Pages

Wednesday, April 3, 2013

busy katanya...

salam 'alaik!

fuhhhhhhhh fuhhhhhhh*tiup habuk dan debu kat blog ni sambil-sambil buang sarang labah-labah*
ohcee konon macam lama tak update blog.tapi memang rasa lama pon.

masuk round ophthalmology,sibuk prepare untuk presentation.dalam masa yang sama ada program batch I-fest.(islamik festival)bukan C-fest okey.I-fest.c-fest tu kat tempat lain hehe....okey tetibe.abaikan abaikan

preparation untuk presentation tak tahu nak cakap apa.jalan pon macam dah tak pijak tanah dah time neh.cuak punye pasal bila dengar group lain punye presentation doktor sangat tegas.apa lagi kami pon buat laa 'mock' presentation sehari sebelum present dengan harapan dapat puaskan hati doktor.dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

tak lama lepas tu pulak kene prepare untuk end round exam.kali ni tiada ujian bertulis.okey lega....
tapi ada ujian clinical dan oral(doktor tanya soalan dan jawab dengan mulut sendiri depan doktor) maka terus rasa macam arghhhhhh.but at the end alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.

kemudian sambung lagi program batch.
lagi esok ada international day kesian tengok housemate bersengkang mata buat bahan.takpe esok kite berjemaah menyiapkan booth.
jumaat ada program sukan Inter Chapter gamEs(I.C.E) pulak.

penat?haruslah penat.saaaangat penat sebab kadang-kadang rasa macam takde masa untuk diri sendiri.cewah ayat macam orang berkerjaya tak balik rumah seminggu je.
normal laa kehidupan seorang pelajar macam ni kan.tapi saya rasa okey je.
sebab masa kosong/masa lapang tu membunuh sebenarnya.
daripada kita banyak leka dengan perkara tak berfaedah,lebih baik kita sibukkan diri dengan sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.
takpon perkara yang berfaedah kepada diri sendiri.
seperti bersukan,baca buku,tak pon pergi study,pergi camping.ehh??

group presentation ophthalmology dengan doktor omar selaku pemantau group kami yang saaaangatlah susah nak jumpa.kalau dapat jumpa pon sekejap je tu pon sampai kene kejar doktor haih kalah artis dah.ape memang macam artis?nak sign??sorry round ophthal dah habes dan tak dah kot jumpe doktor neh haha.

~sekarang round otorhinolaryngology-head & neck surgery atau ear nose throat atau ENT-HNS.okey sape-sape yang sakit telinga hidung tersumbat sakit tekak boleh jumpa saya lepas ni dan sila buat appointment dulu :P


2 comments:

PM said...

awesome!nice story!

iman_insyirah said...

PM,
heee :D