lepas exam mid round internal medicine hari tu,aku down betul-betul punye down.lagi down daripada masa aku fail add math.lagi down daripada masa aku dapat B math mode.
down dia sampai tahap aku melintas jalan tak pandang kiri kanan.
down dia sampai aku balik kelas malam sorang-sorang.
down dia sampai aku rasa aku takde masa depan.
down dia sampai aku rasa aku patut quit medic.
seminggu yang disaster.yang distress.yang rasa nak lari balik malaysia.
sampai aku rasa nak stop kan sume mende neh sebab aku rasa aku dah takde perasaan dah nak hadap sume mende exam kelas buku yang berlambak tu.nampak tak rasa dia macam mana?
tapi aku tahu aku kene bangun.nak tak nak aku kene jugak.aku bawak harapan besar ummi abah.and my dream too.
terima kasih kepada mereka yang tolong bangunkan aku balik.
aku masih ada kat sini sebab rahmat Allah.
aku masih kat sini sebab ada insan-insan yang sokong aku dari belakang bangunkan aku time aku jatuh telungkup.
kalau harap diri aku sorang,memang tak laaa.telungkup laaa macam lesung batu bawah sinki.
terima kasih!
apa yang akan jadi masa depan nanti,aku berserah.yang penting apa yang jadi sekarang.doa aku boleh habiskan sume neh dengan jayanya!
wondering how to be strong and tough like you.
tahu tak,orang yang kecik neh hati dia besar?sumber oleh nur akma anis.
okeylah isnin ade test surgery,rabu test rheumatology pastu ada test tambahan rheumato dgn cardio pastu next week exam end round neurology.emm kat mane jam aku weh.tertinggal kat rumah orang lain ni.macam mana aku nak cek pulse (nadi) patient neh.guna jam dinding boleh tak.alamakkkk macam mana neh.
tajuk takde kaitan tapi aku tengah dengar lagu sedetik lebih neh.tak tsiqah langsung enti neh dengar lagu anuar zain.zzzzzzz
0 comments:
Post a Comment