Pages

Tuesday, January 27, 2015

bukan tak nak.tapi...

jam yang aku cerita dah mati hari tu tetibe hidup semula weh.

cerita dia aku biar je jam tu kat atas meja.tak terdetik pon nak buang.biasalah aku ni jenis susah nak move on lol.tetibe tadi balik kelas elok hidup pulak jam tuuuu.alhamdulillah tak payah beli jam baru :D

nampak tak cuti winter aku takde motif sangat pasal jam tangan mati pon nak cerita dalam blog.

sebenarnya aku rindu rumah weh.aku jeles tengok orang balik malaysia.kenapa laa tiket flight tu harga dia beribu :'(

kalau harga dia beratus je memang aku tak banyak fikir dah aku tempah satu tiket pergi balik tak fikir dah pasal kelas tambahan.

tak pernah-pernah sebelum neh fikir nak balik malaysia time winter.tetibe dah final year nak balik padahal cuti 2 minggu je pon motifff?

aku bukannya tak nak pergi jalan.aku bukannya tak nak pergi mana-mana.tapi aku dah cakap kat diri aku dari masa mula-mula lagi aku masuk final year,aku nak study time cuti winter.

ya,otak pon perlu rehat jugak.aku tahu tu sekarang ni masa untuk cuti so cuti laa sepuas hati.tapi hari-hari yang ada kelas pon,aku ada je masa aku rehat sepuas-puasnya.time aku telan pain killer tu memang aku fully bed rest laa.so kira rehat dahlaa tu kan?

seronok tengok orang jalan-jalan sana sini.pergi europe,pergi umrah.nak nanges pon ada scroll fb instagram tengok orang jalan-jalan.aku?selife dengan doctor je laa mampu.

tapi aku pujuk diri sendiri jelaa.ini yang aku pilih,so aku kene terima.tapi masalahnya pujuk orang lain lagi senang dari pujuk diri sendiri.tolong laa send sape-sape pujuk aku sekarang neh *lempang nak?*

takpelah akma anis.kau doa jelah nanti satu hari kau dapat pergi tempat tu dengan sape-sape siap ada orang sponsor gitu lol.*kengkonon ayat pujuk*

aku nak tulis sini apa yang aku imagine kot kot doa korang yang baca ni makbul kan.aku nak bawak orang-orang yang aku sayang pergi kat semua tempat yang aku pernah pergi.mesir,mekah madinah,turki.masjid putrajaya.ahah.tak abes-abes aku dengan putrajaya.

tambah dengan tempat yang aku belum pergi dan nak pergi.london,new zealand,sydney,paris,bali,bandung,pulau langkawi,mane lagi ek?

okey sekian tu je angan-angan aku.nak mimpi balik malaysia laa.

~aku anggap ni sacrifice aku untuk medic.sebab aku rasa aku tak pernah korbankan apa-apa sepanjang aku ambek medic.korban air mata banyak laaa.

~doakan semoga cuti winter aku yang terkorban ni berbaloi dan boleh buat aku jadi doktor yang baik.tsukame!egaita yume wo!ape maksud die tak tahu aku copy paste je lol

Sunday, January 25, 2015

waktu terhenti.

kalaulah.

aku boleh undur masa dulu,
masa kenangan lalu.
hentikan waktu itu.

atas neh pantun ke sajak ke syair?

tapi memang waktu aku sedang terhenti sekarang neh.sebab dari hari jumaat jam aku pukul 4.30 tak tahu laa pagi ke petang sampai sekarang.

masalah aku kalau beli jam,kene make sure tali die tak panjang mana atau kene tebuk lubang kat tali jam.ada yang aku guna jam pasir ni kang.tak pun berpandukan bayang-bayang je ye dak?

tapi kan

kalau aku hentikan masa,
masa takkan berjalan.
dan takkan ada kenangan.

eh.tetibe teringat jam yang nak bagi kat budak intern katanya tu.untunglaaa jadi budak intern kan.dapat jam :P

Thursday, January 22, 2015

20 something?

huiiii lama baq hang tak update blog.nampak tak akak final year busy memanjang lolol.

lepas round tropical yang aku down sampai tersungkur ke tanah tu,kitorang tukar round neurology.aku tak tahu kenapa tapi aku rasa macam tertarik banyak laa kat round neuro neh.

end round neuro,alhamdulillah.ade clinical yang bila aku nampak patient dengan instruction aku terus buat tak sempat fikir entah betul ke tidak.sekali dorang cakap ada hand sanitizer dekat katil patient and kitorang sepatutnya gune mende tu before sentuh patient.serius aku tak perasan pon mende alah tu aku main pegang je kaki patient isy isy.

