Pages

Friday, October 24, 2014

iollsss busy uollss

salam jumaat!hari tu aku rasa macam lambat sangat masa bergerak meminta nak masa berlalu dengan pantas kan haa skang hambekkkauuu aku tak sedar aku pergi universiti pagi balik rumah malam dan sekarang dah hari jumaat.pastu esok sabtu dan luse start kelas balik lepas tu dah ada special end round cardiology pekejadah belajar cardio 2 minggu pastu nak exam dah tak aci okey sobsob.

jadual tahun 6 aku untuk second week ni agak laa macam wave neck vein ACXVY.kalau artery die jerky tau naik turun je tapi neck vein die wavy naik turun naik turun haaa gitu laa hidup aku terumbang ambing sekarang neh tunggang langgang bak hang.errr tak faham?emm macam ECG laa senang cerita ada naik turun haaa gitu.

cewah mentang-mentang tengah round cardio kan ayat pon masuk pasal ECG bagai padahal aku pon takdelaa faham lagi mende alah tu.nak nangis boleh tak T_T.tapi takpe simpan dulu airmata tu setakat neh aku tak de lagi menangisi kehidupan aku masa tahun 6 neh.walaupun sempat breakfast snickers je tahan sampai petang,walaupun makan keropok je time lunch dan pukul 9 malam baru jumpa nasi,walaupun kelas 4 jam lebih straight but i'm okey!serious okey.eh serius laa.

aku tak tahu laa kalau orang fikir aku tak betul tapi aku suka aku sibuk haha.takdelaa actually bila aku sibuk aku takdelaa fikir rumah sangat fikir pasal pasal ni pasal tu orang tu.eh.

lagipun tahun neh aku kene pulun.tahun akhir nk serap ilmu dari doktor mesir yang power tahap tak ingat dunia neh.doktor mesir sangat baik okey die akan bagitahu kau dari A sampai Z tak cukup dengan tu die tambah lagi huruf hieroglief punye laa nak kata dorang memang banyak ilmu dan memang willing to teach.aku belajar takpe kalau sekarang kau buat salah sebab nanti kesalahan tu kau akan lebih ingat dan tak ulang dah next time.

jadual aku sekarang neh :

9pagi-2 petang : clinical class and lecture.kalau isnin dan rabu sampai pukul 4petang.pastu pukul 6 petang sampai pukul 9 malam kelas tambahan.

tapi semalam kelas 9 sampai 2 petang then kelas tambahan pukul 3 petang sampai 8 malam!bapaklaaa aku rasa otak aku tak boleh nak sumbat ape dah mujur ingat lagi nama sendiri dan rumah kat mana.tapi serius kelas tu best!kalau selama ni aku hafal mende macam tu je tanpa faham tapi sekarang neh aku lebih faham apa aku belajar selama 5 tahun neh.alhamdulillah :)

sabtu pon ade kelas.maka cuti jumaat je laa tapi pantai dengan rumah jauh maka jeles kalau tengok gambar ada orang pergi pantai time weekend lol.kita picnic kat meja study je sobsob.

lagipun aku kene prepare neh dah keje nanti lagi tunggang langgang hidup aku.so dari sekarang kene pandai susun masa.

all the best akma anis!you can do it!15 % lagi nak jadi doktor.tinggal nak kene maintain muda je so bila konvo tak nampak tua sangat haha.*sebab kawan sama umur dah konvo tahun neh kita konvo lambat lagi*

eh hari ni ke esok ek awal muharam?happy birthday to me.aku lahir 1 muharam okey.motif?saje nak bagitahu :P

~bestnya kalau kat uni ade jual nasi ayam hari-hari makan nasi ayam pon takpe takdelah kebulur nak tunggu habis kelas malam baru jumpa nasi :(
~termos comey jadi kawan baik sekarang neh teman pergi kelas tambahan.aku jenis tak ambik nescafe sangat sebab effect die sangat dahsyat dengan aku memang tak boleh tidur punye.even minum teh pon dah boleh hilang mengantuk.kira okey laa setakat neh.

0 comments: