dari semalam lagi aku panas isu orang tak puas hati dengan HO pastu dok sebar gambar kat FB.
aku tak kisah kalau nak kutuk doktor pelatih kat fb.ye doktor pelatih tak terror macam doktor pakar.doktor pelatih banyak buat silap.doktor pelatih lembab.tak reti buat kerja.takde pengalaman.
banyak dah aku dengar cerita macam neh sampai ada masa aku takut jugak nak kerja nanti.tapi bila fikir balik,lepas aku belajar nanti aku nak buat apa dengan mbbch tu kan.dan tu memang dah jadi cita-cita aku lepas aku belajar kat cairo uni dari september 2009.
tapi pengalaman dari senior-senior sedikit sebanyak buat aku bukak mata kerja doktor pelatih tu takdelah azab mana.memang bila time kerja nanti kau akan start dari zero.nada.yillek.*bahasa apa aku pon tak tahu*
yang penting grab segala teori dan tunjukkan sikap ingin belajar.
tapi perbuatan memalukan individu kat fb atau mana-mana laman sosial tu sangat laa tidak profesional.aku sendiri pon kadang-kadang ade je tak puas hati kat mana-mana pastu aku luah kat twitter pastu aku delete balik sebab menyesal lol.tapi aku dah belajar dari kesilapan yang lalu dan terima teguran dari kengkawan.well,bila manusia penuh beremosi macam-macam mende yang kita akan buat diluar kawalan kita.kita tak sedar pon kita buat perkara yang melibatkan orang lain.macam tu.
tapi sekarang ni aku tengok masyarakat banyak yang menyalahkan daripada memahami letak duduk perkara sebenar.wahhh melayu rasmi sangat ayat aku.dorang tak faham kenapa doktor tu buat macam tu macam ni.dulu aku pon macam tu jugak.apasal doktor tu cek tempat lain padahal sakit kat tempat lain.tapi bila dah belajar ni baru aku faham apa yang doktor buat tu ada sebab dia bukan saje-saje seronok tengok orang sakit malah dengan niat nak menyelamatkan lagi.
tetapi,doktor juga makhluk biasa.insan biasa,hamba Allah yang banyak kelemahan.sudah semestinya akan melakukan kesilapan tapi bagi aku kalau kesilapan tu melibatkan nyawa pesakit for sure doktor tu akan menyalahkan diri dia sendiri.doktor BUKAN malaikat atau sempurna sangat sampai TAK BUAT SALAH LANGSUNG.haa saje bagi capslock.
jadi kepada bakal doktor,tugas kitalah sekarang neh belajar betul-betul.bukan sekadar nak lulus exam.bagi aku,attitude pon penting dan itu yang aku sedang ubah kat diri aku neh.banyak mende aku kene renovate diri aku neh.cakap kene lemah lembut,senyum sopan santun berbudi bahasa,tahan marah,tahan maki,tahan makan,tahan tidur,sabar paling tinggi dan macam-macam lagilah untuk mengharungi hidup yang penuh pancaroba lagi 2 tahun insyaAllah.
tapi serius.anda telah memalukan dia di khalayak ramai,membuka aib dia kemudian ada pihak lain pula yang sebarkan.sape nak jawab tu?minta maaflah kat individu tu.mende ni bukan sahaja memalukan dia,tapi boleh menyiksa psikologi dia.siapa boleh buat tak tahu kalau diri dimalukan.masyarakat nak doktor perempuan jadi obstetrician dengan gynacologist tapi bila jadi macam neh boleh menjatuhkan semangat entah berapa ramai doktor perempuan yang nak jadi pakar sakit puan.haa tak puas hati sangat dengan doktor kan haa buat sendiri!eh emo pulak aku lol.
dan aku pernah rasa dimalukan.effect dia sampai sekarang.aku dah maafkan dah sume mende tu kalau boleh taknak ingat pon tapi nak buat macam mana memori dalam otak kita ni apabila cell-cell neuron bergabung maka jadilah coco crunch!aku bab memori lama kenangan bagai neh memang aku ingat tapi buku teks obgyn lima ratus lebih tu bukan main nak ingat nye fuh.
okey dah setel cerita.aku harap time aku kerja nanti bila aku stress adalah insan yang come from another star sudi dengar cerita stress aku lol.sudi tak?kalau sudi baguslah hilang terus stress aku macam tu haha.
akhir kata,mungkin kita pernah buat sesuatu yang kita tak suka kat orang lain,at the end orang lain akan buat mende yang kita tak suka tu kat kita.apasal ayat aku macam berbelit umpama cord prolapse neh?jadi berbuat baiklah kat sesiapa sahaja walau dimana sekalipon kita berada.ni aku pesan kat diri sendiri laa neh.
~menghitung hari.hari balik rumah bukan hari lain.tak sabar aku nak makan sambal udang dengan ketam masak lemak makcik aini.
~tapi exam o&g dengan paeds ni agak mencuakkan aku.nak nanges laju-laju boleh tak*kengkonon tabah laa sangat tahan marah tahan maki bagai tapi hakikatnya aku neh mudah fragile jugak orangnye lol*
p/s : aku dah buat post ni dari semalam tapi kerana blackout aku tangguhkan post neh.
Friday, May 30, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment