Hadis Keempatpuluh
Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati."
Bismillahirrahmaanirrahim....
di pagi yang mulia ni,nak berkongsi sesuatu dengan anda :)
pernah dengar tak hadith diatas??sape pernah dengar angkat tangan!!
bagi yang tak pernah dengar or baca tu,tak pe.sekarang dah dapat baca kan?kan?kan??
secara ringkasnya,hadith ini menerangkan kepada kita bahawa dunia ini adalah satu tempat persinggahan yang sementara kerana destinasi sebenar dan terakhir adalah di akhirat sana.
kadang-kadang,bila tengok cadaver kat anatomy department tu,pernah tak anda terfikir yang satu hari nanti kita akan jadi macam dia...tak dela macam cadaver tu dok terbaring kat lab anatomy.bukan.maksud saya jadi macam dia itu adalah kita akan menemui kematian...tapi tak tahulah kan kalau anda nak derma mayat anda untuk dijadikan kajian.sanggup ke??huhu...
hidup kita tak kekal,bukan untuk selamanya.even de ilmu kebal pun,tapi takdenye nak kebal time malaikat izrail nak ambek nyawa.betul tak??maka,dalam tempoh yang ada inilah peluang kita untuk melakukan sebanyak mana amalan untuk dijadikan bekalan ke sana.
bak kata orang yang kite selalu dengar,dunia ini adalah tempat untuk menanam,dan akhirat adalah tempat untuk menuai...ni kira macam perumpamaan la.jangan pergi direct translate lak ek ayat ni.puas la saya nak menjawab kalau de orang tanye nak tanam pokok ape...nak tanam apa??tanam amalan.nanti hasilnya kita dapat kat akhirat.contohnye...em...ape ek..macam kita menginfakkan harta kita ke jalan Allah.kita takkan nampak ganjarannya kat dunia ni,tapi insyaAllah kita sebenarnya telah membeli saham di akhirat...betul la kan contoh ni.kalau nak tambah contoh atau nak betulkan ke,boleh tulis kat komen ye...
lagi satu,hadith ni pun ade cakap pasal menghargai waktu.spesifik sikit,tidak bertangguh~ok terase
hah,tunggu pe lagi,jangan tangguh2 dah nak wat sesuatu tu terutamanya kalau nak wat baik.kalau rase tibe nak jadi mulia hari tu,tibe nak bagi sedekah ke kan,buat je.tak yah tunggu dapat duit biasiswa masuk.kalau rase tibe nak qiam hari tu,wat je.tak yah tunggu hari cuti.bukan pe,kita tak tahu kan bila Allah tarik nyawa kita.mungkin kita kembali kepadaNya sebelum kita sempat nak wat kebaikan tu...hah nak bertangguh lagi ke tak??~"tak naaaakkkkk!!!!"jawab saya dalam hati...~kalau anda nak jawab kuat2 depan laptop pun takpe,saya tak tahu.
banyak lagi sebenarnya yang kita boleh ambik dari hadith diatas.kalau nak kongsi,sila-sila.kecil tapak tangan,klia saya tadahkan...salah dan silap harap maaf ye.terima kasih kerana luangkan masa membaca post ni~apasal orang macam sopan je neh haha...
oh ye.kalau ade ayat2 saya kat atas ni yang salah,sila betulkan okey...jangan risau,saya takkan marah anda sampai nak cari kat lubang cacing.tak muat kot nak masuk lubang cacing....
~ade orang abes exam ari ni.merdekalah kamu...sekejap haha...kepada wana,doa banyak2 weh.nanti kite wat hubungan dua hala egypt-oz okey!!
~dunia adalah jambatan akhirat.ni tajuk hadith.mintak maaf la kalau anda ingat saya nak cite pasal jambatan runtuh ke,jambatan goyang2 ke..tak de ye cite pasal tu...
Friday, December 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Jazakillah atas perkongsian..nice olahan ukhtie sughayyar.. :)
Moga Allah berkati kamu...
Hehe terasa jga bab2 bertgguh ni..jom improve diri...
hehe...
syukran k.sya:)
yeah jom kite!!!
Post a Comment