esok dah nak kene chck out dari hotel.kalau tak dapat balik macam mana??how??nak duduk mana??
owh baru ingat nak balik ea...kalau tak dapat balik,terpaksa la tukar kerakyatan syria neh huhu...
malam itu,kami didatangi oleh pihak kedutaan Malaysia di syria,encik Rizal dan encik Fahmi.
mereka membawa khabar gembira bahawa kami akan pulang ke malaysia dengan tajaan MAS tapi kene bayar sikit.alhamdulillah.tak kesa la kene bayar pon janji tak kene dok syria...
kredit to ustaz yang menjadi musyrif kami,ustaz Thalut Ar-ramadhan yang bersusah payah membantu kami.beliau lah yang bersusah payah nak kumpul2 pasport kami dengan kadar yang segera.dengar kata sampai ke bazaar ustaz cari budak2 ni.yeke korang??
6 Februari 2011
pagi2 lagi dah siap!punye semangat nak balik kan.pergi ke dining hall niat nak bekfes la padahal makan roti tak sampai sekeping pon,dining hall pon tak bukak lagi.
kelam kabut pakcik kat kaunter boarding pass neh apabila diserang oleh kami yang seramai 26 orang ni hehe...
dari airport damascus,syria ke KLIA,singgah sebentar di airport Dubai...
~terasa nikmat ukhwah itu apabila kita susah dan senang bersama.Alhamdulillah,pihak MAS sudi menaja kami untuk pulang ke Malaysia dari Dubai walaupun kami perlu bayar sendiri tambang flight dari Syria ke Dubai.tapi takpe tak kesa :)
so,sampai sini sahaja catatan perjalanan kami ke turki,lubnan dan syria.semoga trip kami itu bukanlah satu perjalanan yang hanya untuk menambah cop kat pasport,tetapi adalah sebuah kembara yang mampu membuka minda dan hati tentang keagungan Allah seterusnya mampu mendekatkan lagi diri ini dengan-Nya :)
~rasa macam nak pergi turki lagi...
dan rasa nak bawak balik anak orang syria sorang...
2 comments:
kesian anak org syria. kang dy plak wat rusuhan kt temerloh nk blik syria
eh xkannye...dia xakan diajar mcm ne nk wt rusuhan
Post a Comment