Pages

Monday, June 3, 2013

maaf,saya kat africa

selalu nak akhir tahun sebelum balik malaysia memang kami serumah akan pergi makan-makan kat mana-mana kire macam jamuan akhir tahun laa.

errrr tapi awal tahun pon pergi makan-makan jugak.tengah tahun pon pergi makan-makan jugak.dah gane ni asek makan je keje??nak kata ambek kos food technologies asek makan je keje tak jugak-.-

maka kami merancang untuk pergi makan ke planet lain.kellllassss ko jah makan tak nak kat bumi.tak main laa setakat makan kat oversea paris london jepun bagai tuuu.kita pergi planet lain terus nak tengok sedap ke tak makanan kat planet lain ni.

saya dah sampai dulu planet ni,yang sheikh muzafar pon tak pernah sampai lagi*yakin betul sheikh muzafar tak pernah sampai heh*

tadaaaaa dah sampai depan planet.planet africa nama die(planet laaa sangat).planet yang dipenuhi makhluk-makhluk africa seperti ular yang besar tu,gajah,orang hutan dan dinasour.siyes ada dinasour.

suasana dalam planet.restoren ni bertemakan africa yang kalau masuk je terus rasa macam masuk hutan amazon dengan bunyi gajahnya dengan ada buaya nya.eh amazon kat africa ke*fail geography*

hambek nak sangat merasa makanan kat planet lain nama menu pon pelik-pelik dah sampai waiter dah sampai pon still lagi tak tahu nak order apa.patut study dulu awal-awal buku menu before pergi

dan ini hasilnya.africa centre apa entah nama dia.kalau ghupe ini gaya pergi hidang kat juri masterchef mesti die komen"plating ni saya tengok kurang menarik.mungkin dia akan nampak lebih meriah jika anda tambah nasi warna warni"hahaha suka hati.tapi rasa sedap!menu utama adalah stik daging tu.nasi dan fries tu adalah side dish.saya dah agak dah tak payah ambek nasi pon boleh kenyang dengan stik tu tapi tu laaahhh.gadis melayu laa katakan nak jugakkkk nasi.

dan saya tak tahu laa daging tu yang liat ke,atau pisau tak tajam ke,atau saya yang tak reti nak makan stik sebab take time lama nak kerat daging huhu.mujur tak terpelanting je daging tu.awak,saya tak nak dinner makan stik dah.nak makan pengat pisang je*lollllzzz bajet ade orang nak bawak pegi dinner*

kami berlima.maaf segala salah silap.terima kasih untuk segalanya :) *hari tu dah bagi ucapan special kat fb kan?i segan nak tulis balik kehkeh >_< *

uiiii banyaknyeee gigi die!!kan saya dah cakap ada dinasour-.-

~
pesanan penaja planet africa : kalau kema anis malas-malas tarik je telinga die macam ni.dah pergi sambung study~baekkkk

owh last.harga okey.caj servis tak banyak sangat.ni kalau bawak ammar mursyid mahu hilang gigi dinasour tu tak pon sebelah telinga orang utan tu.ada laa feeling macam kat africa tapi ada jugak rasa macam makan kat dalam zoo haha.overall best!

~dah nak final exam dah.doakan saya dan kawan-kawan!
~all the best jugak kepada kamu yang nak final exam :D

4 comments:

Sinbei said...

waaa colourfulnye tudung!hehe pelangi :p

iman_insyirah said...

sinbei,
tau dah kat africa xde pelangi tu yg bwk pelangi sekali :P

Tok Dalang said...

eh aah laaaa.tudung muslimah ni PELANGI...cantik..nmpk keriangan disitu :p

iman_insyirah said...

tok dalang,
haha perlu ke besarkan PELANGI tu :P