Pages

Thursday, June 13, 2013

pinjam semangat...

tengah study ophthal,tetibe tangan rasa macam nak bukak smart voip dan dial nombor ummi
dalam hati dah nekad,kalau ummi tanya kenapa call,nak jawab saje je nak kacau hehehe
padahalllll.....zzzzzz......
(sila lengkapkan ayat tidak melebihi15 patah perkataan)

selalunya lepas tu mesti suruh ummi online skype
dan bermulalah gosip anak beranak
"ummi,dengar ni kaklong nak cite hari tu kan..............."
haha takdelah gosip sangat.cerita je apa nak cerita.
dan selalunya abah akan join lambat sikit lepas abah balik dari surau baru join diskusi kitorang ni

dan tadi masuk bab penuaan.ini semua post atiqah azman punye pasal penuaan bermula umur 25 kehkeh.

kadang-kadang call bukan ada perkara penting pon.
sebab selalunya banyak cerita benda tak penting,tapi nak jugak share
kadang-kadang call pon bukan luah masalah
tapi selalunya,lepas call tu rasa hilang sume serabut.
*kema anis jenis kalau nak luah masalah,air mata yang terluah dulu.sudahnya masalah tu tak terluah pon.haihlaaa.dah macam drama raya pulak.lastly,tak jadi nak cite problem*
yang pasti,ada rasa lega bila tengok 2 insan istimewa itu sihat dan boleh lihat mereka senyum.

tanpa kita sedar,kita menginjak dewasa,dan mereka semakin berumur.
tapi saya rasa hanya 12 tahun je mereka selalu ada depan mata saya.
dan 10 tahun melihat mereka dari jauh sahaja.dan dalam tempoh singkat.
5 tahun dah kat asrama,dan 6 tahun setengah kat sini.
*eh bunyi macam 11tahun tak balik rumah padahal tiap-tiap tahun balik.tak payah nak drama sangat kema*
lepas tu nanti nak kerja kat putrajaya pulak kan
*tak tahu laa kenapa suka sangat kat putrajaya tu*

bersyukur Allah beri peluang untuk hargai insan tersayang.
ada yang Allah uji dengan ambil orang yang mereka sayang.
dan insan yang diuji,tanda Allah sayang.

di sini,setiap hari.
saya doa Allah jaga insan-insan yang saya sayang,lindungi mereka dari segala keburukan.
sebab saya tak boleh nak jaga mereka dari jauh,setiap masa.
bila saya kata "jaga diri" "take care"
i really mean it...
yes,really.
so take care!

~dari dulu lagi nampak kalau buat sesuatu memang semangat.maka saya nak pinjam sedikit semangat tu.:)
~sebenarnya saya....ada lagi 3 paper.hahaha!!habislah dah terjebak dengan cerita SSID.dah balik ni nak cari novel dia boleh tahu siap-siap ending dia macam mana

4 comments:

atiqah said...

haip2! (sje nak komen sbb ade nama aku.haha)

Anonymous said...

Hello. And Bye.

Pika said...

xpe biar penuaan bermula
sebab tua dan mati tu kan benda yang pasti

y tak pastinya,
moga persahabatan kita semua x akn pernah mengalami proses y dipanggil penuaan itu.. lol -mcm poyo pl, boleh la nk gelak pun-

apa yang penting sekali,
semoga amal kita tak pernah kenal langsung perkataan penuaan itu (peringatan pd diri y hina dina ini)
:)

iman_insyirah said...

pka,

yup betul tu.semoga amalan makin bertambah dgn bertambahnya usia.

~hina dina?haha perkataan baru ke mmg ade?xpernah dgr pon.