Pages

Monday, April 22, 2013

salah.malu.maaf.

semua orang buat salah kat dunia ni.
tapi terpulang nak mengaku salah.
atau menyembunyikan kesalahan.
hanya yang berani mengaku kesalahan.

semua orang mampu meminta maaf
tapi tak ramai yang ungkapkan maaf
dan tak semua mampu memaafkan.
hanya yang berhati mulia memberi kemaafan.

saya muhasabah diri.post-mortem nurani.ya,saya manusia biasa yang banyak melakukan kesalahan.bukan malaikat yang setiap masa melakukan kebaikan.

tapi dengan kesalahan,
kita belajar untuk tidak melakukannya lagi
dan dari situ kita tahu,apa yang kita buat itu salah.
mungkin juga kita tidak nampak itu adalah salah.

fuh.saya dah lama tak update blog rupanya.lepas tu update dah tetibe cakap pasal salah maaf skema dah macam puisi pujangga dah tengok ni haa.

baru je lepas cari bahan assignment.hampir nak shutdown laptop.tetibe ternampak ym.owh tetibe rasa macam nak baca ym yang lama-lama.dan tetibe rasa macam nak update blog.

bila baca ym yang lama-lama,rasa kelakar.serius kelakar!sebab saya pernah buat salah dengan seseorang ni.dan saya dengan jujurnya mengaku kesalahan saya.cewah jujur katanya!dan orang tu tak marah pon.seriusly tak nak marah?dah bagi peluang marah tu*ek eleh konon nak sangat kene marah.kang marah betul-betul ade yang nanges tak berhenti heh*

kelakar sebab tetibe rasa macam"serius ke aku buat macam tu.alamak malunyeeeee!"
dan lagi kelakar sebab"serius ke aku bagitahu dia direct jujur macam tu?serius??"
ya,serius.dan serius malu!

takpelah.cerita lama.entah dia ingat entah tak.harap-harap tak ingat haha.
tapi saya takkan lupe laa kot.anyway orang yang lahir bulan 7 ni memang suke kenang cerita lama dan sentimental -.- *suke hati je tuduh orang bulan 7 macam neh*

okey.sila tidur sekarang.saya tak nak makan gula-gula sambil tengok operation dah(maksudnya tak nak mengantuk dalam kelas).tapi kalau operation larynx(bahagian leher) okey laa kot.kalau operation hidung.errrr....

lagi satu.kalau anda ada buat salah,mengaku je dan mintak maaf.memang malu.tapi apa yang nak dimalukan dengan meminta maaf.manusia yang buat salah dan tak mintak maaf patut malu.kan?

~thank you awak.sincerely me.