tiba-tiba terlintas
selalunya ada dua perkara yang membuatkan anda untuk berjumpa dengan doktor
iaitu pain and problem
kan?
takkan tiba-tiba tak sakit tak de masalah saje je nak jumpa doktor
(medical check up lain cerita la kan.itu pon jarang orang buat medical check up)
"ye sakit apa ya jumpe saya"tanya doktor dengan seriusnya
"owh tak sakit apa-apa.saje je datang nak tengok doktor"sambil kedip-kedip mata macam minnie mouse
dush dush!!memang nak makan stetoskop siapa yang buat gini kat saya
errr melainkan orang tu istimewa laa kan
(bestfriend ke,kawan lama ke,...........huhu)
pain and problem
membuatkan saya terfikir
em..kene bersedia dari sekarang
sebab nanti
saya akan berjumpa dengan orang yang berkerut menahan sakit
bukannya yang sedang tersenyum gembira
(kes psikologi lain cerita)
saya akan jumpa dengan orang yang beremosi kerana masalahnya
bukannya yang ingin berjumpa saya kerana berkongsi berita gembira
saya akan jumpa dengan orang yang akan memarahi saya kerana menunggu giliran yang lama
kalau tak marah pon mungkin ayat seperti"memang datang hospital sebab nak duduk lama kat kerusi menunggu sambil baca surat khabar"
saya akan menerima bebelan kerana menunggu terlalu lama sehingga dah baik demam baru dapat jumpa doktor
maka saya perlu bersedia dari sekarang
saya perlu belajar
bagaimana memberi senyuman kepada yang berkerut
bagaimana perlu tenang untuk menghadapi mereka yang beremosi
bagaimana perlu sabar untuk menahan kemarahan
bagaimana untuk menebalkan telinga menahan bebelan
belajar dari sekarang.dengan mereka yang berada disekeliling saya
dengan cara mengaplikasi dalam kehidupan
datanglah kepada saya dengan kesakitan dan masalah,dengan sedih dan dukacita
mungkin saya tak mampu nak rawat lagi,belum mampu untuk membawa semula kegembiraan
tapi sekurang kurangnya saya boleh jadi pendengar
ini serius.
friend is one who walk in,when others walk out
sahabat yang sebenar,apabila bersama ketika suka dan duka
teman sejati,ada ketika diri ketawa dan menangis
kawan baik,sentiasa ada ketika sihat mahupun sakit
saya mahu jadi macam ini.
and all my pain and problem
are relieved and solved
dengan datangnya kekuatan yang dititipkan dari Nya
dan dengan adanya insan yang sering memahami :)
jika ditanya ada apa dengan selipar ini?maka jawapannya kerana ia membawa maksud teruskan berjalan walaupun langkahmu kecil dan halangannya besar :)
(err tapi memang selipar ini kecil comel sahaja hee :D )
~gembira untuknya.semangat untuk saya.
~terus dapat broad spectrum antibiotic?bukan sepatutnya kene dapat yang narrow ke??huhu.tak kan nak berbahas dengan doktor pakar pulak kan.belajar pharma tak habis lagi
2 comments:
mmg slalu jumpa doctor mesti terus bg broad, padahal mase blaja, kne gune narrow dulu...huhu~
mungkin kene pegi microb department dulu,buat culture then bru tunjuk kt dktr bacteria ape.bru die bg narrow spectrum.mungkinlaa huhu
Post a Comment