Pages

Friday, April 25, 2014

kema's logics

"kema,incarceration tu ape?"

aku diam.tak tahu.adakah ini complication of benign ovarian neoplasms?
terus capai dorland's pocket medical dictionary kat rak buku kuning sebelah meja study.

terbukak page depan sekali.terlihat nama aku,tulisan jawi dan rumi.depannya ade title doktor dengan tulisan yang tersendiri.special writing tuu.from special request.aku tersenyum sekejap.macam kelakar pon ada.mintak orang lain tuliskan nama.apa buruk sangat ke tulisan sendiri?memang buruk pon lol.aku rasa makin lama makin buruk tulisan dah tak boleh nak cantikkan dah(bila masanya tulisan cantik?).maka aku rasa buku yang aku akan hadap time aku keje nanti,haruslah ditulis dengan tulisan cantik supaya tidaklah berbulu mata aku nanti haha.dah kenapa ayat macam novel?

mencari word incarceration : unnatural retention or confinement of a part.

unnatural retention?retention?kepala otak aku membayangkan yang ade mende jadi memanjang.

incarceration,buku teks tahun 5 gynaecology page 244 : ovarian cyst may be impacted in Douglas pouch(kalau dalam buku kadang-kadang dia tulis DP je.ade sekali tu aku terbaca sebagai 'display picture'),particularly in large size tumor.

"isy jauh sangat tu ovary boleh pegi dekat DP"kata kawan.

emm...mungkin sebab kat ovary tu ade tumor yang besar dan berat sehinggakan dia tarik ovary tu sampai ke DP?aku menjawab.ikut logik aku.

"emm.logik logik"kawan jawab.

"errrr weh aku ikut logik aku je ko janganlah ikut sangat"risau aku kalau bawak ajaran sesat dalam medic.

ini yang aku buat.dari tahun 1 sampai tahun 5.eh tak.dari sekolah sampai sekarang.suka ikut logik sendiri.macam manalah sejarah tingkatan 3 nak dapat A kalau aku bulat-bulat je jawapan abc sejarah ikut logik aku?

anatomy pon aku jawab ikut logik padahal mende tu kene ingat.tapi aku buat teknik imagination-but-still-with-kema's logic.emm bolehlaa membantu sikit-sikit.

bagi aku,kalau aku nak faham sesuatu tu,aku akan imagine mengikut kefahaman aku,bukan kefahaman orang lain.maka wujudlah teori kema's logic.

owh aku apply ni dalam medic sahaja.tapi tak seratus peratus.just in case untuk aku nak ingat certain things je.

dan logik aku tahun ini :

1)hanya orang yang beli tiket sekali dan ummi abah dan orang terdekat je aku bagitahu bila aku balik.

2)aku tak nak mengharap apa-apa berlaku dalam bulan 7 sebab nanti aku sedih.lol sangat kan?anyway takde ape-ape pon dalam bulan 7.sama je macam bulan lain.eh tak bulan 7 ni puasa dan akhir bulan 7 raya.


~jujur.aku memang tak sabar nak balik rumah neh.kalau boleh aku nak balik rumah time cuti hari pekerja 1mei nanti.owh logik sangat pemikiran sebegitu.

~rasa berilmiah sikit post blog ada masuk unsur O&G lollllzzz





0 comments: