Pages

Wednesday, December 8, 2010

...selingan...

berape kali anda ucap terima kasih
kat ibu dan ayah??
hah!!tak pernah??
ape??cakap terima kasih time dapat duit belanje je??
kenape jadi macam tu ye...
segan??malu??
tak tau nak cakap macam mane??
baiklah
hayati nasyid kat blog ni
tak pon,kalau nak bernasyid depan mak ayah pon boleh jugak
sebut tajuk nasyid ni terima kasih ayah ibu :)
~refleks kat diri sendiri

lahirku ke dunia,ku disambut penuh syukur
bisikan azan ketelinga hikamah kalimah yang luhur
lahirku kedunia kudiasuh mengenal Allah
ku diajar sebut namaNya juga nabi rasul mulia
my abah tengah keje ni..sempat lagi ambek gambar tu haha...

salam sayang ayah dan ibu
mendidikku tak pernah jemu
halalkanlah makan minumku
maafkanlah makan minumku
tanpa maaf dan juga restu
hidupku jadi tak menentu


ummi saya...cikgu memasak kat rumah ahah...
tiada yang lebih bernilai
dari pengorbanan yang suci itu
tak berdaya aku membalasnya
moga ku jadi anak yang bertakwa

terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah


owh ni bukan gambar kahwin ye.ni gambar raya tahun lepas

Jasamu oh ayah dan ibu
akan ku kenang selamanya
hidup saling berkasih sayang
membina keluarga bahagia


pada mu Allah aku berdoa
pada Mu jua aku meminta
rahmatilah ibu ayah tercinta
ampunilah dosa- dosa mereka
panjang umur, murahkan rezeki
sejahtera dalam ketaatan
moga berbahagia di dunia, di akhirat
beroleh syurga

~~ek eh tibe je gambar die
daku mengharap redha mu ibu
juga redha darimu ayah
hanya itulah yang ku pinta
agar hidupku lebih bermakna....

p/s :okeyh,jangan tanya apa-apa pasal gambar last.hantaran belakang tu orang lain punye ea...

~haisy,mengapakah sejak dua menjak tiga menjak ni asek teringat kat malaysia je...apakah??...
~selingan sambil-sambil lukis histo..mane pergi semangat-melukis-histo saya yang bekobar kobar dulu??tertinggal kat pharaoh village kah??huhu...pe tu pharaoh village??belakang cite...next post maybe..

Monday, December 6, 2010

...rindu kamu...

hey kamu dan kamu
rindu sangat sama kamu
hari tu dapat jumpa kejap je
tu pon jarang nampak kamu senyum
sebab kamu masih lagi feelingless
dan sekarang saya sangat rindu kamu
ni yang rase nak balik malaysia ni
aik??ari tu dengan penuh tekad dan keazaman cakap tak nak balik huhu
maka,betullah kate sorang rakyat malaysia tu
die cakap "yeye je tak nak balik,kite tengok la macam mane nanti"
nampaknye,ye saya akan balik hehe...
untuk jumpe kamu!!


rindu kamu dak hensem dan dak tembam...~ammar tensyen adam tindih tangan die


uish sayang nyee die kat adik..pasni jangan gaduh gusti dan saling menggigit ea...


ammar dahulu.masih lagi slim


ammar sekarang.sudah bulat,tembam,chubby...waa nak jumpe kamu sekarang!!jangan membesar dah ea.maintain je macam ni sampai orang balik huhu... 


yaa comelnye kamu!!siyes rase nak cubit-cubit je pipi budak ni.siap lah kamu kalau saya dapat nanti...

ammar mursyid dengan topinye yang bertanduk :)

p/s : salam ma'al hijrah 1431 kepada semua...dan selamat hari lahir kepada saya yang ke...errkk..berape ek huhu...tak mau cakap
~ammar,kamu sangat comel macam sepupu kamu ni haha...
~ammar tembam macam hadziq kan??kan??hehe...



Friday, December 3, 2010

...meeting...

disini saya ingin sertakan minit mesyuarat agung tahunan rumah kami.mesyuarat yang diadakan di ruang tamu rumah kami dipengerusikan oleh pka.agenda bermula pada pukul 5.45 malam semasa dinner.sambil meeting,sambil dinner.syok gak.boleh la diaplikasi untuk meeting akan datang.

-pka membentangkan jadual tugasan yang telah dirombak.semua hanya mengangguk setuju tanpa bantahan.
-noni mencadangkan setiap ahli supaya alert kepada plak heater @ sarkonah (macam ni ke eja die weh) supaya plak tu tak cair lebur dah.melayang woo 50 nak wat plak heater tu..hisy,kaya pakcik kahroba'(kalau salah eja bagitahu) yang merangkap pegawai TNB la kot...err..cadangan disokong oleh saya
-fatin tidak menyuarakan sebrang bantahan kerana khusyuk dengan hidangan makan malam yang disediakan oleh fathiyyah.die mengangguk je tanda setuju.
-saya sebagai bendahari mengingatkan semua ahli membayar hutang 28 ringgit seorang bagi membayar stok beras yang baru sampai petang tadi..dan juga 50 yang plak heater tu..bayar tau korang.jangan tak bayar

isu-isu berbangkit :
-setiap bilik perlu memberi nama kepada bilik masing-masing...erkk..perlu ke pka??orang rase dah macam dok asrama dah ni kene bagi name dorm huhu...
-keceriaan rumah akan bermula esok.tugasan gotong royong telah diberitahu.
-sebarang claim duit,sila beri senarai barang yang dibeli kepada bendahari.anda akan dapat duit anda secara tunai at that time gak.waa sistematik kan bendahari ni haha...
-semua ahli meminta maaf antara satu sama lain jikalau ade salah dan silap...adelah macam sesi muhasabah sikit..bagus kan kami hehe

mesyuarat berakhir apabila habisnya hidangan makan malam kami.sape yang abeskan nasi dan lauk...biarlah rahsia...~weh minit mesyuarat mane ade letak tajuk lagu ct nurhaliza

disediakan oleh:
~nanti saya sign~
(setiausaha rumah)

pengesahan minit mesyuarat
cadangan:____________       jawatan :________________
sokongan:____________       jawatan:________________
~sape nak sahkan ni weh??

p/s :macam mane??boleh lulus jadi setiausaha tak ni??pka,noni,fatin dan fahiyyah,saya dah letak minit mesyuarat ni.kalau tak baca siap anda!!saya naikkan yuran bulanan rumah hahaha....

~rumah kitorang menyambut seruan mahasiswi berteknologi dan berIT.minit mesyuarat letak kat blog.ade cadangan supaya meeting lepas ni kite wat conference via ym lak...
~tadi terbawak beg "kesayangan" lalu pasar ikan...arghhh abes r beg tu bau ikan huhu...~tibe je

...jambatan...

 Hadis Keempatpuluh

Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati."
  


Bismillahirrahmaanirrahim....
di pagi yang mulia ni,nak berkongsi sesuatu dengan anda :)

pernah dengar tak hadith diatas??sape pernah dengar angkat tangan!!
bagi yang tak pernah dengar or baca tu,tak pe.sekarang dah dapat baca kan?kan?kan??

secara ringkasnya,hadith ini menerangkan kepada kita bahawa dunia ini adalah satu tempat persinggahan yang sementara kerana destinasi sebenar dan terakhir adalah di akhirat sana.

kadang-kadang,bila tengok cadaver kat anatomy department tu,pernah tak anda terfikir yang satu hari nanti kita akan jadi macam dia...tak dela macam cadaver tu dok terbaring kat lab anatomy.bukan.maksud saya jadi macam dia itu adalah kita akan menemui kematian...tapi tak tahulah kan kalau anda nak derma mayat anda untuk dijadikan kajian.sanggup ke??huhu...

