Pages

Friday, February 21, 2014

this is my way.

deal and working with other people.
need us to understand people.
emm.boleh je kalau kau tak nak faham orang lain.
macam laa orang lain pon nak faham kau kan?
tapi kalau kau pelajar medic,mesti kau pernah dengar empathy kan?
eh no.bukan sahaja pelajar medic.as human being,we need that empathy.

empathy memerlukan kau faham orang tu.faham situasi dia,dan rasa apa yag dia rasa.cewah gitu.
ni difinisi aku laa.difinisi kamus dewan bahasa dan pustaka tidaklah diketahui kerana kat rumah neh ada kamus dorland's medical dictionary je.
perghhh barat giler ko kema kamus dorland's ada kamus bahasa pustaka takde.deyyy ana pelajar medic bukan pelajar bahasa mintak maap laa okeyyyy.
errr okey nanti saya belilah kamus tu letak kat mini library untuk bacaan anak-anak.kang gara-gara takde kamus dewan bahasa pustaka anak aku dok speaking lak memanjang moyang die tak faham nanti.

ape yang nak di highlight kan kat sini,yes i am deal with many people nowadays.woah speaking ko entah betul entah tak grammar tak tahu.
2 3 menjak neh aku banyak kene deal,kene bincang,kene discuss,kene contact,kene kerja
dengan macam-macam manusia.lelaki perempuan,tua muda,kacak cun,abang kakak,bapak orang bini orang.

dari dulu,aku buat cara macam neh.terutamanya kalau kene keje dengan berlainan jantina.

pertama,
aku tengok dulu partner aku tu orang dia macam.simple ke,pendiam ke,slumber ke,okey2 je ke.bila dah kenal partner kite macam mana,baru laa kita boleh tahu cara macam mana nak deal dengan dia.ye dak?jarang aku dapat partner yang pasif sangat.kalau pasif pon,aku akan buat pelbagai cara untuk aktifkan die lol.tapi aku tak boleh ubah die ikut cara aku.better biar dia jadi diri sendiri.kang aku ubah personaliti orang lain lak susah kang.

kedua,
aku tak suke partner aku tak selesa dengan aku.aku tak suke kalau partner aku ada perasaan segan,malu,inferior dan sebagainya dengan aku.*ade ke?lol perasan giler* maka aku cuba untuk buat partner aku selesa dengan tidak terlalu skema dan serius.tapi time discuss haruslah serius kan tapi aku pon bukanlah orang yang serius memanjang.

ketiga,
aku suka serahkan partner aku untuk buat pembahagian kerja.bukan apa aku takut kalau aku yang buat nanti macam berat sebelah.keje senang aku ambek yang susah bagi dia.haha berat sebelah okey!tapi kalau partner aku dah bagi ayat "takpe ko laa yang bahagikan keje" maka terpaksa lah aku bahagikan mengikut cita rasa aku lol.eh tapi at the end aku akan tanya"okey ke?ke terasa macam banyak?"

keempat,
aku sebagai perempuan,sebenarnye kadang-kadang segan untuk memulakan perbincangan.aku lagi suke kalau partner aku yang start dulu.tapi kalau kita dok tunggu 2 3 hari partner kita tak contact pon.haisy tak jadi keje laa gitu.silap haribulan tahun depan pon tak gerak-gerak.maka haruslah aku yang inbox/contact dulu.perigi cari timba?ah lantakkan yang penting aku buat kerje aku bukan nak cari jodoh ke timba ke

keempat,
just be yourself.aku rasa aku tak cover pon perangai entah-pape aku.eh takdelah tak cover langsung.maksudnya takdelah tetibe nak berlakon ayu bagai tu.tak reti nak berlakon neh.dan kita pon akan lebih selesa kalau jadi diri sendiri daripada kene cover ni betul tak?

kelima,
aku anggap dia sebagai partner kerja.dan kawan.sahaja.tak lebih tak kurang.time kerja,kita layan sebagai partner kerja,as a friend,a colleagues(betul ke spelling die neh?musykil aku)tapi kalau lepas setel kerja kalau bertembung atau die tegur tu kita jawab laa takde laa lepas habis je kerja tu terus buat macam "sape die neh?aku tak kenal dia."ohhoh gaya macam apa je lepas setel keje terus buat-buat tak kenal.

keenam,
yes kita ada pendapat kita,dan dia ada pendapat dia.terima pandangan orang lain,,raikan ketidak samaan pandangan.setiap orang pandang dari sisi berlainan.bawak bincang elok-elok insyaAllah akan ada persepakatan lepas tu.jangan terlalu mendominasi perbincangan.kau nak kau jeee yang betul?okey sila keje sensorang.

ini cara aku.tak tahulah acceptable or not.nanti aku kene deal dengan ramai orang.orang sakit lak tu.sedangkan deal dengan orang sihat pon aku kene berdepan dengan macam-macam bende.inikan pula kene deal dengan orang sakit yang sah-sah emosi tidak menentu.pheww kene praktis deal dengan orang lain secara profesional dan dengan tenang dan sabar.

deal dengan mak mertua lain cerita.hari tu aku dah try praktis kat konvo senior.jadi usher pintu masuk.borak dengan sorang makcik neh.asalnya tanye "makcik tak berat ke beg tu,meh saya tolong pegang" tapi lepas tu borak sakan dengan makcik tu sampai masuk bab anak die kat new zealand sampai laa anak die datang.fuh boleh tahan gak peramah aku neh lol.

ye ye je peramah.tapi bila kau jumpa 'certain' orang,gagap gak.diam seribu bahasa.adakah dia datang dari bintang lain yang boleh buat aku terdiam sampai tak boleh kata apa-apa?*pengaruh cerita korea you who came from another star huhu*

0 comments: