Pages

Monday, January 24, 2011

namun ku punya hati

dear diary...eh..ni blog daa..tukar2.dear blog..tak sedap laa...tukar2.em..dear bobo...haha~teringat lak cite dear yayah.yayah tu nama diary jihan.orang ade buku ni dari siri 1 sampai 4.



dear bobo
nak luah perasaan ni.dengar ye.pada suatu masa dahulu...heh.macam hikayat merong mahawangsa je.sudah2.hentikan segala kekarutan ini.takde nak luah pape pon sebenarnye.just gatai tangan nak update huhu.

kadang kala ada benda yang kita tak boleh nak luah sesuka hati sesedap rasa.takut nanti ade yang terasa.
tak boleh juga nak berterus terang terlalu jujur.takut nanti ade yang terluka.
tak boleh jua nak main bahasa kiasan berlapik bagai.takut nanti ade pula yang tidak dapat memahami.
harus bagaimana lagi??okeyh macam lirik lagu hanyut je neh hakhak
maka susun kata,atur bicara,tapis dengan minda segala kata-kata yang ingin dilontarkan.
tanya pada iman,adakah bicara ini dapat membawa kepada kebaikan.jika ya,katakan sahaja.
jika tidak membawa kepada kebaikan,malah lebih membawa kepada keburukan,lebih baik simpan sahaja.
 
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."
(Mutafaq 'alaih)
 
 
saya rasa semenjak masuk tahun baru atau 20 tahun ni,saya lebih suka meluahkan sesuatu dengan maksud tersirat.sedangkan dahulu saya lebih suka berkata straight to the ampang point sahaja.kalau buat rumusan time exam paper bahasa melayu,isi tersirat la paling menyampah nak fikir.pastu mule salahkan bahasa melayu.apasal laa nak kene fikir tersurat tersirat neh.terus terang sudaa.sebab tu homework bm buat paling last sampai tengah malam pastu esok pagi time sekolah mata macam panda...uish mujur A bm haha...bila tengok balik ayat kat blog pon macam semacam je..erkk semacam??apakah??huhu.

tapi,bila difikirkan kembali,isi tersirat itu penting.kerana ada perkara yang kita tak boleh nak berterus terang.kerana ada perkara yang kita tak punye kekuatan untuk dinyatakan secara langsung.maka gunekan pendekatan secara kiasan.macam blog ni.ade post yang saya gunekan bahasa tersirat kerana saya ingin certain2 people sahaja yang faham maksudnya,dan ya ada jua post yang biar saya seorang je yang faham.macam post ni orang rase orang sorang je yang paham motipnye haha..

ape yang penting,kata2 itu lagi tajam daripada mata pedang.salah cakap ia boleh menusuk jauh dalam ke dasar hati ke central vein of liver mungkin.okey men2 huhu.saya tidak mahu ade hati yang luka tertusuk sampai jadi liver cirrhosis lak dengan kata2 saya.maka ingatkanlah daku sebelum berkata sesuatu dan maafkanlah daku andai ada kata2 yang telah pon mengguris sekeping hati.

~okeyh terase yang post ni agak panjang dan berunsur serius.terima kasih kerana sudi membaca post yang membawa banyak maksud tersirat ni :)
~hari ini saya practise buat air untuk 2 orang dan basuh 2 cawan.<<okey sape paham maksud ayat ini sila komen haha...
~kata2 perli itu pedih di hati.kerana kupunya hati.makan dalam woo...maka saya tak nak perli orang lain dah.tapi kalau kiasan dikire perli ke??haisy manyak complicated maa...sudah.saya mahu sambung biochemistry.
~saya suka dear yayah sebab saya rase cerita saya sama macam cite tu hakhak.

1 comments:

akubukansapesape said...

anis, aku xtau nk contact ko cane.. ko ok x??? pliz let me know anything ok?

may u be in His protection