Pages

Tuesday, February 25, 2014

date with me?

saya memang ada masalah dengan tarikh.i don't know why.saya suka math,tapi tak suke ingat nombor.bahaya kema oiii dose ubat kene ingat oiii.errr can i write the dose kat memane,dinding ke,katil patient ke?boleh laaa ea??ea??

kalau hari cuti,kadang-kadang je ingat tarikh.
number phone yang saya ingat?emm no. abah,ummi,rumah,my number celcom,etisolat,and another 2 3 number phone laa.tu je.kot?
tarikh lahir orang lain?emmm kalau ummi abah dan adik-adik.memang ingat.kalau kawan-kawan...errr yang dekat dengan tarikh lahir saya,saya ingat laa.kot.tu pon dalam 2 3 orang..je...huhu

tapi selepas saya diberitahu oleh seseorang mengenai kepentingan tarikh,ya tarikh sangat penting.terutamanya dalam pendokumentasian.

owh ye.kelas bermula 1 Mac.bagus,tarikh yang senang diingati.takut syok sendiri sensorang je yang cuti duduk rumah padahal orang lain pergi kelas.

emmm.tapi saya rasa saya akan ingat tarikh-tarikh penting yang akan berlaku dalam hidup saya.ye saya akan ingat(dengan bantuan S planner kat tab mungkin lol)

dan beruntunglah mereka yang saya ingat tarikh lahirnya.haha tetibe.

tapi dalam banyak-banyak tarikh,tarikh mati takde siapa pon yang tahu.

~tajuk post tak tsiqah langsung kema anis neh

~tengah buat teks MC untuk MTC neh menyempat pulak update blog ye.bila kene buat teks baru aku sedar aku amatlah pemalas nak buat karangan,tapi menulis kat blog rajin pulak.pelik ini pelik.

Sunday, February 23, 2014

dilema.medical.student.

tahu tak.bila kita belajar penyakit dan simptomnya.
dan bila simptom tu ada pada diri sendiri,cuaknye tu tak terkata.
kadang-kadang rasa macam nak gelak.sebab rasa macam psycho lak diagnose diri sendiri.

ade sekali tu,bibir aku bengkak tetibe.
secara personal history nye,aku takde allergik kat apa-apa.
takde trauma terhantuk ke tergigit ke ape,takde kene sengat apa-apa.
dia jadi tiba-tiba.aku tak pernah jumpa penyakit ape ade simptom bibir bengkak maka teruslah google.
tetibe jumpe pulak berkaitan dengan disease with blood ke ape dengan berkaitan spleen(limpa)
terus fikir aku ada splenomegaly ke neh(limpa jadi besar) tapi bila bibir dah tak bengkak aku lupa terus.

lepas tu,ada simptom lain.something enlargement at lateral side of neck.
aku suspect thyroid.sebab memang ada family history pasal thyroid.tapi spesific penyakit tu tak sure.
ape lagi menggelabah lah terus cek kot-kot ada simptom lain tapi takde haha.penat je menggelabah.
tapi takde tachycardia ke ape
kawan aku pon beria suruh buat medical check up tapi aku malas nak fikir.okey malas nak pergi.
dan biarkan je lah.kata doktor buat ape jumpe doktor kan*ego meninggi macam klcc*

tapi simptom yang latest ni paling buat aku cuak.
asalnya,aku perasan tiap kali aku berus gigi,akan ada bleeding.tapi aku suspect gusi aku.berus gigi tak sesuai(tapi aku memang berus toothbrush bukan berus sabut)berus gigi ganas sangat,atau aku kurang vitamin c ke kan.
tapi ada satu hari tu buat aku paling cuak bila sputum(kahak) aku ada darah.paling aku cuak darah tu bukan bercampur dengan kahak,tapi memang darah.macam dalam cerita melayu kau batuk keluar darah tu.cuak tahu haha.
2 kali pulak tu.double cuak.

terus cek.sakit dada,takde.batuk,takde.sesak nafas,takde.sakit tekak,takde.demam,takde.sakit kepala,takde.pucat,takde.
kesimpulannya,aku tak tahu ape mende itu.dan malas dah nak diagnose diri sendiri.
dan alhamdulillah lepas tu takde ape-ape dah.

dan sekarang aku ada simptom baru.rasa nausea(nak muntah) dan penat giler rasa nak tidur je keje.
hari tu aku baru balik dari tugasan medical team.balik tu memang aku rasa terhuyung hayang dah.
balik,solat maghrib terus ma'as salamah pergi tidur.
emm penat terlampau kot masa tu.
aku tak tahu laa dah keje nanti macam mane hidup aku.padahal tugasan tu keje aku ambek blood glucose orang je kot!

kadang-kadang lagi penat diagnose diri sendiri daripada diagnose orang lain.
pantang sakit perut terus diagnose bakteria apakah parasit apakah.haha apemende laa.
I am not paranoid.kata kene praktis apa yang kita belajar haha.

bila sakit ingat mati.mati sebaik-baik peringatan.

Friday, February 21, 2014

this is my way.

deal and working with other people.
need us to understand people.
emm.boleh je kalau kau tak nak faham orang lain.
macam laa orang lain pon nak faham kau kan?
tapi kalau kau pelajar medic,mesti kau pernah dengar empathy kan?
eh no.bukan sahaja pelajar medic.as human being,we need that empathy.

empathy memerlukan kau faham orang tu.faham situasi dia,dan rasa apa yag dia rasa.cewah gitu.
ni difinisi aku laa.difinisi kamus dewan bahasa dan pustaka tidaklah diketahui kerana kat rumah neh ada kamus dorland's medical dictionary je.
perghhh barat giler ko kema kamus dorland's ada kamus bahasa pustaka takde.deyyy ana pelajar medic bukan pelajar bahasa mintak maap laa okeyyyy.
errr okey nanti saya belilah kamus tu letak kat mini library untuk bacaan anak-anak.kang gara-gara takde kamus dewan bahasa pustaka anak aku dok speaking lak memanjang moyang die tak faham nanti.

ape yang nak di highlight kan kat sini,yes i am deal with many people nowadays.woah speaking ko entah betul entah tak grammar tak tahu.
2 3 menjak neh aku banyak kene deal,kene bincang,kene discuss,kene contact,kene kerja
dengan macam-macam manusia.lelaki perempuan,tua muda,kacak cun,abang kakak,bapak orang bini orang.

dari dulu,aku buat cara macam neh.terutamanya kalau kene keje dengan berlainan jantina.

pertama,
aku tengok dulu partner aku tu orang dia macam.simple ke,pendiam ke,slumber ke,okey2 je ke.bila dah kenal partner kite macam mana,baru laa kita boleh tahu cara macam mana nak deal dengan dia.ye dak?jarang aku dapat partner yang pasif sangat.kalau pasif pon,aku akan buat pelbagai cara untuk aktifkan die lol.tapi aku tak boleh ubah die ikut cara aku.better biar dia jadi diri sendiri.kang aku ubah personaliti orang lain lak susah kang.

kedua,
aku tak suke partner aku tak selesa dengan aku.aku tak suke kalau partner aku ada perasaan segan,malu,inferior dan sebagainya dengan aku.*ade ke?lol perasan giler* maka aku cuba untuk buat partner aku selesa dengan tidak terlalu skema dan serius.tapi time discuss haruslah serius kan tapi aku pon bukanlah orang yang serius memanjang.

ketiga,
aku suka serahkan partner aku untuk buat pembahagian kerja.bukan apa aku takut kalau aku yang buat nanti macam berat sebelah.keje senang aku ambek yang susah bagi dia.haha berat sebelah okey!tapi kalau partner aku dah bagi ayat "takpe ko laa yang bahagikan keje" maka terpaksa lah aku bahagikan mengikut cita rasa aku lol.eh tapi at the end aku akan tanya"okey ke?ke terasa macam banyak?"

keempat,
aku sebagai perempuan,sebenarnye kadang-kadang segan untuk memulakan perbincangan.aku lagi suke kalau partner aku yang start dulu.tapi kalau kita dok tunggu 2 3 hari partner kita tak contact pon.haisy tak jadi keje laa gitu.silap haribulan tahun depan pon tak gerak-gerak.maka haruslah aku yang inbox/contact dulu.perigi cari timba?ah lantakkan yang penting aku buat kerje aku bukan nak cari jodoh ke timba ke

keempat,
just be yourself.aku rasa aku tak cover pon perangai entah-pape aku.eh takdelah tak cover langsung.maksudnya takdelah tetibe nak berlakon ayu bagai tu.tak reti nak berlakon neh.dan kita pon akan lebih selesa kalau jadi diri sendiri daripada kene cover ni betul tak?

kelima,
aku anggap dia sebagai partner kerja.dan kawan.sahaja.tak lebih tak kurang.time kerja,kita layan sebagai partner kerja,as a friend,a colleagues(betul ke spelling die neh?musykil aku)tapi kalau lepas setel kerja kalau bertembung atau die tegur tu kita jawab laa takde laa lepas habis je kerja tu terus buat macam "sape die neh?aku tak kenal dia."ohhoh gaya macam apa je lepas setel keje terus buat-buat tak kenal.

