-kami bertolak ke Bursa.bukan busan okey ataupun busra mahupun brusa huhu...kat sini dengar kata banyak sutera.kami menaiki bas dari hotel untuk ke pelabuhan.kemudian menaiki feri untuk sampai ke bursa.dan hari itu salji turun!rase macam nak wat klip video winter sonata je neh haha..
salji itu lambang ketenangan,kedamaian.putih itu suci,bersih...
sebaik sahaja sampai,kami melawat makam Sultan Muhammad 1 yang terletak berdekatan dengan green mosque
ini adalah makam Sultan Muhammad
makam ahli keluarga Sultan Muhammad
okey kite...makan dulu!ingat makan saje kamu ye hehe.sebenarnya nak melawat green mosque dulu tapi time kami sampai tu waktu zuhur hampir masuk maka masjid ditutup untuk lawatan buat seketika.
"sila datang sebentar lagi okey"kata pakcik guard neh dalam bahasa turki...
maka kami pun pergilah ke restoren terdekat..tapi tak tau name restoren tu ape.alamak fail nak masuk jalan2 cari makan name restoren pon tak tahu.name menu pun kitorang tak tahu.yang pasti ade nasi ciput,de macam daging burger,ade sayur sikit...
haa ni...kenyang ke tak??alhamdulillah kenyang je :)
sebelum diberi nasi,kami diberi ini dulu.macam kuah kari tapi bukan.kami buat resepi sendiri dengan mencampurkan sayur tu dengan sup ni.sedap la jugak.puan2 harus cube resepi kami ni di rumah ye.
ini adalah teh epal yang terkenal di turki.satu cawan kongsi 2 orang.romantik gitu hehe.padahal nak jimat
ini pula kopi turki yang diorder oleh noni dan aqilah.pekat weh kopi die.saya minum seteguk sahaja terus tak nak dah.memang tak boleh masuk dengan kopi.tak tahu berape kilo caffein dalam ni
dan ini adalah pencuci mulut.kastard,puding karamel dan manisan.ade orang tengah meleleh air liur ke tu??haha
selepas makan,kami menunaikan solat di green mosque pula.
pintu masuk green mosque
ia diberi nama green mosque kerana hiasan dalamannya yang diperbuat daripada batu marmar berwarna hijau.masjid ni under renovation maka tidak banyak gambar yang dapat diambil.masjid ini dibina semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad
apa yang menarik,terdapat satu struktur dalam masjid ni yang boleh mengesan jika berlaku perubahan di bawah bumi seperti gempa bumi.struktur tu macam tiang bentuk silinder.kalau boleh dipusingkan,maknenye struktur bangunan itu normal,dan kalau tiang tu tak dapat digerakkan,maka struktur bangunan itu telah berubah.masyaAllah,hebatnya arkitek zaman dahulu berfikir tanpa perlu ada mesin canggih.
inilah tiang tu.maaf kualiti gambar kurang.ambil gambar dengan kamera enset je huhu...
kemudian,kami melawat great/grand mosque.inilah encik ali yang menceritakan tentang sejarah great mosque ni
masjid ini dibina semasa pemerintahan Sultan Beyezid 1.sultan tersebut ingin membina 20 masjid kerana bernazar,tetapi sudah tentulah kos nya sangat mahal.maka digantikan 20 masjid itu dengan sebuah masjid yang besar serta memiliki 20 kubah.sebab itulah masjid ini mempunyai 20 kubah.
kemdian,kami ke silk bazaar.shopping ke?owh saya tidak shopping sutera..hanya tengok2 sahaja.tapi adalah beli barang sikit.sikit je okey :)
0 comments:
Post a Comment