Pages

Wednesday, June 11, 2014

kembali ke masa hadapan.okey tajuk skema.

just nak cerita balik dinner gen09 hari tu.sebenarnya dulu aku ingat jamuan batch neh 2 kali je seuumur hidup.masa first year dengan tahun last nak graduate.tapi rupanya tiap-tiap tahun pon boleh buat jamuan maa tiada siapa yang boleh halang kerana terpaksa aku relakan.eh tetibe lak.

kitorang buat jamuan ni harian jumaat.khamis tu kitorang baru je lepas exam end round mcq-o&g yang aku stress nak nanges tu.so memang sesuai sangat laa buat jamuan lepas tu memang aku tak ingat langsung pasal exam tu haha.pagi jumaat tu kitorang ade rehearsal sikit.kelllasss tau even jamuan kecik pon ada rehearsal kau ingat anugerah bintang popular je ke ade?

sikit lagi nak sama tinggi dengan aku mende neh.

pagi tu dorang neh hias markas sampai dah tak de rupa markas dah rupe party birthday pon ada dengan power rangers nye laa kluang man laa sailormoon pon ada.aku tukang menyibuk je hehe.maka inilah hasilnya.tadaaa

tema kita hari itu adalah back to the future.ehem nak bagitahu yang bolat bolat tu aku laa yang tampal pastu yang word tu aku laa tukang bukak double tape die.kreatif tak?lol *aku memang suke bukak mende alah double tap tu*

banner gen09 yang aku cadangkan bila ada kenduri kahwin ahli gen09 mohon time berarak bawak mende neh sekali.bapak ah semangat gen09!

dan semua orang kene pakai tag nama neh.comel kan comel kan?

eh eh sape neh sape neh tetibe je?

owh iollss dijemput untuk menjadi award presenter huhu*muka malu-malu*.jamuan we ollss ada bagi award gitu.yang best tu semua menang.kita semua pemenang tiada pengalah lol.
*time neh aku terkial-kial nak bukak nama pemenang award tapi tak dapat-dapat wow secure sangat kad pemenangnya*

dan ini award kita.hahaha sesuai sangat itulah selalu sangat tweet kan dah mendapat.
*ehem.award neh je ada queen kat belakang yang lain takde kan takde kan takde kan huahua*

yang ini hadiah buat SM(subject manager) paeds.owh banyak betul dapat hadiah haha.thank you korang!

dan ini adalah kad ucapan untuk SM paeds.serius tak tahu menahu langsung dorang ada kumpul ucapan neh dan nak nanges terharu baca huhu.kenangan sangat ni!comelllll amat gambar baby kat tepi tu buat jadi booster study paeds hehe.

teratak kami.dulu berlima sekarang berempat sobsob.

untuk pengetahuan korang aku tak pernah main kawen-kawen ea dulu siyes.isy isy sape laaa tu main kawen-kawen

akhawat gen09 yang tinggal.tapi kitorang tetap ingat korang yang dah berpindah ke malaysia.once gen09 always gen09 hee :D

haa inilah bakal-bakal doktor cairo university yang akan menemui anda 2016 nanti ameen!

okeylah tu je lah nak cerita nya.tema old school 90' neh memang best laa.by the way orang lahir bulan julai neh die memang suka mengimbau kenangan lama nostalgia neh lol.

banyak kenangan yang aku ingat sampai sekarang aku main masak-masak gune api real dengan tempurung jadi periuk pastu petik lada nenek masuk dalam tempurung tu pastu rasa.fikir sendirilah rasa apa haha.kadang-kadang main masak-masak petik bunga kertas ummi aku pastu masuk dalam air fefeeling buat air sirap.

pastu aku pernah jatuh basikal balik dari tuisyen dah serupa superman dah jatuh atas jalan raya tapi balik rumah buat senyap takut kene marah.

dan kerja sekolah pendidikan seni aku tak pernah hantar kecuali kalau siap itupun abah yang siapkan.aku memang benci tahap dragon ball kat pendidikan seni huhu.mujur upsr takde seni kalau ada tak tahulah aku pass ke tak.

emm yang pasti aku takde main kahwin-kahwin haha.

mengenang masa lalu memang indah.yang pahit pon jadi manis :)

so back to the future.masa depan untuk zaman 90 ialah zaman 00.eh.zaman 2000 i mean.atau spesifik nya kembalilah ke alam nyata sekarang.zaman kanak-kanak memang indah seronok takde stress tak de dilema takde konflik.

dan sekarang aku nak kembali ke dunia nyata nak menghadap balik buku obstetric dan gynaecology neh.ini cabaran ummi aku cakap.hidup ini memang banyak cabaran*cakap sambil nangis dalam hati*

~aku memang tak sabar nak balik malaysia neh.aku dah fikir nak bawak balik apa jangan sampai aku turunkan beg bagasi aku tu lol

~doakan kami berjaya exam final ni dan semua naik tahun 6 dengan cemerlang nya ameen!

2 comments:

Sy@FizZ said...

orait.. ingatkan saya balik bawa sepanduk gen09 tu time awak kahwin ye.. jadi latar belakang masa makan beradap pun cantik juga kemanis

eh, xminat pendidikan seni ke? sy ingt tu subjek favourite awak. tp tulisan awak sgt berseni..lol :P

iman_insyirah said...

amboiiii admire sangat dengan tulisan org ea.

org ingat nak buat pelamin time majlis kau nmpk cun jugak :P