Pages

Thursday, January 22, 2015

20 something?

huiiii lama baq hang tak update blog.nampak tak akak final year busy memanjang lolol.

lepas round tropical yang aku down sampai tersungkur ke tanah tu,kitorang tukar round neurology.aku tak tahu kenapa tapi aku rasa macam tertarik banyak laa kat round neuro neh.

end round neuro,alhamdulillah.ade clinical yang bila aku nampak patient dengan instruction aku terus buat tak sempat fikir entah betul ke tidak.sekali dorang cakap ada hand sanitizer dekat katil patient and kitorang sepatutnya gune mende tu before sentuh patient.serius aku tak perasan pon mende alah tu aku main pegang je kaki patient isy isy.

takpe jangan risau pakcik saya bawak bakteria baik je.

lepas tu tambah soalan mcq yang aku tak tahu pon berapa aku betul.result?alhamdulillah.

then masuk round rheumatology pasal sendi bagai sekali time end round kene ambek history patient dengan kene physical examination.aku pon examine laa tangan patient umpama aku membelek gelang emas habib jewel kat tangan datin kamsah.okey aku tak kenal sape datin kamsah aku main reka nama je.

then doktor tanya sikit-sikit pasal treatment.then you can go.result die aku tak tahu aku tawakkal yang penting lepas tu cuti hohoiiii.

eh sebelum cuti masuk round psychiatry dulu.hari first round psychiatry punye laa mengantuk aku dalam kelas dah tak cover dah tidur tu haha.mungkin kelas bawah tanah kot kurang oksigen.

memandai padahal diri sendiri mengantuk tak boleh nak handle.

tu je laaa kot aku nak cerita.boring betei cerita pasal kelas huhu.abes tu takkan aku nak cerita kisah percintaan di persimpangan dilema percayalah selamanya istikharah cinta asam pedas untuk dia pulak kat sini kannn.haa kau panjang betul tajuk drama.

tapi ade mende yang aku nak cerita.

"orang yang pernah approach kau dah kahwin tau.kalau kau terima dia mesti kau dah kahwin sekarang.tu laa kau jual mahal lagi"

ehem.

aku tak rasa apa pon.menyesal sikit pon tak.aku yakin jodoh tu Allah dah tetapkan.dah memang jodoh dia dengan orang lain.so dia kahwin laa dengan orang lain.haa gitu.so kita doakan jelah kebahagiaan dia kan.

soal jual mahal,aku tak tahu haha.bukan apa,aku sedar diri aku tak cantik mana nak jual mahal neh.perangai pon takdelah ayu sangat.agama tu insyaAllah ada.eh macam promote lak ayat neh.

ade tunggu sape-sape ke?emm mungkin.someone.somewhere.haip jangan google "akma anis tunggu sape" aku cucuk tangan sorang-sorang kang lol.

untunglaaa dah ade orang.aku ada sape?aku ade korang laaaaaa haha :P

sape-sape umur yang sebaya dengan aku,yang dah 20 something tu,insyaAllah jodoh Allah dah tulis.tapi betullah kene usaha jugak.terpulang pada korang nak usaha macam mana jangan tanya aku woii aku tak bukak agensi cari jodoh lagi setakat neh.

tapi kawan-kawan aku,korang laaa insyaAllah akan dapat orang baik-baik sebab korang sume baik-baik orangnye :)

aku tahu umur aku 24 sekarang neh,tahun depan 25,tulat 26 kalau panjang umur dan memang umur sebaya kitorang neh ramai dah berwalimatul urus.lain orang lain cerita,jangan samakan cerita setiap orang okey.dorang yang kahwin awal tu baguslah,bantulah kami yang belum kahwin neh.eh

yang pasti,sekarang ni aim aku nak habiskan MBBCH ni jangan tanya aku apa makna mbbch tu yang aku tahu tu nama degree aku nanti.lepas tu aku nak jadi doktor keje kat hospital temerloh pastu jadi MO kat mana-mana hospital KL ke,putrajaya ke.motif?eh aku kan nak duduk putrajaya.

okey tu aim aku sekarang neh.tapi in between aim aku tu kalau ada apa-apa berlaku.maksud aku,apa-apa laa yang berlaku seperti ditanya menanya dirisik merisik ditunggu menunggu aku redha dan terima bhaahahaha.okey gurau je janganlaaa serius sangat baca blog aku.

owh ye.untuk tahun ini,semoga 'mata baru' memberi aku pandangan baru.ke arah pandangan yang positif lagi optimistik berwawasan tinggi cemerlang gemilang terbilang transformasi menerusi anjakan paradigma pencetus revolusi.panjang betul tema hidup aku tahun neh.sape nak copy paste tema neh silakan tapi cc: nama aku jangan lupa.

okey esok cuti sekolah 2 minggu yeay!!sape yang dah keje jangan jeles cuti sekolah untuk kami-kami aje.errr walaupun cuti tapi aku masih ade beberapa kelas sesuailah untuk insan yang tak sedar diri final year macam aku neh.















0 comments: