Pages

Wednesday, May 22, 2013

tersesat malu bertanya...

salam 'alaik
wah wah sudah berapa lama tidak update ini blog?
kalau kulat boleh tumbuh kat blog neh rasa memang lama dah berkulat neh.

pertama.
internet rumah takde sekarang ini kerana faktor tertentu.
okey malas nak listkan faktor tu.tapi tengah on the way nak buat internet.susah payah mengalir air mata darah nak buat line internet tak payah cakap laa.okey tak sampai air mata darah.bergenang sikit je ade.susah nak deal dengan orang arab tahu.

kedua.
round ENT(ear nose throat) dah habis alhamdulillah baru selesai tadi.emm disebabkan saya sedang mengalami beberapa masalah maka jujur cakap saya tak dapat nak fokus langsung exam ni.'ala kulli hal Allah tolong dengan hadirkan saya insan-insan yang banyakk bagi support.doakan supaya semuanya dipermudahkan final nanti T_T

ketiga.
i'm on drug so jangan nak buat macam-macam dengan saya.hahaha macam ambek drug ape je.saya dalam usaha untuk meningkatkan tahap hemoglobin dalam darah berikutan berlaku sangat banyak complaint
"kema ko nampak pucat"
"apsal ko nampak tak sihat?"
"ko okey tak ni"

SAYA OKEY ALHAMDULILLAH :)
selagi anda nampak saya boleh berlari-lari kejar mengejar dengan lipas maknanya saya masih okey.
selagi kamu nampak saya membebel bebel marah lipas jatuhkan barang kat dapur maknanya saya okey.
selagi korang nampak saya update blog dan post blog tu tak berfaedah langsung banyak mengarut je maknanya saya okey.

nampak tak saya syok sendiri kat situ kengkonon satu dunia nak tahu saya okey ke tak.haaa maknanya saya normal laa ni

saya dari tahun 1 lagi ada masalah ini tapi buat tak tahu.pernah doktor prescribe ubat dulu tapi lepas sehari dua saya dapat rasa side effect die terus tak nak ambek.well i'm doc-to-be so saya berhak prescribe ubat saya sendiri.owh perasan tahap melampau.

dan tahun ini mungkin disebabkan tekanan kerja cewah maka level hemoglobin dalam darah sangat rendah dan perlu melakukan blood transfussion.okey sape nak derma darah kat saya??saya nak darah orang yang rajin je.owh tapi saya tak nak buat semua itu lebih lebih lagi kat mesir.risiko blood transfussion ni banyak.

maka saya memilih untuk menjalani medical treatment sahaja dan kesannya doktor prescribe 5 jenis ubat yang bukan sahaja kene makan tapi kene inject sobsob T.T pengalaman sangat niiiii sebab tu tulis.

dan sebab tu rasa nak balik malaysia cepat-cepat :(

apa pun saya kene kuat.

dan sekarang saya faham perasaan seorang pesakit.

mula-mula jadi patient,lama-lama jadi doktor 2016 nanti ameen!(peribahasa baru)

keempat.
doakan saya tabah dan disiplin dalam pengambilan ubat dan penjagaan makanan.bukan apa,hari pertama ambek ubat terus rasa dah sihat dah hemoglobin level dah naik sampai 15 padahal ada lagi lebih kurang 10 kotak ubat nak kene habiskan.bertuah tak ini budak?

kelima.
saya akan menghadapi final exam tidak lama lagi.doakan segala urusan saya dan sahabat dipermudahkan dan kami berjaya dengan cemerlang ameen!

keenam.
saya tak sabar nak balik malaysia.

ketujuh.
Allah datangkan ujian sebab Dia sayang.dan Allah tak uji sesuatu yang kita tidak mampu.dalam masa yang sama Dia hadirkan insan-insan yang banyak membantu saat diperlukan dan diri terasa putus asa.maka sentiasa bersangka baik pada yang Maha Mengetahui kerana semua yang berlaku ada hikmahnya.percayalah :')

kelapan.
alhamdulillah ya Allah :)

kesembilan.
terima kasih kamu,korang dan semua

kesepuluh.
dah cukup nak pergi masak ni.owh ye terima kasih internet yang tersesat masuk kedalam rumah ni.sebab tu tajuk post ni "tersesat malu bertanya" diambil sempena internet sesat ni.mohon bertahan lama ye internet sesat.

4 comments:

Sinbei said...

Sinbei walaupun kuat mkn,tapi sinbei rajin mkn ubat jgk!so contohi saya!hheheh..nklu nk contohi gaya pemakann saya pn boleh,nt jdk bulat je :p

iman_insyirah said...

sinbei,
okey boleh laa nk contohi xkesa kalau jd bulat pon haha :P

Sinbei said...

yeke x kesah klu jdk bulat???? :p

iman_insyirah said...

haha tak kesah :P