Pages

Wednesday, February 9, 2011

tak tau nak letak tajuk ape

wujudnya post ini bukanlah untuk melaporkan secara terperinci ape yang sedang berlaku di mesir.kalau nak tau detail tengoklah berita ea.CNN ke.BBC ke.Biz world ke..erkk..biz world termasuk ke??whatever huhu...

secara jujur,tak tahu pun bila rusuhan kat mesir tu start sebab tak kuar rumah,dalam study leave.jadi tak tahu apa berlaku di luar rumah.tahu bila ternampak status kawan2 kat fb.dorang cakap kat Tahrir orang ramai tengah berkumpul.saya yang tak tahu apa2 ni ingat cuma rapat umum je..kumpul ramai2 membuat demonstrasi secara damai.ingat macam tu je la kan..hoho punye cetek pengetahuan am mase tu...

bila jalan kuar pergi u,mesir macam tak de pape pon.nampak normal je.muke rakyat mesir sume macam bahagia je huhu.tu lah orang len cakap,muke nampak tenang,dalam hati mengganas sape tahu..

pada hari jumaat,semua line internet dan line tepon missing in action.tak de line langsung!!siyes rase macam duduk kat zaman ice aged huhu.try jugak nak jadi hacker macam falcon dalam bloody monday tu kan.tapi dah internet pon tak de nak hack macam ne huhu.pasrah sahajalah..memang terputus la hubungan.baru ingat nak skype dengan family.maka kami pun meramaikan orang kat luar rumah tu.kuar sebab nak beli barang.baru separuh perjalanan,tiba-tiba...ohcee macam saspen je kan.

tiba-tiba terdengar macam bunyi tembakan.uish cuak dah time tu.pastu nampak orang lari-lari.okey cuak kuase dua.pastu de pakcik arab suruh kitorang balik je rumah.okey cuak kuase tiga.rupenye polis telah melepaskan gas pemedih mata.maka kami pun berpatah balik ke rumah.dah macam dalam pearl harbour lak ai.ohcee over la tu...

dari rumah kami tu dapat la lihat sedikit kekecohan.ape yang difikirkan mase tu??em...macam2 fikir.antaranya:
-apa yang sedang berlaku ni
-kenape jadi macam ni
-waa nak lari balik malaysia huhu
-berdoa semoga kami semua selamat
-semoga apa yang berlaku ini hanya sementara
-dapat ke tak travel ni.takut flight cancel
-dan ...............................(malu la nak tulis hakhak.biarlah rahsia)

apepun,itulah pengalaman.sebelum ni tak pernah merasa macam mane bila negara darurat.haa ambek neh rasekan hoho..dan pengalaman itu yang menjadikan diri ini lebih menghargai erti sebuah keamanan.waa dah macam iklan kemerdekaan lak neh.

~semalam test skill driving dengan bapak.rasa macam kene test dengan jpj ouh haha.
~time cuti2 ni mari kite menimba ilmu ekonomi rumah tangga bersama Puan Aini huhu...

0 comments: