tahun neh kalau telefon rumah topik paling hangat antara aku dengan ummi ialah pasal kehidupan adik aku kat asrama.suka hati je mengumpat adik haha okey nanti raya kaklong mintak maaf.
adik aku ni beza perangainya dengan aku.maklumlah anak bongsu.ummi cakap tiap-tiap minggu pergi melawat budak sorang tu kat asrama.amboiiii bertuah betul aku dulu adelaa dalam 3 kali je kot ummi abah melawat aku dari form 1 sampai form 5.mujur tinggal die sorang je yang tengah sekolah maka ummi abah pon layankan je laa.
macam-macam gak laa cerita budak tu.mungkin adik aku tu perlukan masa lagi untuk dia adapt kehidupan kat asrama.bagi aku,kalau tak nak sedih-sedih,teringat rumah tu pandai-pandai laa cari kawan bagi hilang sedih dan buatlah apa-apa aktiviti yang rare untuk menghilangkan kesedihan sebagai contoh beratur awal-awal kat dewan makan masa makan malam*semangat nak makan betul padahal orang dewan makan tak siap masak lagi*,pergi surau bawak sejadah*sejadah paling besar aku bawak*,susun selipar depan dorm,jeling akak senior yang potong barisan iron baju dan macam-macam lagi.
harapnya dia dapat laa sesuaikan diri dengan kehidupan kat asrama tu.enjoy je beb.tapi aku nampak dia rindu dengan ummi abah sebenarnya.tapi dia tak cakap.but still ummi abah tahu lol.
macam aku laa.hakikatknya makin lama aku duduk mesir neh,makin rindu kat ummi abah dan family sume,makin tak sabar-sabar nak balik.sebab aku rasa bila tengok muka mereka masalah aku hilang.lupa yang subjek o&g ni complicated,lupe pasal buku-buku yang banyak.hilang sume stress exam dan stress dengan hidupan yang sama waktu dengan aku.
yang sebenarnya aku rindukan ummi abah lebih dari rindu adik aku.at least adik aku boleh jumpa ummi abah tiap minggu.aku?skype tak boleh dah.dengar suara je mampu.tu pon tersekat-sekat T_T .okey iolllss is touching.
muke je garang feelingless konon control macho laa sangat tapi manja.so what?
~cepatlaa tanya saya balik malaysia bila hehe >_<
Monday, May 19, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment