2 Februari 2011
hari ini adalah hari terakhir kami kat Turki.maka pagi tu kami mengemas beg sebab nak kene check out dah dari Hotel Fuar tu.selamat tinggal hotel yang comel.owh sangat suka main2 dengan lampu die yang automatik terbuka tu.mase hari first nak cari bilik,sebaik sahaja pintu lif terbuka,rasa pelik apasal gelap je hotel ni?macam mane nak cari bilik.bila keluar lif,tiba2 lampu terbuka.okeyh dah macam cerita seram je neh tibe lampu terbuka.rupe2nye lampu die ade sensor.bila ada orang lalu baru lampu tu terbukak.maka saya sangat suka dengan lampu tu huhu...lagi satu benda bez ialah tempat letak tisu yang juga menggunakan sensor.nanti bila dah de rumah sume mende la nak letak sensor.automatik je sume.boleh gitu??hehe...
mula2,kami pargi ke
Hippodrome. di sini ade tiang2 yang kerajaan lain bagi kat turki sebagai hadiah,bagi orang yang tak minat sejarah macam saya ni memang tengok benda tu tanpa perasaan la huhu.ade bagi tiang sebagai hadiah.dahla tiang batu woo.berat tu.macam mane dorang angkut tak tau la.
ini adalah...haa kan dah tak ingat.tu laa encik ali bagi penerangan hang dok tengok burung merpati...
okey yang ni saya tahu.tiang ni kerajaan mesir yang bagi.
ukiran yang terdapat pada bahagian bawah tiang tersebut.
lagi ukiran.rasanye setiap ukiran ni ade motifnye.dan saya tak faham ape motif yang cube nak disampaikan
ini pula adalah tiang yang diperbuat daripada besi senapang yang dileburkan
macam aiskrim paddle pop twister kan??hehe..~ini pandangan orang yang tak memahami seni
hah orang sibuk bagi penerangan kamu pergi usya burung merpati neh.tiba2 rase macam ade kat london time ni haha...
kemudian,kami pergi ke Masjid Biru atau masjid Sultan Ahmed.masjid ini dibina pada tahun 1609 sehingga 1616 dan dibina oleh arkitek bernama Sedefhar Mehmet Aga.masjid ini mempunyai 6 menara.maknenye ia dibina oleh sultan.
nampak seperti 3 lapis kerana kedudukan menaranya
kagum dengan kesenian Islam...
pemandangan dalam masjid
lampu nye sangat rendah sebab dulu gune lilin yang cahayanye agak malap.maka untuk pengcahayaan yang baik direndahkanla lampunya.ohcee ayat macam bese keje dengan TNB je eheh...
alahai sukenye kamu ye :) ni ilyas.adik anisah
kawasan bagi sultan
kamu tengok ape...
lepas tu,kami pergi ke Aya Sofea atau Hagia Sofea.Pada mulanya ia adalah sebuah gereja yang amat besar ketika kerajaan Byzantine,kemudia menjadi masjid ketika pemerintahan Turki Uthmaniyyah kemudian ditukar menjadi muzium ketika pemerintahan Kamal Atarturk.
antara lakaran di dinding yang dikekalkan.
semasa Aya Sofea ini ditukarkan kepada masjid,ada lakaran di dinding yang ditampal dengan plaster.kemudian ia dikikis kembali apabila masjid ditukar kepada muzium.
ukiran Allah dan Muhammad lambang kemegahan bangunan ini sebagai sebuah masjid
Aya Sofea yang terletak bertentangan dengan Masjid biru dan mempunyai 4 menara
lepas penat jalan2,kami pun melawat lagi satu tempat menarik iaitu...kedai makan hehe..dah penat jalan masing2 pun lapar.maka kami pun berjalan jalan cari makan pulak...
inilah lunch kami.potongan ayam kecik2 macam dalam kebab tu,kentang dan sayur sikit.nasi2 tak main ohcee..
makan kat gerai sambil menikmati pemandangan kereta api atau komuter.ke LRT ni..monorel kot..okeyh fail bab mengenal jenis2 kereta api.
selepas itu,encik Ali melepaskan kami untuk berjalan-jalan ke mana sahaja yang kamu suke kat turki ni asalkan tak sesat.maka saya dan pka mengambil kesempatan berjalan ke mana sahaja yang kami suka tanpa ade motif yang jelas...bersambung ke post lain ek.ngantuk sudaa huhu...