Pages

Thursday, December 5, 2013

new chapter.

forget the past,forgive everyone.

after thinking all over and over
i've made decision.the best decision hopefully.

3 previous post,aku dah padam.
ape tak sempat baca post tu?
sape suruh tak sempat.
ceh ayat bajet ade orang baca je

i want to delete all sad memory,from this blog.
tapi still tak dapat nak padam dari memori otak.
yang tu nak buat macam mana.takde pulak butang delete kat hidung ke nak tekan.

kembali kepada kehidupan yang normal.
okey separuh normal laa sebab sebelum ni pon aku bukanlah normal sangat orangnye.

maaf atas ketidakmatangan.senang sangat ikut emosi.lempang kang nak?
perlu hantar kem motivasi cara pengandalian emosi nampak gaya.

after this,please having positive thinking kema.
husnu zhon.sangka baik.
fikir yang baik,mintak yang baik,doa yang baik-baik.

lets smile.dah lama tak senyum seikhlas hati :)


Wednesday, November 13, 2013

sedikit update terbaru.

Bismillah...

ade orang tak kat sini?kalau takde nak balik kbai~~
lama sangat tak update blog.balik malaysia kengkonon nak update setiap hari tapi satu post pon tadak.pemalas tahap badak sumbu lah kema.nampak tak permainan dia bila balik rumah memang malas nak buat apa-apa.

Balik malaysia
lepas macam-macam hal dengan exam tangguh dan tiket flight pon tangguh tambah drama air mata dengan ade orang tu nyaris-nyaris nak balik malaysia tanpa mengambil exam forensik.akhirnya pulang jua daku ke kampung halaman.nyaris-nyaris woo nak buat keputusan berani mati tu.boleh pulak fikir taknak ambek exam nak balik rumah je.mujur ade kaunselor berjaya(free je tak kene bayar haha)nasihatkan.nampak tak permainan dia bila fikiran tak rasional macam-macam keputusan boleh kita ambik.

Airport bangkok
wohhooo did i tell you all i buat drama korea lari-lari kat airport bangkok?nyaris-nyaris kene tinggal dengan flight.engkoo kecoh satu bangkok tu cari nama NUR AKMA ANIS SEAT 46 ke ape entah tak ingat.lagi best nak masuk flight boarding pass takde.maka abang-abang thailand yang eskot daku masuk kapal terbang.amacam bergaya tak?nampak tak permainan dia.

Puasa dan raya aidilfitri
alhamdulillah berjaya membuat attachment kat hospital temerloh dan beraya aidilfitri bersama keluarga.duit raya still maintain ye saham tak jatuh lagi.

Attachment di HoSHAS
2 minggu lebih buat attachment dan sedar diri banyak mende lagi tak tahu dan masa tu stethoskop hanya hiasan di leher sahaja.nurse pulak yang pinjam stethoskop kita.kita tak belajar lagi sakit puan nak sambut orang bersalin mane laa tahu T_T huhu.tapi new experience dan lepas ni dah belajar subjek obstetric and gynaecology insyaAllah saya boleh assist normal vaginal delivery*muke confident*.dan masa terluang kat emergency di isi dengan merayap ke bilik mayat dan tengok post mortem.pengalaman rare dan berharga kot.tidak akan ku lupa jubah plastik yang panjang berjela dan but yang besar amat.ehem,kamu yang kecik sangat kema.dah macam angkasawan berjalan kat bulan pon ade daku memakai 2 mende tu.nampak tak permainan bilik forensik lol.

Mengajar sekejap
lepas raya disebabkan terlalu mati kutu nak buat apa kat rumah maka bekerjalah kita mengajar mengaji dan fardhu ain kanak-kanak darjah 2.soalan paling femes:
"ustazah dah kahwin ea?"
"ustazah pakai cincin tu dah kahwin laa kan?"
"ustazah dah umur 22 mesti laa dah kahwin kan?"

hoi budak-budak.eh sopan sikit.wahai adik-adik ku sayang.kome umur 22 nanti kome tahu laa kene kahwin ke tak masa tu -.- nampak tak permainan dia?

anyway ini bukan cincin kahwin.ini cincin tanda.eh.tanda apa?tanda tanya.lol.

Dilema mesir-usim
gatal tangan sangat isi borang dan mulut masin mintak usim dan tadaaaa dapat tawaran sambung usim.tapi disebabkan beberapa faktor tertentu,saya lepaskan peluang itu.menyesal?tidak.saya anggap peluang itu hanya mimpi dan tak pernah wujud.sebab?saya ingin menghabiskan sisa 2 tahun setengah kat cairo uni insyaAllah.i setia orangnya okey.eh motif pulak tetibe setia.nampak tak permainan dia?