keenam,
yes kita ada pendapat kita,dan dia ada pendapat dia.terima pandangan orang lain,,raikan ketidak samaan pandangan.setiap orang pandang dari sisi berlainan.bawak bincang elok-elok insyaAllah akan ada persepakatan lepas tu.jangan terlalu mendominasi perbincangan.kau nak kau jeee yang betul?okey sila keje sensorang.

ini cara aku.tak tahulah acceptable or not.nanti aku kene deal dengan ramai orang.orang sakit lak tu.sedangkan deal dengan orang sihat pon aku kene berdepan dengan macam-macam bende.inikan pula kene deal dengan orang sakit yang sah-sah emosi tidak menentu.pheww kene praktis deal dengan orang lain secara profesional dan dengan tenang dan sabar.

deal dengan mak mertua lain cerita.hari tu aku dah try praktis kat konvo senior.jadi usher pintu masuk.borak dengan sorang makcik neh.asalnya tanye "makcik tak berat ke beg tu,meh saya tolong pegang" tapi lepas tu borak sakan dengan makcik tu sampai masuk bab anak die kat new zealand sampai laa anak die datang.fuh boleh tahan gak peramah aku neh lol.

ye ye je peramah.tapi bila kau jumpa 'certain' orang,gagap gak.diam seribu bahasa.adakah dia datang dari bintang lain yang boleh buat aku terdiam sampai tak boleh kata apa-apa?*pengaruh cerita korea you who came from another star huhu*

Thursday, February 13, 2014

hari ini dalam sejarah.

okey I is nervous.

dari semalam okey start nervous.uisy macam ape je.emm pernah je buat keje macam neh.tapi tu pon kire MC terjun sebab tak dapat cari MC last sekali aku jugak selaku unit disiplin dan protokol jadi MC.

tapi time tu kat program COMPASS kat malaysia.takdela ramai sangat dan tak kenal mana pon hadirin hadirat nye huhu.

tapi ini jamuan senior gen07.seniorrr kotttt.mahu tak gelabah.
but its okey.pengalaman kot kan.

fuhhh.okey baju dah siap skrip dah baca.tengok you who came from the stars laa nak hilang nervous lol.

wish me luck!

dan semoga nur akma anis tak gagap tak tersyasyul tak pengsan sume laaa.
ye!thank you. hee :D

okey hari ini 13 februari 2014.13/2/2014 dalam sejarah.

~okey sekarang saya tahu kepentingan tarikh.errr tapi time-time cuti neh memang ada masalah ingat tarikh huhu

Saturday, February 8, 2014

budak asrama skema.

"cube kaklong bagi nasihat sikit kat adik.pasal asrama."

aku rasa kehidupan asrama banyak mewarnai kehidupanku.terutamanya form 1.

ingat lagi,masa tu hilang baju sekolah.nanges-nanges kol rumah bagitahu baju sekolah hilang.ape motif nanges pon tak tahu lol.lepas tu aku tak berani nak telefon rumah kalau ada hilang barang.dan menjadikan aku cukup menjaga barang-barangku,dan belajar menyimpan barang dengan cermat.maka risiko untuk hilang itu kurang.

akak-akak yang banyak bagi panduan macam mana nak hidup kat asrama.

"korang kene jaga kebersihan.jaga kebersihan dorm,tandas jangan tersumbat bla bla"
"korang kene bagi salam kat akak-akak.senyum.jangan nak jadi kerek ea"
"korang kene pergi dewan makan awal.pergi surau awal.bawak sejadah.bawak buku tazkirah.duduk depan saf.akak taknak tengok ade form 1 duduk saf belakang"
"akak nak tengok korang pergi sekolah kemas.taknak selekeh tudung baju tak iron"

banyak akak-akak senior neh membebel rupenye.walaupun kadang-kadang ada je rasa "hek eleh cakap kat orang suruh buat tu buat neh tapi sendiri datang surau lambat"tapi dalam hati je laa.tapi pesanan dorang-dorang tu yang menjadikan aku form 1 yang skema.

aku takde kakak,dan aku tak tahu nak tanya kehidupan asrama tu kat sape.sudahlah tercampak sorang-sorang kat SMKA TAHAP masa tu.orang lain sume ade geng,sekolah sama.aku tak kenal sorang pon.takde geng.takde kawan satu sekolah.masa tu baru tahu life is getting hard em?

