masuk masterchef neh #perasankemaperasan
nak buat koktel je tapi sume pakat masuk dapur rumah ai neh macam nak masak rendang 5 kawah je
tadaaa dah siap.ini dia koktel hasil tangan kami haa hambek habeskan.orang yang baju merah tu laa yang request koktel(rujuk gambar ke 6)setakat koktel boleh laa .kalau die mintak nasi tomato ayam bbq kek pelangi air ribena memang takk laa nak buat hee :D
selepas menunaikan solat fardhu zohor kat rumahku syurgaku,kami bertolak ke destinasi seterusnya
rumah 4
di rumah cikgu haliza,guru kelas masa darjah 6
okey tak pe kitorang bagi dorang makan dulu.menu laksam.sedap!!sementara tu kami bergosip kat ruang tamu dengan cikgu hehe.
okey next!!kitorang lak yang take over meja makan tu.siyes cikgu ingat kot sorang-sorang punye perangai haha.maka bermacam-macam cerita lama dan rahsia turun temurun laa yang keluar.yang kagum tu,cikgu mase kitorang darjah 6 sampai sekarang tak berubah langsung.awet mude betul cikgu,macam anak murid die jugak hee :D
peace! ~dorang neh kemain lama bergosip sampai driver dah angkat kunci kereta siap dan siap buat sign times up!!haha.peduli laa kitorang nak borak lama sikit dengan cikgu ni.setahun sekali jumpe kan
rumah 5
rumah saudara aswan.kebetulan mak die pon buat masak-masak gak.laksam jua.tak pe kita makan lagi.yang baju hitam tu namenye asyraf dan memang dari sekolah rendah perangai die tak ubah suke usik orang lain.die usik budak yang lena tidur.yang best budak tu tidur lena je tak tergugat langsung.dahla suke hati je bagi nama budak tu harun
kali ni dorang suruh kitorang makan dulu untuk mengelakkan kelambatan masa kehkeh.finee korang.ingat kitorang makan lama sangat ke??kitorang kunyah lama sikit bagi penghadaman sempurna~okey ayat macam pakar pemakanan
selepas itu kami solat asar di masjid berdekatan.dan selepas itu meneruskan lagi pengembaraan
rumah 6
rumah syahir.dan dia adalah antara pesaingku dalam merebut kedudukan nombor 1 mase sekolah rendah dulu.dan mak dia masak mee goreng pulak.okey kitorang nak surrender tapi rezeki jangan ditolak huhu.tak pe kita makan lagiii
selepas itu kami singgah di masjid berdekatan untuk menunaikan solat maghrib
rumah 7
pada mulanya kami memang nak balik dah.tak larat dah nak makan dan jalan-jalan.tapi hisyam pulak jemput datang rumah akak die dah masak banyak.okey,rezeki jangan ditolak hee :D
begitulah terjadinya sesi serang menyerang rumah diorang.sekali datang 4 kereta tuu.ni pon kire macam reunion laa untuk kami dak sekolah rendah.sementara masing-masing masih lagi duduk temerloh ni kan.nanti dah kerja semua bawak haluan sendiri mesti susah nak jumpe dah.ada yang jadi engineer,businessman,pakar komputer,peguam,doktor.insyaAllah :)
~7 rumah dalam masa sehari.7 kali makan.yaa ampunnn banyaknyee makan kema
~sume orang pon dah tinggi-tinggi.saya je ke yang memang tak berubah dari darjah 6??haha...takpe awet mude.umur saya??biarlah rahsia>>okey dah macam iklan pencuci muka
~macam-macam perangai masing-masing.ade je mende nak buat kelakar
~macam-macam perangai masing-masing.ade je mende nak buat kelakar
2 comments:
amboii kema,mkn bnyk nmpk!xshare dgn tok dalang pn!:p
hahahah
tok dalang mne bleh mkn byk2
nti naik drh tinggi :P
Post a Comment