Pages

Sunday, March 28, 2010

...walking in the spring...

.bismillahirrahmaanirrahim...

hari sabtu baru2 ni,lepas abes kelas mengaji,kami telah dibawa oleh jiran kami ke taman bunga...~apsl ayat macam karangan jenis laporan je ni...
sekarang ni mesir tengah musim bunge,so bunge2 tengah kembang mekar berwarni warni ceria..cewah ayat pon dah berbunga bunga ni haa...tapi,taman bunge ni macam lagi cantik je dari taman bunga kat rumah 4 musim kat bukit cerakah tu~jangan jeles org malaysia hehe...

ni bunge wrne purple..ape nme bunge ni??jgn tanye.xtau huhu


subhanallah..cantiknye ciptaan Allah kan..


yg ni bunge...pon xtau pe nme die...

jiran kami,pka,fatin,madihah n me...


nk ambik gmbr bunge kt blkg tu sebenarnye..


nisa n me...~comel je kaktus tu


cendawan lg besar dr kami..eh ye ke??

~muke die tgh confuse haha...


begitu unik bunge ni...nk bawak balik mlysia kang tkot xsmpt sampai dh layu...



~hakikatnya,ciptaan Allah S.W.T sangat indah dan tiada tandingan...

kesusahan dan kesulitan
adalah laksana musim dingin yang basah lembab
tetapi selepas musim dingin itulah
akan tumbuh bunga-bunga yang harum
dan buah-buahan yang subur...
iaitu musim bunga
yang akan membawa kebahagiaan dan keceriaan :-)

Friday, March 26, 2010

...saya sudah bertunang...




Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.








Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.





Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.





Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.





Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.





"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"





Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."





"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."





"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."





Ibu angguk perlahan.





Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.





Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.





"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"





Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.





"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."





Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.





"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"





Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.





"Bila enti menikah?"





Aku tiada jawapan khusus.





"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.





"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.





"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.





"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."





Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...





"Usah berlebihan ya..."





Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.





"Insyirah, jom makan!"





Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.





"Tafaddal, ana puasa."





Sahabiah juga semakin galak mengusik.





"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"





"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."





Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.





.......................................





"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."





"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."





"Ya Allah, tenangnya..."





"Moga Allah memberkatinya...."





Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.





Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.





Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.





Dalam sedar tidak sedar...





Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.





"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."





Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...





"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"





Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."





"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.





"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."





Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.





"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."





"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."





Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.





"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."





* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *





Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.





Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.





Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)





~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~





Insyirah Soleha,

19 Januari 2010

Baiti

diambil dari: artikel saya sudah bertunang

Friday, March 19, 2010

...the smile on your face...

bismillahirrahmaanirrahim...

ari ni berkesempatan solat kt masjid dkt dgn u..bru lps renovate..so masjid tu nmpk agak baru dan lawa..tapi keindahan sesebuah masjid tu bukan terletak kepada seni binaannya,mahupun hiasan dalamannya..yang penting adalah kita sebagai umat Islam yang sepatutnya mengimarahkan rumah Allah tersebut..kan??teringat lak de satu ceramah tu,ustaz tu cakap sekarang ni tiang masjid lagi banyak drpd orang kt dalam masjid tu...betulkah begitu??em...might be...so, spe lg yg nk mengimarahkan masjid kalau bukan kite kn..setiap langkah nk g masjid tu pon Allah dh bg pahala.belum lagi kite solat kt masjid.nak pulak solat jemaah...subhanallah,besar ganjarannya...

sebenarnye bukan nk cite pasal masjid..tapi nak cerita tentang s'one yg org jumpe kt masjid..siapakah??kwn lme ke??senior lame??bukan.seorang budak.kecik lg.dalam umur setahun macam tu..xkenal pon.dan xpernah kenal.tapi tibe2 je tertarik dengan die..kenape ye??sebab die senyum kt ana....:-)

cube bayangkan,hari tu memang sangat penat coz kelas full..so muke pon macam nset xde batery je.tapi bile tengok budak tu senyum,ya Allah tenangnye rase.hilang sume masalah..eh yeke??yela kot huhu...so kt cni,nk tegur diri sendiri sebenarnye.de s'one pernah tegur ana.die cakap muke ana ni mcm nk marah je.siyes sangat.senyumlah cket.em..btol gk teguran tu..senyum tu kan sedekah...

one more thing that me interested to this boy.kulit muke and kulit badan die merah2.ana rse die ni de penyakit kulit.or maybe genetic disease due to defective DNA repair such as Xeroderma pigmentosum(baru belajar ni time biochem haha..)Someone yg de genetic disease ni,kulit die akn sensitive to sunlight...so sangat kesian kt die..tapi budak tu macam xkesah pon.die boleh lagi memberikan senyuman yg cute...and I hope to see that smile again...:-)

ni tersenyum ke,tersengih??

~hanya dapat berdoa semoga Allah menyembuhkan penyakit baby tu...

Tuesday, March 16, 2010

...syukran giddan...

bismillahirrahmaanirrahim...

hari ni kelas abes awal coz lecture for biochemistry is cancelled...so dlm pukul 1 tu kls dh abes...my housemates n me selalunye lps kls ni tros pecut balik rumah.tapi tadi ana de hal,nk g print something..so mereka semua balik dulu~tp selalunye before sampai rumah mesti melencong kt mane2 nk cari sumber makanan huhu...

ana pon berjalanlah menyulusuri jalan2 kecil kr munira tu...ingat2 lupe lak jalan nk g kedai tu.so jalan je ikut ske..~boleh macam tu..lastly jumpe la gak kedai nak print tu...ok proses mem'print' kertas pun berjalan lancar...total semua sekali dalam 15 genih. bg 50 genih..eh bukan nk tunjuk byk duit ke pe ea.tapi nak pecah duit tu...so mesti baki die lagi 35 genih kan..tapi pekedai tu bagi 45 genih..erkk...org dh terpana.terkesima.blur.xtau nk wat pe...tau nk wtpe.tp xtau nk ckp mcm ne..org dh karang dalam kepale otak nak cakap pe,tapi nk translate dalam arab tu macam ne??aduish...masalah besar disitu..kalau ambik je 45 genih tu,tidak jujur namenye itu..tapi kalau ambik 25 genih je(coz die bg 20genih+20genih+5 genih)rugi 10 genih.banyak gak tu haha~berkire sungguh...

tengah dalam kekalutan tu(dahi dh berkerut mcm pk mslh negare je)alhamdulillah..kebetulan ade seorang hamba Allah(melayu)kt situ..mungkin die pon de nk print s'thing gk kot..or nk photostate ke..aa..pape je la urusan die kt situ..die yg tolong selesaikan masalah tu...subhanallah..arabnye sangat bagus..memang lancar je die ckp arab...memang bunyi arab la..ok..org malu ni.sangat segan.nak balik rumah sekarang gak..

sebenarnye ana cite semua ni coz nk menunjukkan kepentingan untuk kita menguasai bahasa di mana bumi kita berpijak.bukan nak lupakan bahasa ibunda sendiri,tapi kalau kita bermastautin di negara orang,kita sepatutnya dapat bertutur dengan baik dalam bahasa negara tersebut supaya tidak berlaku masalah seperti di atas..~ops,terase...so,i learnt that i need more improvement in my arabic...takallam 'amiyah au fushah??em..lagi baik kalau tau dua-dua kn...

lagi satu,kalau ade orang tolong kita dalam sesuatu perkara,kita sepatutnye berterima kasih dengan orang tu.kalau tak bagi ape2 pon sebagai balasan,sekurang kurangnya ucapkanlah terima kasih..ok..org mengaku org xckp terima kasih tadi..bukan xnk cakap,tapi x tercakap..dah malu yg teramat sangat!pokok semalu pon xmalu macam tu...syukran giddan ya akh...~haila,ckp terima kasih kt cni,macam die boleh dengar..em...xpela..kire ok la ni dari xckp terima kasih langsung kan...kan??kan??

~hamba Allah itu mengingatkanku kepada seseorang...


malunye saye hari ini!!!

Saturday, March 13, 2010

...inikah cinta???....

bismillahirrahmaanirrahim....

haa...amboih nmpk je tjok cinta tros tertarik ea..korg ni mmg la...haha...bese la tu..bkn org la tu klu xde perasaan cinte ni..xpon gene kt chromosome die de mutation kt somewhere...logik ke klu de org tu ckp die xde perasaan cinta lgsg kt spe2??tapi,jgn kite sempitkn pemikiran kita..klu ckp cinta je msti terbayang cintakan pakwe la,mkwe la,kekasih la,buah ati la,pe lg la yg sme mksud...sebenarnye skop cinta ini sgt luas..cinta anak kepada ibu bapa,dan yg plg pnting,cinta kepada yg Maha Mencintai..btol x??

love is cinta..bukan.love is sayang..haa yg ni btol kot..act bkn nk cite psl cinta2 ke jiwang karat 14 ke pe..tp nk share something that can make us thinking...maybe de kaitan dgn sayang..or cinta..em...xkesah la de kaitn dgn pape pon...maybe ramai yg dh tau or dh tgk psl mnde ni..tp mnde ni  wt org tertarik..n honestly r agk touching r gk ble tgk ni..huhu...gmbr ni diambil oleh jurufoto yg telah melariskn jualn surt khabar kt perancis..

citenye bermula di sini...


tersebutlah kisah seekor burung yg cedera coz kne lggr kete..maybe sebab terterbang rendah kot..kecederaan xdpt dipastikn..maybe pth sayap,or normocytic normochromic anemia due to acute blood loss ke,or pape jela injured...


tapi,burung ni de partner(xtau la suami ke,isteri ke,coz xkji r lak jantina die)yg sudi menemani..siap tolong bgkn makanan lg..sweet kn??bgos btol partner die ni.at least xtggl die sekor2 terkulat kulat mcm tu je...sgt setia menemani partner die yg sakit tu...


then..em..bg nme la kt burung ni.yg kne lggr burung A,yg tukang teman burung B..then si B ni terbang la lg nk cari mknn..tibe2...(part sedih ni)bile die g blk kt si A,tgk2 si A dh x gerak dh..nk bg CPR mcm xreti je...so die pon mcm  menggerak gerak kn si A ni..lbh kurg mcm ni la ayt die kot"weh,bangunlah...bangun2!!wat2 pengsan ea..."~


bile dh kejut tu..memang si A xbgn2 dh...hukhuk...mmg org sedih time ni..si B ni mcm xblh trime yg A ni dh tgglkn die wat slame lamenye...xkn kmbali lg dh wlu mcm ne pon..melenkan tbe2 heart beat die dtg blk...so si B ni mcm wt bunyi la..agknye nanges la kot coz xblh trime an...




ia pon berdiri di sisi pasangannya yg dh x bernyawa...terpaksa menerima hakikat ia sudah ditgglkn..buat selam-lamanya...nk atau x,die terpakse redha.coz setiap yg bernyawa pasti kn pergi.waktunye tlh ditetapkan,tp tiada siapa tahu bile diri msg2 akn pergi...




dan akhirnya menerima hakikat yg sebenar...diri menjadi sepi..tiada lg yg akan meneman...hanya memori yg akan kekal terpahat di ingatan..dan kenangan yg terpatri di hati..~waa mcm bez lk ayt ni huhu...

ok kawan2...thats the end of story..love between two animals...klu kite fikir2 balik,mmg ade manusia yg mempunyai sifat kasih sayang..tp yg xde perasaan kasih syg smpi sanggup dera anak sendiri,bunuh sesama sendiri,xke malu dgn 2 ekor burung ni...haiwan pon de perasaan tau...segan la kite sebagai manusia sanggup wt kejam dgn manusia sendiri..sepatutnye kite yg bg contoh,ni burung 2 ekor ni lk yg bg kite teladan...so,think about it..sayangilah org yg tersayang b4 terlambat...we will appreciate s'thing only when we lost it...no.we will appreciate everything that we have so that we will not regret once when it/he/she gone forever and ever...

kadang2,xsume mnde yg kite nk,kite akn dpt
kadang2,xsume mnde yg kite dpt tu,mnde yg kite nk
tapi
xkesah la pe yg kite nk
or pe yg kite dh dpt
yg penting kite hargai pe yg kite dh dpt
dan usaha mndapatkan pe yg kite nk...
~sori klu post ni agk panjang....

