bila saya update blog,maknanya nur akma anis sedang dalam keadaan yang saaaangat rajin lagi ringan tulang lagi ringan otot ringan otak ringan organ semua laaa ringan *anyway macam mana nak gain weight eh??*
okey cuti sebulan.
sebenarnya aku dah ada plan nak buat apa.tapi dalam hati je laa tak tulis dalam planner lagi sebab takut nanti bila tulis tak jadi lepas tu kene liquid ape yang ditulis lepas tu planner jadi tak cantik dah comot-comot.
tapi hakikatnya kalau memang kita dah plan dan memang taakid(yakin) akan melaksanakan(apasal skema sangat neh) plan tu tapi tanpa izinNya tak kan jadi jugak.kan?manusia hanya mampu merancang.tapi jika ada usaha insyaAllah perancangan itu akan menjadi :)
jadi plan pertama : pergi arabia mall.
2 jam dalam teksi ai jauh benor nampak gaya macam dari temerloh nak pergi midvalley KL baq hang!ini semua salah jalan jam.
mall die macam alamanda panjang je.boleh dikatakan kami masuk 98% kedai kat mall tu.tengah sale kot banyak laa barang half price.jujur cakap aku tak pernah shopping sangat sepanjang 5 tahun kat mesir neh.yang aku ingat aku pernah beli :
1)beg adidas.satu beg sandang biru sebab masa tu memang beg sandang dah uzur.satu lagi beg kecik warna purple nak buat letak purse dan handphone.lagipon jatuh cinta pandang pertama kat beg tu sebab comel.
2)beg jugak.errr handbag.kot?nampak wanita ayu gadis melayu safi rania(?) katanya kalau pakai beg tu.
3)winter coat.
4)makanan.haaa yang ni memang baaaanyakkk tak terhitung especially kalau masuk spinney(macam supermarket besar).selalunye memang banyak belanja kat spinney pon beli makanan ape mende entah banyak tapi tak jugak besar-besar.
niat di hati nak tengok-tengok je apa ada kat mall neh."pika aku nak beli shampoo dengan kasut.kasut tu pon kalau ada size laa"okey ini niat asal.*kasut larrie ku dah nampak lusuh bebenor dan tu je kasut yang ada bawak pergi kelas pergi kedai pergi beli ayam sobsob*
tapi,sekali dah sampai...errr tak payah tahu laa beli barang apa.nak tahu pm inbox lol.
tapi berkenan kat satu beg adidas warna pink tapi tapi tapiiii...tak beli pon.sedar diri tak kaya mana haha.
whatever it is,puas laa berjalan semalam.tempat dia cantik,tempat makan pon banyak.memang nice laa.
masuk shopping complex memang boleh buat kita lalai daripada mengingati Allah maka banyak-banyak laa berzikir.tapi ada beberapa kedai kat mall neh pasang ayat quran.sejuk hati dengar.kat malaysia ada?even bulan puasa pon dok pasang lagu raya je keje -.-
ada orang pernah ajar,time berbelanja kene bezakan keperluan dan kehendak.lagi satu,kalau kita berkenan kat sesuatu tu,kita jangan beli terus.tapi kita pergi tempat lain dulu jalan-jalan then kita fikir balik nak ke tak.lepas tu mesti kita rasa macam tak payah laa beli.masalahnya diriku dok fikir "isy macam kene beli je neh tak beli kang menyesal"haha rosakkkk budget.
takpe.yang penting barang keperluan dibeli iaitu : syampu dan kasut.kira alright laa tu kannnn haha.sudahlah kema menyedapkan hati sendiri.nak kene denda macam neh seminggu tak boleh pergi kedai runcit.
~saya perlu penasihat kewangan apabila ke pasaraya.serius!
~paling best masuk kedai coklat.siap 2 kali masuk pulak tu.ini serius!
Wednesday, February 5, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment