sebelum ini aku lupa.
kita hanya merancang,Allah yang menentukan segalanya.
dan Dia sebaik-baik perancang.
diberiNya apa yang kita perlu.
dan apa yang terbaik.
kerana tidak semestinya apa yang kita mahu itu yang terbaik buat kita.
:)
melihat orang lain bahagia,aku pon bahagia.
kepada mereka yang telah selamat diijab kabulkan,
yang telah menemui belahan jiwa,
yang telah bertemu insan bernama kekasih,
selamat menyulam cinta dalam redhaNya.
selamat bercinta hingga ke syurga.
semoga beroleh sakinah,mawaddah dan rahmah.
ameen.insyaAllah
kalau malaysia dengan mesir boleh sampai naik kereta je semestinya aku datang.
tapi apakan daya,aku dan kawan-kawan disini ada tanggungjawab yang perlu digalas.
maafkan kami.tak dapat nasi minyak dapat tengok gambar pengantin pon jadilah.
kepada yang belum (aku lettew lol)
selamat meneruskan kehidupan seperti biasa haha.
kalau kita ditanya "turn ko bila pula"
kita jawablah "bila sampai masanya.ko tunggu jelah event kat fb.kalau tak tahun ini,tahun hadapan.kalau tak tahun hadapan,tahun satu lagi.kalau tak tahun satu lagi,tahun 1 lagi lagi dan lagi...."
4 patah soalan ko jawab berpatah-patah dah kenapa forever alone sangat ke hape.
haha.relax beb!jodoh kau Allah dah tulis.tapi kau kene usaha dan bila kau rasa mampu kau proceed lah tapi jangan lupe jemput aku.
eh lepas neh aku rasa nak buat hobi baru kumpul kad kahwin kengkawan laa nanti time aku,aku recycle je kad korang jimat dah budget lol.okey main-main je.
aku dah bersiap sedia dah neh.bersiap sedia mental dengan ujian dan pancaroba sekeliling bukan bersedia apa okey.tahun ini sahaja dah berapa ramai kawan aku kahwin aku dah tak terkira dah.tengah tahun ni banyak gambar kahwin.hujung tahun ni mesti banyak gambar konvo pulak.dan aku sengih jelaa.
pastu time aku konvo orang lain dah kerja.
time aku kahwin orang lain dah beranak pinak cicit miut.okey over.
takpelah nak buat macam mana perjalanan hidup aku neh rare sikit haha.
selamatlah semua.selamatlah akma anis ber-end round exam obstetric & gynaecology.doakan aku faham patient,patient faham aku.saling memahami gitu.apa korang ingat rumahtangga je ke kene memahami.end round exam pon aku dah kene belajar memahami tahu.owh bagus sangat sape yang cari calon isteri/suami doktor lol*ehem.promote sikit kawan seangkatan*
~apa hadiah yang sesuai untuk bagi kat orang konvo selain bunga,coklat,dan teddy bear?yang rare sikit.ape ek?
~baru sekarang aku sedar buku obgyn ni sangat banyak kandungannya doakan aku boleh ingat semua macam aku ingat jadual flight aku hehe :P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment