Pages

Wednesday, May 11, 2011

abah.

abah.
mase sekolah rendah,darjah 1 sampai darjah 3,kita sekolah petang kan.pukul 1 tu memang matahari terpacak atas kepala.apabila sampai kat lampu isyarat,abah akan berhenti kat bawah pokok dekat dengan traffic light tu.agak-agak lampu nak hijau,baru abah jalan.so,saya tak merasa bahang panas tunggu kat tengah-tengah traffic light.pernah cakap kat abah,nak pergi sekolah naik bas je.abah cakap tak payah.abah boleh hantar.cakap je bila.kelas tambahan petang,tuisyen malam,abah yang hantar,abah jugak yang ambek.sampai darjah 6.takde upah,takde gaji.


abah.
tanye je ape-ape kat abah.sume abah boleh jawab.politik,ekonomi,isu semasa.abah dah macam google bergerak huhu.bab masak pon abah pandai.tanye je ape-ape resepi.bab bertukang,betulkan lampu,baiki barang rosak.kereta tak boleh gerak,abah boleh gerakkan siap bagi laju lagi.ohcee ayat over lak.kerja rumah pun abah boleh buat.pendek kata,abah memang multi-tasking man.cewah...


abah.
tak kesah pun kalau pakai baju lame time raya.asalkan anak-anak beliau ade baju baru.abah tak kesah pon pasal barang sendiri.asalkan barang anak-anak cukup.abah tak kesah pon kalau makan kaki ketam je.asalkan anak die yang sorang ni dapat makan badan ketam.erkk..sorry la abah ye.kaki ketam tu keras sangat huhu...

abah.
abah boleh jadi chef,boleh jadi engineer,boleh jadi guru memandu yang...aaa...garang kot.abah boring la bawak kete keliling padang je.lain kali kite pegi highway lak ye hehe.abah boleh jadi banker sebab time sekolah abah yang bagi duit belanje 60 sen.tak tahu kat mane abah boleh ade duit syiling banyak-banyak.cikgu matematik pon abah boleh jadi.dulu time exam,paper math yang abah selalu tanye.pastu selalu jugak kene marah sebab buat kesalahan remeh seperti salah tolak,salah letak nombor,tak semak balik.dapat 99 markah pon kene marah lagi sebab tak dapat 100~time sekolah rendah la ye.time sekolah menengah math A2 boleh dimaafkan...


abah.
pernah abah balik dari langkawi,abah bawak balik beg besar,luggage yang selalu orang bawak pergi oversea.abah cakap,nanti senang kak long gune je beg tu mane tau nanti nak belajar luar negare ke...alhamdulillah,ape abah cakap tu termakbul :)


ummi cakap,kalau nak cari calon,cari yang penyabar dan rajin macam abah.aaa...kepada bakal calon menantu encik tajuddin,sila berguru dengan beliau dulu hahaha...


abah.selamat hari lahir yang ke 46.betul abah kan 46?huhu.doakan anak abah ni berjaya menjadi doktor mude kat hospital temerloh.eh dekat sangat dengan rumah.hospital kuantan la abah.jauh sikit.hadiah claim kat ummi hehe.

abah cakap,umur 24 tua sangat.nanti dah jadi doktor,orang lain takut nak masuk meminang.habes tu macam mane ni??takpe takpe.lagi 4 tahun kite cari solusi ye bah.ummi pulak cakap dah ade calon.aaa tak nak la orang pahang ummi.nanti tak berkembang huahua...

~kepada yang sedang exam,selamat berexam dan study r weh!! :p
~kepada yang dah abes exam,selamat habes exam dan cuti-cuti malaysia :)

1 comments:

Is said...

nak like, xde butang like pulak...

haha, lama tak komen kat cni, da melanggar pantang larang ni...