Pages

Sunday, February 23, 2014

dilema.medical.student.

tahu tak.bila kita belajar penyakit dan simptomnya.
dan bila simptom tu ada pada diri sendiri,cuaknye tu tak terkata.
kadang-kadang rasa macam nak gelak.sebab rasa macam psycho lak diagnose diri sendiri.

ade sekali tu,bibir aku bengkak tetibe.
secara personal history nye,aku takde allergik kat apa-apa.
takde trauma terhantuk ke tergigit ke ape,takde kene sengat apa-apa.
dia jadi tiba-tiba.aku tak pernah jumpa penyakit ape ade simptom bibir bengkak maka teruslah google.
tetibe jumpe pulak berkaitan dengan disease with blood ke ape dengan berkaitan spleen(limpa)
terus fikir aku ada splenomegaly ke neh(limpa jadi besar) tapi bila bibir dah tak bengkak aku lupa terus.

lepas tu,ada simptom lain.something enlargement at lateral side of neck.
aku suspect thyroid.sebab memang ada family history pasal thyroid.tapi spesific penyakit tu tak sure.
ape lagi menggelabah lah terus cek kot-kot ada simptom lain tapi takde haha.penat je menggelabah.
tapi takde tachycardia ke ape
kawan aku pon beria suruh buat medical check up tapi aku malas nak fikir.okey malas nak pergi.
dan biarkan je lah.kata doktor buat ape jumpe doktor kan*ego meninggi macam klcc*

tapi simptom yang latest ni paling buat aku cuak.
asalnya,aku perasan tiap kali aku berus gigi,akan ada bleeding.tapi aku suspect gusi aku.berus gigi tak sesuai(tapi aku memang berus toothbrush bukan berus sabut)berus gigi ganas sangat,atau aku kurang vitamin c ke kan.
tapi ada satu hari tu buat aku paling cuak bila sputum(kahak) aku ada darah.paling aku cuak darah tu bukan bercampur dengan kahak,tapi memang darah.macam dalam cerita melayu kau batuk keluar darah tu.cuak tahu haha.
2 kali pulak tu.double cuak.

terus cek.sakit dada,takde.batuk,takde.sesak nafas,takde.sakit tekak,takde.demam,takde.sakit kepala,takde.pucat,takde.
kesimpulannya,aku tak tahu ape mende itu.dan malas dah nak diagnose diri sendiri.
dan alhamdulillah lepas tu takde ape-ape dah.

dan sekarang aku ada simptom baru.rasa nausea(nak muntah) dan penat giler rasa nak tidur je keje.
hari tu aku baru balik dari tugasan medical team.balik tu memang aku rasa terhuyung hayang dah.
balik,solat maghrib terus ma'as salamah pergi tidur.
emm penat terlampau kot masa tu.
aku tak tahu laa dah keje nanti macam mane hidup aku.padahal tugasan tu keje aku ambek blood glucose orang je kot!

kadang-kadang lagi penat diagnose diri sendiri daripada diagnose orang lain.
pantang sakit perut terus diagnose bakteria apakah parasit apakah.haha apemende laa.
I am not paranoid.kata kene praktis apa yang kita belajar haha.

bila sakit ingat mati.mati sebaik-baik peringatan.

2 comments:

atiqah said...

cek FBC. ko mmg anemic kan?

iman_insyirah said...

dulu anemic.selepas menerima invasive therapy yg menggantikan blood trnasfussion sebulan alhamdulillah no more anemic hee :D