Thursday, May 10, 2012

untuk abah...

abah,tu ape??
abah kenapa dia macam tu?
abah macam mane mende tu boleh jadi macam tu??
masa kecik,selalu tanya abah macam-macam
dan abah pon boleh jawab macam-macam
tanya laa apa pon bentuk soalan
semua abah boleh jawab
siapa menteri papua new guinea?
siapa yang cipta samsung S plus
apa yang galaxy tab boleh buat?
kat mana letaknya finland(ade ke nama negara neh)
abah boleh jawab punye
terutamanya tentang pengetahuan am
*soalan adalah rekaan semata mata

time sekolah rendah
ade la budak ni punya laa malas
kapur kasut sekolah pon abah yang buat
(alasan:alaa kaklong kapur kasut comot.abah kapur kasut kemas huhu)
pagi-pagi kalau ummi banyak kerja,abah yang tolong buat breakfast
masak nasi goreng dengan telur mata kerbau
(memang ni je menu yang abah selalu buat)
tapi abah pandai masak sebenarnya.ekspecially nasi minyak
(dah jimat dah kos kalau nak buat kenduri kahwin heheh)
abah pandai masak apa-apa yang memerlukan kuantiti banyak
abah jugak selalu balut buku teks saya
abah yang hantar ambil dari sekolah dan tusyen
(abah tak bagi naik bas sebab takut anak dia yang sorang ni asek tertinggal bas je)
dan abah selalu jugak tolong ummi buat kerja rumah
banyak lagi yang abah buat.kalau nak list semua sampai esok pon belum tentu siap

sangat terharu bila abah cakap abah suka pakai jubah haramain ni(mujur memang padan dengan abah huhu)
handsome?tengok laa abah sape hahaha(abes laa kalau abah jumpe post neh)


"abah doakan kaklong berjaya,sentiasa sihat,murah rezeki..."
"lagi abah.ade lagi kene doa ni"
"em..cepat dapat jodoh"
"errkk(terpana jap)...haaa part ni yang kaklong tunggu hahah"
(err pre-exam-syndrom)

ummi pernah cakap:"kalau nak cari suami,cari yang penyabar macam abah"
errr nak cari macam mana??ummi abah laa tolong cari boleh huhu

apa yang abah rasa,apa yang abah lalui,semua abah simpan sendiri.tak pernah sekali tunjuk kepada kami anak-anak.apa yang selalu dilihat adalah gelak ketawa abah,jarang sekali nampak kemarahan abah.tak pernah tunjuk kepenatan,hanya kesabaran yang kami lihat.itulah abah saya :)
~gambar pakcik baju putih tak de kene mengena.sorry laa pakcik ye tak pasal terbabit.malas nak crop gambar punye pasal huhu

~selamat hari lahir abah yang ke...eh belum 50 lagi kan hehe.
~abah nampak je garang.padahal tak pon.macam pendiam,tapi peramah je.macam anak dia yang sorang ni<<promote diri ke ape??

4 comments:

Anonymous said...

SanahHelwah Pakcik ;)

aLi said...

kem salam kat pakcik dgn makcik =)

:: Budak Ubat :: said...

selamat hari lahir abah.....kamu. kih3~

iman_insyirah said...

anonymous,
terima kasih

aLi,
laaa kamu rupenye luqman.igt ali mne laa tadi huhu.insyaAllah

budak ubat,
terime kasih