firstly,mintak maaf laa kalau entry ni berbau emo.memang nak emo neh.memang memang.
situasi satu:
gedegang ketang ketung gedegung!!!!
(kedengaran bunyi ada sesuatu jatuh di dapur)
"woi!!!kot ye pon nak gaduh laki bini jangan laa libatkan pinggan mangkuk kitorang!!!dahlaa masuk tak bayar sewa lepas tu dok perabis harta kitorang pulakk hamboiiii ingat duit JPA ni memang untuk sara korang laki bini anak beranak ke??"
daku menjerit dari dalam bilik.malas nak menjenguk apa yang terjadi.kalau tengok kang lagi sakit hati ada.
situasi dua :
sedang khusyuk mengahadap buku commed tiba-tiba ada sesuatu yang melintas di hadapanku.kengkonon nak buat surprise laa.hellllooooo tak surprise hokeyyy.ko ingat orang kebulur sangat dengan surprise ko?lagi buat orang terkejut ada laa(ape beza surprise dengan terkejut?)jantung ko tahu??dah habis distracted dah nak study.pulangkan balik ke-khusyuk-kan ku.haisy!!
situasi tiga:
"ko ingat orang letak mende warna-warni tu saje-saje interior design ke hape??orang nak bagi ko mati sengsara tapi ko boleh laluuuuu je kat sebelah mende tu siap eksyen lagi kengkonon mende bulat warna-warni tu memang tak bagi efek apa-apa.derrrr ko ni spesies hapee haa????!!
okey stop kema.sabar sabar.relek relek.cool cool...
tak gune nak marah pon.die tak kan faham.die akan buat muka tak tahu.die akan buat muke tak de perasaan.buat mempercepatkan proses penuaan je marah-marah sume neh.i baru nak awet mude tau haisy memang laa mende neh menguji kesabaran.
okey takpe LIPAS!!!!
sebelum ni memang saya tak berani dengan menatang neh.tapi dah lama-lama lali jugak.maka tahun ini ada peningkatan sikit.saya dah berani kejar yang bersize xs.yang size s dan ke atas memang suruh noni je yang kejar.
dapur kami bersih okey.memang setiap kali lepas masak akan kemas lap-lap semua.tapi tu laa yang dorang suka.high maintenance lipas sekarang ek.
pastu semua makanan die nak jilat.nasi kosong pon ko nak jilat ke wehhhh tak rasa pape pon.yang tu okey lagi.ni yang kes ubat gegat(mende bulat warna warni)pon tak de efek kat mende neh.die boleh lalu sebelah je.lalu sebelah okeyyy.ape die ingat tu mentos berperisa buah buahan ke hape??!!
haa ni lagi satu.hari tu ade buat operasi hapus besar besaran.yang terkejut tu sekor lipas tu kene sembur 4 5 kali baru pening lepas tu pengsan lepas tu koma lepas tu baru nak mati.mak aiii bapak liat nyawa lipas neh menuntut ilmu kebal dari mane tak tahu -.-
pada suatu pagi,niat di hati nak masak air.sekali ade sekor dalam heater air tu.nak korek nak keluarkan tak berani.maka ting!timbul laa idea nakal sikit.saya panaskan je air kat dalam tu dengan harapan die akan keluar dan lepas tu senang laa saya nak basuh heater tu tanpa ada rasa cuak.sekali time panaskan heater tu die tak keluar pon!die masuk lagi dalam adaaa!!!hamboiiiihhhh ko ingat orang nak tolong buatkan sauna untuk ko ke wehhhh *hampir nak nanges gak kene uji macam tu T_T.sabar tahap tera giga dah neh*
bengkak tak bengkak hati bila macam tu?
stress bukan sebab study tahu.stress sebab kamu lipas.tekanang perasaang sungguh
okey.die makhluk Allah.dia nak hidup jugak.dan dah memang musim summer ni musim dia.mahu dibuat bagaimana lagi??tapi jangan harap laa boleh kongsi makanan dengan kitorang heh.sekarang ni sebarang makanan akan dikuarantin dalam bilik dan ditutup rapat kedap udara dengan security system yang tak mungkin dapat terlepas.nasib baik tak letak laser dengan cctv je keliling makanan.
sabor je laaa kema -.-
~bukan takut okey.geli jeee especially kalau tengok sesungut die tu.eiiii
~agak-agak kalau bela kucing,die nak tak tolong kejar lipas??
~silap hari bulan dah ade sekor dua yang terlepas masuk dalam laptop ni.haa masuklaa masuk.mati kepanasan ke,mati kene attack dengan virus trojan ke,mati kene current ke memang orang tak tanggung.bagitahu siap-siap ni.
Thursday, May 30, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
erkkk klu sinbei dlu bela kucing,sekor cicak pn dh xde.so xtau la kot2 ad effect kt lipas.haha
sinbei,
emmm sekor cicak pon takde ea.takot lipas tu kejar kucing tu balik(macam cite oggy n cockroaches)haha
luls~
rumah kotor kah?
:P
luqman,
aiii aiiii
haha mane ade kotor.tiap2 kali masak mesti kemas ouh.lipas skang high standard tak main tempat kotor neh :P
isy2 pengaroh cartoon bnyk doctor-to-be ni :p..lol
PM,
cartoon sesuai untuk setiap lapisan umur hee :D
untung lipas nih, kerap masuk blog
faris,
masuk pulak blog yang 'ramai laa sangat follower' heh
Haha,ada gak org jenguk...
haha
lipas oii lipas..
dah tak de cara dah nk buat dia pergi
tapi situasi satu tu mmg epik la
mesti satu family tgh gaduh tu
tapi bgs juga, time kita tak de diorng (dia orang???haha),boleh tolong jaga rumah
harap2 lps balik cuti ni,semua dah hilang la :)
haha
lipas oii lipas..
dah tak de cara dah nk buat dia pergi
tapi situasi satu tu mmg epik la
mesti satu family tgh gaduh tu
tapi bgs juga, time kita tak de diorng (dia orang???haha),boleh tolong jaga rumah
harap2 lps balik cuti ni,semua dah hilang la :)
pka,
tak kire tolong jaga rumah ke,ape ke
dorg patut kene bayar sewa rumah sekali laa huhu
Post a Comment