tapi aku dikurniakan keistimewaan peramah terlebih dan sifat ingin berkawan yang tinggi lol sangat neh.so kitalah yang aproach orang dulu.maka disitulah kita berkawan.kenal kawan sekelas,kenal kawan satu dorm.bergaduh dengan dorm sebelah haha.

yang pasti,aku pelik macam mana laa akak-akak neh rajin sangat mengiron baju kurung?iron baju sekolah dah lah.kadang-kadang baju tu tak payah iron pon bukannye berkedut pon.haha ayat neh laa sokmo dalam hati bila bengang tunggu iron lama sangat.paling bengang kalau kita punye bersusah payah beratur akak-akak neh suke hati je "eh adik form 1 akak nak iron baju kejap ye.kejap jeeee"kejap skull patella akak tu.iron baju macam iron langsir punye lama.tapi itu akak senior okey kene hormat respect kang ko kene jeling kang satu batch senior cop budak kerek.

*skull=tengkorak
*patella=lutut

paling menguji kesabaran bila kita beratur kat dewan makan,akak-akak neh dengan muke slumber potong barisan.rasa nak baling je tray kat muke akak tu.perghhh giler ganas haha.takdelah sampai nak baling tray tapi bengang itu masih ada.tapi nak buat macam mana,kene respect senior!

permulaan kehidupan di asrama memang susah.tapi banyak seronoknya.aku ada ramai kawan,jumpa ramai akak senior yang baik-baik.dalam akak-akak senior yang kerek tu*aku pulak nak cop akak senior kerek* ade ramai je yang baik.ade laa berapa orang akak nak ambek aku jadi adik angkat.mungkin sebab comel kot hahaha*okey jangan muntah hijau kat laptop*eh tapi siyes.sampai sekarang still ada contact akak-akak yang rapat.

tapi bagi aku,rahsia kejayaan yang besar untuk menjalani kehidupan form 1 ialah dengan respect akak senior.terima teguran dorang dengan senyuman.baik dengan senior dan kawan sebaya.tapi baik jangan sampai mengampu,mesra jangan sampai jadi pengadu.insyaAllah kehidupan form 1 takde sape nak kacau.errr okey kene kacau senior lelaki tu cerita lain.lantakkan dorang.nanti dorang nak exam baru dorang tahu erti penyesalan lepas tu baru nak mintak maaf.

dan tulis nama kat SEMUA barang termasuk cotton bud,tempat letak sabun,baldi,gayung semua semua lah.walaupun kau yakin yang barang tu takde orang boleh pakai(contoh kasut sekolah kau paling kecik yang memang takkan ada orang lain yang padan,tulis nama gak)

sekian tip ex-junior-form-1 yang agak skema.okey nanti ada anak nak masuk asrama,rujuk sini jelah ye nak.lol.

susah mana pon zaman form 1,zaman itu akan diingat,sampai bila-bila.zaman paling thiqah,paling alim,paling solehah,paling suci,paling nerd,paling skema.macam mana nak ubah diri balik jadi macam zaman tu ye?rasa macam kene tarbiyah masuk form 1 balik neh -.-

~"anis,ada abang kirim salam"yang ini ayat budak depan yang memang tak boleh bla.budak neh salah sampaikan salam memang makan jelingan aku lah.sorry laa bro,belum cukup gentleman.aku ada wali.eh

Wednesday, February 5, 2014

shopping laa sangat.

bila saya update blog,maknanya nur akma anis sedang dalam keadaan yang saaaangat rajin lagi ringan tulang lagi ringan otot ringan otak ringan organ semua laaa ringan *anyway macam mana nak gain weight eh??*

okey cuti sebulan.
sebenarnya aku dah ada plan nak buat apa.tapi dalam hati je laa tak tulis dalam planner lagi sebab takut nanti bila tulis tak jadi lepas tu kene liquid ape yang ditulis lepas tu planner jadi tak cantik dah comot-comot.

tapi hakikatnya kalau memang kita dah plan dan memang taakid(yakin) akan melaksanakan(apasal skema sangat neh) plan tu tapi tanpa izinNya tak kan jadi jugak.kan?manusia hanya mampu merancang.tapi jika ada usaha insyaAllah perancangan itu akan menjadi :)

jadi plan pertama : pergi arabia mall.

2 jam dalam teksi ai jauh benor nampak gaya macam dari temerloh nak pergi midvalley KL baq hang!ini semua salah jalan jam.

mall die macam alamanda panjang je.boleh dikatakan kami masuk 98% kedai kat mall tu.tengah sale kot banyak laa barang half price.jujur cakap aku tak pernah shopping sangat sepanjang 5 tahun kat mesir neh.yang aku ingat aku pernah beli :

1)beg adidas.satu beg sandang biru sebab masa tu memang beg sandang dah uzur.satu lagi beg kecik warna purple nak buat letak purse dan handphone.lagipon jatuh cinta pandang pertama kat beg tu sebab comel.

2)beg jugak.errr handbag.kot?nampak wanita ayu gadis melayu safi rania(?) katanya kalau pakai beg tu.

3)winter coat.

4)makanan.haaa yang ni memang baaaanyakkk tak terhitung especially kalau masuk spinney(macam supermarket besar).selalunye memang banyak belanja kat spinney pon beli makanan ape mende entah banyak tapi tak jugak besar-besar.

niat di hati nak tengok-tengok je apa ada kat mall neh."pika aku nak beli shampoo dengan kasut.kasut tu pon kalau ada size laa"okey ini niat asal.*kasut larrie ku dah nampak lusuh bebenor dan tu je kasut yang ada bawak pergi kelas pergi kedai pergi beli ayam sobsob*

tapi,sekali dah sampai...errr tak payah tahu laa beli barang apa.nak tahu pm inbox lol.

tapi berkenan kat satu beg adidas warna pink tapi tapi tapiiii...tak beli pon.sedar diri tak kaya mana haha.

whatever it is,puas laa berjalan semalam.tempat dia cantik,tempat makan pon banyak.memang nice laa.

masuk shopping complex memang boleh buat kita lalai daripada mengingati Allah maka banyak-banyak laa berzikir.tapi ada beberapa kedai kat mall neh pasang ayat quran.sejuk hati dengar.kat malaysia ada?even bulan puasa pon dok pasang lagu raya je keje -.-

ada orang pernah ajar,time berbelanja kene bezakan keperluan dan kehendak.lagi satu,kalau kita berkenan kat sesuatu tu,kita jangan beli terus.tapi kita pergi tempat lain dulu jalan-jalan then kita fikir balik nak ke tak.lepas tu mesti kita rasa macam tak payah laa beli.masalahnya diriku dok fikir "isy macam kene beli je neh tak beli kang menyesal"haha rosakkkk budget.

takpe.yang penting barang keperluan dibeli iaitu : syampu dan kasut.kira alright laa tu kannnn haha.sudahlah kema menyedapkan hati sendiri.nak kene denda macam neh seminggu tak boleh pergi kedai runcit.

~saya perlu penasihat kewangan apabila ke pasaraya.serius!
~paling best masuk kedai coklat.siap 2 kali masuk pulak tu.ini serius!

Monday, February 3, 2014

cuti.saya.banyak.hehe

alang-alang tengah tukar setting blog neh,meh laa nak update blog barang sepatah dua kata kehkeh.

buat pertama kalinya cuti winter sebulan.eh takde laa pertama kali pon.sebelum ni pernah je cuti winter sebulan.time evakuasi tahun 2 tu.so buat ke dua kalinya.

asalnya cuti kami tahun 5 seminggu je,orang lain semua 2 minggu.tapi takpe kami redha sebab dah start kelas pon lambat hari tu bulan 10*pelajar mithali kene redha takde cuti haha*

sekali diumumkan cuti semua sebulan.saya/aku macam.whatttt?seriouslyyyyy??
tak tahu laa nak gembira ke idok.gembira laa jugak sebab nak laa cuti kan.hidup tak terurus rasa takde cuti lol.tapi dalam masa yang sama taknak laa nanti exam final lambat pastu balik malaysia bulan 7 pon lambat.nanti cuti summer pulak kene cut huhu.

nampak tak akma anis tamakkan cuti?lol.
dahlaa cuti winter dah lama.cuti summer pon nak lama.dah tu bila masanya nak pergi kelas?
adoiii cenggini perangai kema anis dah tahun 5 mengalahkan budak habis upsr nak cuti je keje.

takde.die macam neh.cuti time belajar ni kita kene manfaatkan sebab time keje nanti dah tak banyak cuti dah.sampai ada senior nak mintak cuti kahwin pon susah acane neh?lol.

eh tapi siyes time keje nanti mesti dah tak banyak cuti macam sekarang.so sekarang ni cuti maka kita enjoy!!!*gaya ala-ala nora danish tapi lagi comel laa*

kan?betul tak orang tengah bekerja a.k.a berpraktikal skang neh tak banyak cuti dah.kan kan kan??maka jangan jeleslah kalau cuti saya lagi banyak hehehe :P

yang penting manfaatkan cuti.ye saya sedang memenuhkan jadual cuti saya dengan makan...makan...dan makan....zzzzzzz