haha berapa lama tinggal blog ni ek?mujur tak kene delete automatik sebab lama tak update.rumah iollss takde wifi dan hidup mengharapkan mobile data internet yang kouta entahapapa menghabiskan duit aku 7 ringgit seminggu.cekik darah punye internet.
kita mula cerita time aku balik malaysia bulan puasa hari tu.aku buat drama airmata kat airport gara-gara pakcik tahan beg aku yang ada pil barakah berkotak.ape muke suci innocent macam aku ni macam ada muke pengedar dadah paling dikehendaki ke ape?masalahnya tu barang orang,kalau barang aku memang aku tinggal je.ape lagi airmata kan senjata wanita lololol.padahal aku cuak giler masa tu.
mujur ade sorang bro neh tolong setel bagi ayat sepatah dua kat pakcik airport pastu okey je boleh je lepas.aku rasa kalau aku jadi warganegara mesir pon aku takkan faham perangai orang mesir.sebagai tanda membalas jasa,aku pun tolong jaga barang bro tu time dia check in.sekali time check in beg aku terlebih berat lak.tapi lepas tu boleh pulak lepas-.-
alhamdulillah sempat laa bersahur dan berbuka dengan family.baru tahu nikmat tu.yelah tahun ni puasa kat mesir dengan blackout time sahur nye,musim panas tambah lagi exam final.pastu ada pulak kejadian lepas exam,blackout pastu kene naik rumah tingkat 9 guna tangga dalam keadaan berpuasa.aku bersyukur diberi kekuatan.pengalaman beb!
lepas tu sempat jugak raya haji kat malaysia hoho.pastu bila sampai masa nak balik mesir serius aku berat hati sangat-sangat.tak tahu kenapa.aku bagitahu korang,aku nanges jap before bertolak pergi kl petang tu haha.padahal tahun akhir dah kot bukannya baru nak masuk first year.ape nak jadi entah isy isy.
hari ini aku start pergi uni sebagai tahun 6 bawah.6 atas adalah senior kitorang yang tengah study leave untuk final exam dan dorang konvo bulan 2 tahun depan insyaAllah.cakap pasal konvo,timeline aku merata gambar konvo,orang pakai jubah,baling topi ade bulu tu,bunga,bear.orang lain dah konvo,aku?doakan laa ea bulan 2 2016 insyaAllah ameen!
anyway gambar member kawen aku dah immune lol.tapi wedding sorang member je yang aku dapat pergi hari tu.kalau sume member aku buat kenduri time aku kat mesir,habis tu kenduri sape je aku nak pergi nanti?kenduri akikah anak dorang mungkin sobsob.tapi nanti kenduri aku mohon korang datang ek jangan nak balas dendam pulak tak baik tak baik haaa :P
final year dah.lagi 20% nak jadi doktor.aku cuak final exam,aku cuak nak jadi doktor huhu.aku tak boleh patah balik.aku kene jadi doktor.aku dah janji nak buatkan pagar batu kat rumah ummi abah haha.ingat balik impian aku nak beli kereta jazz(myvi cancel)dan duduk kat putrajaya pastu ade kucing parsi kat rumah.
time to change.time to move on.
~ada junior cakap "akak dah final year tapi kalau orang lain cakap akak first year pon orang lain percaya"maksudnya macam mana tu?aku nampak muda?kahkah.ke aku macam budak-budak?haruskah aku pakai make up high heels handbag gucci pergi kelas?
lewatku menyedari,kini ku menghadapi,
segala yang ditakdirkan untuk hidupku.
maafkanlah diriku kerana melukakanmu,
terpaksa ku melangkah pergi meninggalkan kamu
tuhanku,
kamu tolonglah hantarkan kepadanya,
malaikat untuk jaganya bila ku tiada.
tunaikan semua permintaannya kerna...
jaga diri.
0 comments:
Post a Comment