takpe jangan risau pakcik saya bawak bakteria baik je.

lepas tu tambah soalan mcq yang aku tak tahu pon berapa aku betul.result?alhamdulillah.

then masuk round rheumatology pasal sendi bagai sekali time end round kene ambek history patient dengan kene physical examination.aku pon examine laa tangan patient umpama aku membelek gelang emas habib jewel kat tangan datin kamsah.okey aku tak kenal sape datin kamsah aku main reka nama je.

then doktor tanya sikit-sikit pasal treatment.then you can go.result die aku tak tahu aku tawakkal yang penting lepas tu cuti hohoiiii.

eh sebelum cuti masuk round psychiatry dulu.hari first round psychiatry punye laa mengantuk aku dalam kelas dah tak cover dah tidur tu haha.mungkin kelas bawah tanah kot kurang oksigen.

memandai padahal diri sendiri mengantuk tak boleh nak handle.

tu je laaa kot aku nak cerita.boring betei cerita pasal kelas huhu.abes tu takkan aku nak cerita kisah percintaan di persimpangan dilema percayalah selamanya istikharah cinta asam pedas untuk dia pulak kat sini kannn.haa kau panjang betul tajuk drama.

tapi ade mende yang aku nak cerita.

"orang yang pernah approach kau dah kahwin tau.kalau kau terima dia mesti kau dah kahwin sekarang.tu laa kau jual mahal lagi"

ehem.

aku tak rasa apa pon.menyesal sikit pon tak.aku yakin jodoh tu Allah dah tetapkan.dah memang jodoh dia dengan orang lain.so dia kahwin laa dengan orang lain.haa gitu.so kita doakan jelah kebahagiaan dia kan.

soal jual mahal,aku tak tahu haha.bukan apa,aku sedar diri aku tak cantik mana nak jual mahal neh.perangai pon takdelah ayu sangat.agama tu insyaAllah ada.eh macam promote lak ayat neh.

ade tunggu sape-sape ke?emm mungkin.someone.somewhere.haip jangan google "akma anis tunggu sape" aku cucuk tangan sorang-sorang kang lol.

untunglaaa dah ade orang.aku ada sape?aku ade korang laaaaaa haha :P

sape-sape umur yang sebaya dengan aku,yang dah 20 something tu,insyaAllah jodoh Allah dah tulis.tapi betullah kene usaha jugak.terpulang pada korang nak usaha macam mana jangan tanya aku woii aku tak bukak agensi cari jodoh lagi setakat neh.

tapi kawan-kawan aku,korang laaa insyaAllah akan dapat orang baik-baik sebab korang sume baik-baik orangnye :)

aku tahu umur aku 24 sekarang neh,tahun depan 25,tulat 26 kalau panjang umur dan memang umur sebaya kitorang neh ramai dah berwalimatul urus.lain orang lain cerita,jangan samakan cerita setiap orang okey.dorang yang kahwin awal tu baguslah,bantulah kami yang belum kahwin neh.eh

yang pasti,sekarang ni aim aku nak habiskan MBBCH ni jangan tanya aku apa makna mbbch tu yang aku tahu tu nama degree aku nanti.lepas tu aku nak jadi doktor keje kat hospital temerloh pastu jadi MO kat mana-mana hospital KL ke,putrajaya ke.motif?eh aku kan nak duduk putrajaya.

okey tu aim aku sekarang neh.tapi in between aim aku tu kalau ada apa-apa berlaku.maksud aku,apa-apa laa yang berlaku seperti ditanya menanya dirisik merisik ditunggu menunggu aku redha dan terima bhaahahaha.okey gurau je janganlaaa serius sangat baca blog aku.

owh ye.untuk tahun ini,semoga 'mata baru' memberi aku pandangan baru.ke arah pandangan yang positif lagi optimistik berwawasan tinggi cemerlang gemilang terbilang transformasi menerusi anjakan paradigma pencetus revolusi.panjang betul tema hidup aku tahun neh.sape nak copy paste tema neh silakan tapi cc: nama aku jangan lupa.

okey esok cuti sekolah 2 minggu yeay!!sape yang dah keje jangan jeles cuti sekolah untuk kami-kami aje.errr walaupun cuti tapi aku masih ade beberapa kelas sesuailah untuk insan yang tak sedar diri final year macam aku neh.