Saturday, March 6, 2010

...semoga die bahagia di sana...

bismillahirrahmaanirrahim...

geram.marah,sedih,kecewa,sayu,pilu....semua perasaan tu bergabung dalam hati mcm Myoglobin bind with oxygen.coz myoglobin has higher affinity of oxygen than hemoglobin...mknenye myoglobin lg susah nk lpskn oxygen compare tu hemoglobin..same goes with me..susah nk lpskn sume perasaan tu ble dgr cite kanak2 kne dera...sgt kejam,cruel,pe lg perkataan yg sme mkne dgn kejam...

baru2 ni,Malaysia di gemparkn dgn kisah Allahyarham adik Syafia Humairah yg mati didera oleh teman lelaki ibunya...sampainye la hati wat budak2 sampai mcm tu skali..siyes sgt sedih..agk emosional di sini...

Allah lebih menyayanginya dan telah menghilangkan penderitaannya...semoga rohnya tenang dan aman di samping yg Maha Menyayangi...biarlah ALLAH yg mengadili segalanya di mahkamah akhirat nanti....

kanak-kanak masih tidak mengerti apa2...


teringat kt adam harith..rindunye kt die!!!huhu...


adam tgh asingkan tauge dgn kcg pnjg...~hanya sayur tertentu je yg die mkn haha...

Friday, March 5, 2010

...bersabarlah wahai hati,tabahlah wahai jiwa...

bismillahirrahmaanirrahim....

“ Berikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang, yang ketika musibah, mereka berkata “ “Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan Kepada-Nya kita dikembalikan. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk”. ( Al-Baqarah : 155-157 ).


sering kali apabila kita ditimpa ujian,musibah dan sebagainya,org lain akan berkata"byk2 sabo ek,hidop ni mmg byk ujian"...kadang2 terdetik di hati "ala ckp senang r.soh sabar konon.die xrse mmg r blh ckp"...

langit x selalu cerah,mlm xselalu de bintang n hidup x selalunye indah..ana tlh diuji dgn ujian yg kadang kala menguji kesabaran n ketabahan.jp2,ni bkn nk cite psl ujian tgh tahon ke pe ye.ni adlh ujian kehidupan atau dlm erti kate lain dugaan...nk pulak dok kt negara org,mmg btol2 perit...jauh dr family,tp alhamdulillah de sahabat2 yg sgt mengambil berat...hanya ALLAH yg tau perasaan mse tu...

kadang kala kite diuji dgn bentuk kematian,kehilangan,kesakitan dan seumpamanya..tp tahukah kita sebenarnye di sebalik ujian tu tersembunyi seribu satu hikmah yg hanya dapat dilihat dgn mte hati...em...tazkirah untuk dri sendiri ni...

Rasulullah SAW bersabda : “Apa pun yang menimpa diri seorang mukmin dari kepayahan, kesakitan, kesusahan dan apa pun keresahan yang dirasakannya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari keburukan-keburukannya.” ( HR. Muslim).

khulasahnya,apabila diri diuji dgn sesuatu yg kadang kala di luar kemampuan,itu bukanlah bermakna diri ini malang atau sebagainya.tetapi ia adalah wasilah untuk menjadikan kita lebih tabah menghadapi dunia yg penuh pancaroba kerana ALLAH maha pengasih dan penyayang dan tidak menzalimi hambaNya...

"Sungguh,Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah,dan jika ada kebajikan(sekecil zarah),nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisiNya".
(An-Nisa',ayat 40)



~kepada sume ahli beit,thanx 4 everything n sorri coz susahkn korg huhu...korg mmg bez!!