hidup kita tak kekal,bukan untuk selamanya.even de ilmu kebal pun,tapi takdenye nak kebal time malaikat izrail nak ambek nyawa.betul tak??maka,dalam tempoh yang ada inilah peluang kita untuk melakukan sebanyak mana amalan untuk dijadikan bekalan ke sana.

bak kata orang yang kite selalu dengar,dunia ini adalah tempat untuk menanam,dan akhirat adalah tempat untuk menuai...ni kira macam perumpamaan la.jangan pergi direct translate lak ek ayat ni.puas la saya nak menjawab kalau de orang tanye nak tanam pokok ape...nak tanam apa??tanam amalan.nanti hasilnya kita dapat kat akhirat.contohnye...em...ape ek..macam kita menginfakkan harta kita ke jalan Allah.kita takkan nampak ganjarannya kat dunia ni,tapi insyaAllah kita sebenarnya telah membeli saham di akhirat...betul la kan contoh ni.kalau nak tambah contoh atau nak betulkan ke,boleh tulis kat komen ye...

lagi satu,hadith ni pun ade cakap pasal menghargai waktu.spesifik sikit,tidak bertangguh~ok terase
hah,tunggu pe lagi,jangan tangguh2 dah nak wat sesuatu tu terutamanya kalau nak wat baik.kalau rase tibe nak jadi mulia hari tu,tibe nak bagi sedekah ke kan,buat je.tak yah tunggu dapat duit biasiswa masuk.kalau rase tibe nak qiam hari tu,wat je.tak yah tunggu hari cuti.bukan pe,kita tak tahu kan bila Allah tarik nyawa kita.mungkin kita kembali kepadaNya sebelum kita sempat nak wat kebaikan tu...hah nak bertangguh lagi ke tak??~"tak naaaakkkkk!!!!"jawab saya dalam hati...~kalau anda nak jawab kuat2 depan laptop pun takpe,saya tak tahu.

banyak lagi sebenarnya yang kita boleh ambik dari hadith diatas.kalau nak kongsi,sila-sila.kecil tapak tangan,klia saya tadahkan...salah dan silap harap maaf ye.terima kasih kerana luangkan masa membaca post ni~apasal orang macam sopan je neh haha...

oh ye.kalau ade ayat2 saya kat atas ni yang salah,sila betulkan okey...jangan risau,saya takkan marah anda sampai nak cari kat lubang cacing.tak muat kot nak masuk lubang cacing....

~ade orang abes exam ari ni.merdekalah kamu...sekejap haha...kepada wana,doa banyak2 weh.nanti kite wat hubungan dua hala egypt-oz okey!!
~dunia adalah jambatan akhirat.ni tajuk hadith.mintak maaf la kalau anda ingat saya nak cite pasal jambatan runtuh ke,jambatan goyang2 ke..tak de ye cite pasal tu...

Wednesday, December 1, 2010

...2 kali...

huh...dah kali ke-2
dan ke-2 kali
my spek patah lagi!!!
ini dah 2 kali
kalau terjadi kali ke-3
terpaksa la saya membuat eye laser surgery
ohcee bajet berani la nak mengadap mende laser tu
em...ke nak wat contact lens ek??
tapi macam susah la
nak kene pengawasan dan penjagaan yang rapi
kang wat contact lens tapi kalau patah dua gak contact lens tu tak tau laa nak kate ape huhu :p
konklusi : jagalah mata anda.makan lobak merah banyak2

~kepada ummu athiah,tulah asek ngadap laptop je.kan dah kene pakai spek haha...welcome to the club!!
~esok exam histo and susah nak fokus tak de spek.tibe2 je rase ngantok.maka disini lah saya mengupdate blog...erkk pe kaitan nye tak de spek dengan ngantok huhu.alasaneogenesis betol...
~all the best untuk saya,untuk dia,untuk kamu dan untuk anda semua :)