Pages

Sunday, February 13, 2011

Tu.Lu.S 3

31 Januari 2011
-pagi tu,kami naik cruise menyelusuri bosphorus.baru tahu yang turki ni terbahagi kepada 2 iaitu asia(antakia) dan eropah(thrace)~credit to atiqah azman
aaa...alamak nota saya yang ade 2 3 baris je maklumat tu ade kat atiqah.nanti la ek cite balik.yang penting kami naik cruise sambil encik Ali bercerita lagi tentang turki

pemandangan dari cruise.subhanallah memang cantik.segala kepayahan untuk sampai ke turki rasa terbalas dengan pemandangan yang mempesona

ini adalah..hotel...kot..haha banyak sangat gambar sampai dah tertukat tukar dah bangunan pe ni

yang oren ni universiti kalau tak salah...

tembok besar cina...bukan daa..mane datang tembok besar cina kat turki tu...ni benteng kota constantinapole..yeke??erkk...ye kot hehe...jawapan tak yakin langsung

semua khusyuk mendengar ustaz Hafiz menceritakan tentang pembukaan kota constantinapole oleh Sultan Muhammad Al-fateh...kalau nak tahu sila klik sini dan sini...

kami Gen 09 telah berjaya menawan cruise ini!hehe...

tadi gambar kat tingkat atas cruise.ni kat tingkat bawah pulak.banner haruslah ade sekali huhu...
selepas itu,kami mendaki bukit ke Camlica Hill untuk melihat pemandangan turki dari atas bukit bukan nak tengok anak bulan okey.demi menerokai keindahan turki,gunung Camlica sanggup kami daki hoho.okeyh tipu mendaki.bas yang mendaki dan kitorang duduk diam-diam sahaja dalam bas.
 cepat teman-teman pasang banner kite


kami gen 09 cairo u telah berjaya menawan Camlica hill yeah!!

aaa...ape yang kite tengah buat ni weh...macam tak de motip je masing haha

ade termenung mengadap tong sampah.tolonglaa kamu~haisy tong sampah ni kacau pemandangan la huhu

 oit cik kak wat cover album pe??

setelah Camlica Hill tu didaki,haruslah turun pulak kan.takkan nak dudok situ sampai malam.maka arakian adalah kiranya beta serta para hulubalang meneruskan perjalanan kami.ayat dah macam bahasa istana di zaman silam dah neh sebab masuk ke Topkapi Palace.topkapi palace ni adalah pusat pemerintahan semasa zaman Uthmaniyyah.sangat luas dan memang syok kalau dapat round2 dalam ni sambil naik basikal hehe...

meeting hall.tempat bermesyurat pada masa dahulu.zaman dulu pon ade sofa tau.ingat sekarang je ke ade ikea
ini adalah permaidani yang bertakhtakan emas dan permata.bukan untuk berbangga tapi adalah strategi politik bagi kerajaan Uthmaniyyah.dengan ini kerajaan tersebut dipandang megah dan nampak la stabil dari segi ekonomi.uish kalau letak la karpet ni kat ruang tamu kat rumah tu sure jadi kawasan larangan nye.tak sampai hati kot nak duduk atas karpet ade berlian hehe...

nampak macam castle dalam fairy tale kan :)

walaupun sultan tidak hadir dalam sesuatu meeting,tetapi sultan tetap mendengar ape yang dibincangkan melalui tingkap ni.maka jangan meeting yang bukan2 okey.dulu kan takde cctv.so buatla macam ni kot.anyway,what a brilliant idea.membuatkan para menteri berhati hati untuk berbincang sesuatu kerana sultan ada mendengar secara rahsia huhu...

bumbung pun cantik tuu


begitu unik sekali paip dia...

dekat topkapi museum ini juga ade dipamerkan janggut Rasulullah s.a.w,tongkat nabi musa,potret sultan2 yang memerintah turki termasuk Sultan Muhammad Al-Fateh.
juge berlian yang sangat besar dan sangat berkilat.cerita dia,pada zaman tu orang yang jumpe berlian tu ingat batu biasa je..maka dia pon bawak la gi kedai pajak gadai.then,berlian itu pon dibayar dengan sudu.setelah dibersihkan batu tu,rupenye adalah berlian yang sangat berharga.mintak maap la ye.dilarang ambil gambar dalam tu maka tiadalah gambar berlian tersebut..aaa.. bayangkan jela macam habib jewel.lebih kurang la tu.

setelah itu,kami singgah sebentar di grand bazaar.lain kali lak ye cite pasal grand bazaar ni :)

~suatu masa dulu,saya pernah menulis tentang Sultan Muhammad Al-Fateh dan tidak pernah terfikir akan melihat masjid biru secara live.dan saya telah diberi peluang untuk melihatnya sendiri.alhamdulillah :)

1 comments:

Fadzlin Basir said...

nice..!!do follow me..=)