Kembali ke mesir
transit lagi sekali kat bangkok tapi kali ini takde drama korea dah lari-lari tapi drama hindustan-rasa-sedih-nak-nangis-kat airport.sebab?ermmmm.sebab menunggu seseorang yang tak kunjung tiba.mungkin?tetibe je nak feeling time tu padahal sebelum ni okey je.entah.mungkin sebab takut takkan jumpa dah lepas ni :'( tapi hati cakap we'll meet again.one day.one fine day.

dahhhh drama sangat neh.nampak tak permainan dia?

Fifth year medical student
Alhamdulillah bersyukur lepas exam tahun 4 yang jawab dalam keadaan tunggang langgang terbalik bagai tu.berkat doa semua yang mendoakan :) tahun 5,tahun baru,cabaran baru.keep me in your prayers.semoga saya kuat dan banyak tenaga nak check patient yang 5 kali ganda besar dari saya.minum milo anda jadi sihat dan kuat!

isnin depan saya exam dahhh T_T.dahlah buku bau air nescafe neh.mohon jangan nanges atas buku kang kembang pulak tulisan nak exam macam mane.weh weh dah tahun 5 nak nanges ape kemendenye nak exam?mengade lah.

dan nak dekat exam tetibe nak update blog.nampak tak permainan dia?

tajuk ye ye je sedikit update terbaru.sedikit laa sangat ni haa.update terbaru konon retis laa orang lain nak tahu cerita.padahal ade lagi ke insan yang rajin lagi tulus budi pekerti yang membaca blog ni?ade lagi ke?kalau ade serius nak nanges terharu neh T_T.serius!

Wednesday, August 7, 2013

learning process.

this year,
i've learned soooo many things.
belajar dari kesilapan
itu yang lebih terkesan.

ramadhan tahun ni rasa sekejap sangat.
tapi penuh dengan warna warni.
kegembiraan,kesedihan,keceriaan,kedukaan.cewah kedukaan apakah
semua dalam satu bulan.
berdoa ini bukan ramadhan yang terakhir.
dan semoga masih ada lagi ramadhan untuk diri ini
haa tu dah macam tajuk drama melayu dah.

banyak mende nak cerita.tapi ini tuan blog maaaanyak malas.
modus operandi program COMPASS '13 tak siap-siap lagi ni haa
tahu dek bos mahu tak boleh beraya neh.
haha ampun bos.nanti saya siapkan sambil makan kuih raya.

dan
saya tak sempurna mana,banyak lagi perlu dibaiki.
kadang suke ikut kata hati.
pentingkan diri sendiri.
dan setiap kali peluang diberi
saya berusaha memperbaiki diri
walaupun tak sampai tahap yang terbaik.
bersabar dalam proses mencari diri.
harapnya kamu mampu bersabar dengan saya ini.
marilah kita sabar menyabar.

~mintak maaf,dari hujung sofa sampai hujung meja.dari hujung cangkuk,sampai kaki langsir.ni peribahasa melayu baru ke apa?ehhh suke hatilah.penat reka tahu -.-
~duit raya.up please!!!lolllllzzzz

Saturday, July 13, 2013

3 belas tujuh 3 belas

korang pernah tak ada perasaan tak suka dengan nombor?
ada orang tak suka dengan nombor 1sebab awal sangat.kalau kene inject nanti kene jadi orang first.
okey saya mengaku tak suka jadi yang pertama bila kene check gigi je.kalau inject no problem!

masa darjah 3 tak suka nombor 13 sebab first time periksa akhir tahun dapat nombor 13
(kire nombor paling corot pernah dapat laa 13 tu.selalu memang top 10.ohcee padahal time sekolah rendah naik sekolah menengah tak kisah dah nombor berapa heh)
disebabkan nombor 13 tu laa teruk kene marah.lepas tu terus tak suka dengan 13.boleh?

tapi tak lama pon ada perasaan tak suka dengan nombor 13.sebab nak tak nak nombor 13 memang tetap akan ada dalam i/c forever and ever and ever and whatever(??)
jadi,saya pon sukalah semula dengan 13.boleh cenggitu?

13.7.13
takde sape sape ke kawen hari neh?tarikh cantik tu lolllzzz
(sape entah nak buat kenduri kawen time hari bekerja di siang hari di bulan puasa)
kalau tak de takpe.
buat tarikh exam pon okey.macam saya.hee :D

segala puji bagi Allah
masih lagi diberi peluang untuk hidup dalam iman dan islam.
bila fikir balik,apa yang dah dibuat sepanjang 21 tahun?
semoga apa yang dilakukan semasa 22 tahun lebih baik dari tahun sebelumnya.
dan semoga ramadhan kali ini,lebih baik dari ramadhan sebelumnya :)

know what,orang paaaaaaling dekat dengan kita tu laaaa yang akan wish paaaaaaaling lambat.
because i received birthday massage from my parents on 14th july.
tapi tak kecik hati pon.sebab tahu dah ummi abah ingat je.
cuma confuse dengan tarikh hari tu huhu.
macam anak mereka(saya laa tu heh) jugak selalu lupa tarikh berapa haribulan -.-
tapi ada lagi sorang manusia yang tak wish lagi neh
nak kene nii :P

hari tu ada exam written dan esoknya ada exam oral forensic tapi dorang boleh lagi buat surprise tahap terkezzuttt I.seriously memang tak expect apa-apa.thank you korang! :D

~masuk umur 22,terus datang soalan bila nak majlis?amboiiii baru 22.bab kata tiqah penuaan bermula umur 25 ye*dah ape kaitan majlis dengan penuaan*
~seriously 22?tak pe nak perasan muda umur 12 tahun jugak


Tuesday, July 9, 2013

redha.tarbiyah.ramadan

Allah...
rasa diri macam lemah sangat sangat sangat.
ingatkan dah ada sepenuh kekuatan untuk menghadapi segalanya.
tapi rupanya tak.ye saya tak lah kuat mana
saya tak besar dan saya tak kuat bila bekerjasama sume jadi mudah.dah kenape tetibe -.-

betapa rapuhnya saya bila melibatkan hal-hal balik malaysia especially pasal tiket flight.
see.hal kecik kotttt
kecik bagi orang lain.tak bagi saya.
jujur cakap tahun ni memang hati saya didesak desak untuk pulang ke malaysia.
tak tahu kenapa :(

perasaan ni tak sama langsung macam masa first year dulu.
2nd year tidak sabar ke haramain sehingga terlupa perasaan untuk balik malaysia.
dan 3rd year terlalu risau dengan exam sehingga ada niat untuk pulang selepas mendapat result.
tapi tahun ni exam tak habis lagi diri dah melayang-layang nak tarik beg balik.
jangan tanya kenapa sebab saya pon tak tahu kenapa.

rapuh.lemah.hopeless.sadness.tak ghupe orang.
this is me right now.
tolong laa kembalikan saya kepada normal please please please.

astaghfirullah...
mula-mula memang ada rasa putus asa.
tapi cepat-cepat ingatkan diri ini ujian dariNya.ada hikmah terbesar
dan 'itu' adalah cara terbaik untuk saya cari kekuatan.sisa kekuatan maksud saya.
kalau ikut hati memang dah duduk kat airport sekarang lantakkan segala peperiksaan dan keserabutan.
mujur ada teman dan sahabat yang menguatkan.

slow slow bangun balik.kutip semangat yang ada.ciput pon jadilah janji ada.
ini pengorbanan kedua terbesar.moga ia adalah yang terbaik
bersabar,berdoa,berharap.
redha dengan apa yang berlaku sebagai tarbiyah pembukaan ramadan.
hey,esok kan satu ramadan.
dah.senyum :)

~haih.bila mahu tabah cenggini.ayat pujuk diri : tak pe kema anis sabar sabar insyaAllah akan balik jugak puasa dengan family.ni cume test sikkit je.mana tahu nanti dah keje tak boleh balik raya dengan family haa masa tu takdelah teriak beria sangat dan boleh buat cool dengan penuh bergaya.*amacam ayat pujuk?*

~chaiyok chaiyok!ada hikmah di bulan ramadan.insyaAllah :)

Saturday, July 6, 2013

susah.penat.sedih.

Allahu rabbi
Allah je tahu perasaan sekarang.
lepas satu,satu hal.
harapan untuk balik malaysia 11 julai hancus.hancus.
harapan nak puasa sahur bukak puasa awal ramadan dengan family hancus.
harapan nak sambut birthday dengan family hancus.lebur.

sakit hati.
tengok status orang dah balik malaysia.
tengok gambar orang kat malaysia.
sakit hati.pedih.

usaha.
usaha baca buku lagi walaupun tak pasti exam bila.
cuba jugak walaupun nampak tak nampak je tulisan
cuba baca walaupun tengok tulisan tapi nampak muke ummi abah.
setitik dua air mata jatuh dah kat buku.kalau lagi lama tenung mahu basah satu buku.
Allah je yang tahu perasaan.

berharap.
semuanya akan okey.
exam tak jadi extend.
selagi belum11 julai,selagi tu berharap
dan berdoa.

pentingkan diri.
ya.saya je yang pentingkan diri.
saya je yang tak berkorban untuk orang lain.
saya yang tak paham orang lain

barang dah siap packing.
tiket flight passport dah tersedia atas meja.
luggage tinggal nak tarik je.
memang separuh diri tiga suku jiwa sepenuh hati dah kat malaysia.serius.
lantakkan orang lain nak cakap ape.korang tak rasa apa yang saya rasa.
please,jangan buat saya lagi serabut.

dan terima kasih.
kepada yang sudi dengar luahan hati.
help me to go through this hard,tough time.
support me,and pray for me.

Monday, July 1, 2013

nak merajuk 5 minit

alhamdulillah dah habis 3 subjek wehhhhhhh dah boleh kemas bag dah boleh pergi airport dah boleh balikkkkk
over.
padahal ada lagi 1 paper.
nampak tak betapa teruknya tahap ke-homesick-an di situ.
teruk betul gaya dah tua-tua pon homesick neh.mengalahkan tahun satu tiap-tiap hari tengok kalendar.
macam ni gaya nak kerja putrajaya?hentikan saje.kerja hospital temerloh je udah.
okey macam ni.housemanship kat temerloh,then pindah laa putrajaya.okey?deal.

dalam dok tiap-tiap hari tengok kalendar,hari ni dah masuk bulan 7 dah.
emmm _ _ hari lagi nak balik
kalau ikut hati rasa macam nak buat board besar-besar macam kat sekolah tu yang _ _ hari lagi UPSR
teruk kan?
apa nak jadi dah besar pon manja tahap beruang koala.

dari tadi ku tenung buku forensik neh,tetibe teringat pulak kalau kat rumah selalu tengok CSI miami ada pakcik horatio yang selalu menanggalkan speknya dengan penuh bergaya.sudahnya berangan nak balik rumah pastu dari tadi dok page yang sama.fokus laa kema oiii fokussss!!!!

semalam 30 jun sekali lagi orang mesir buat demonstrasi.
helikopter dok lalu lalang je.kalau dulu time kecik-kecik boleh laa terjerit-jerit "alikopter alikopter" sambil terlambai lambai kat helikopter bajet pakcik driver tu boleh nampak dan lambai balik.
tapi sekarang dah takde keinginan nak buat semua tu.
dalam hati hanya mampu berdoa yang terbaik buat mesir dan seluruh isinya.
sedarlah wahai rakyat mesir anda sangat beruntung mempunyai dr.mursi sebagai pemimpin.tolonglaa baca ayat saya ni rakyat mesir tolonglaa paham!!

okey dah memang tak boleh nak fokus dah neh.marilah kita mengemas beg dan pakaian moga-moga dapat booster nak study dengan penuh tekun malam neh.
eyyyy teruk kan paper tak habis lagi dah nak kemas luggage.
peduli.ape.

~baru ingat nak merajuk selama 2 minggu tapi hanya mampu 5 minit je.takpe saya tuntut hutang saya :P
~lipas ni makin berleluasa dan makin berani nampaknya.kalau ada yang termasuk dalam luggage tak bertanggungjawab.bior lemas dalam tu.tiada maaf bagimu heh.

Thursday, June 13, 2013

pinjam semangat...

tengah study ophthal,tetibe tangan rasa macam nak bukak smart voip dan dial nombor ummi
dalam hati dah nekad,kalau ummi tanya kenapa call,nak jawab saje je nak kacau hehehe
padahalllll.....zzzzzz......
(sila lengkapkan ayat tidak melebihi15 patah perkataan)

selalunya lepas tu mesti suruh ummi online skype
dan bermulalah gosip anak beranak
"ummi,dengar ni kaklong nak cite hari tu kan..............."
haha takdelah gosip sangat.cerita je apa nak cerita.
dan selalunya abah akan join lambat sikit lepas abah balik dari surau baru join diskusi kitorang ni

dan tadi masuk bab penuaan.ini semua post atiqah azman punye pasal penuaan bermula umur 25 kehkeh.

kadang-kadang call bukan ada perkara penting pon.
sebab selalunya banyak cerita benda tak penting,tapi nak jugak share
kadang-kadang call pon bukan luah masalah
tapi selalunya,lepas call tu rasa hilang sume serabut.
*kema anis jenis kalau nak luah masalah,air mata yang terluah dulu.sudahnya masalah tu tak terluah pon.haihlaaa.dah macam drama raya pulak.lastly,tak jadi nak cite problem*
yang pasti,ada rasa lega bila tengok 2 insan istimewa itu sihat dan boleh lihat mereka senyum.

tanpa kita sedar,kita menginjak dewasa,dan mereka semakin berumur.
tapi saya rasa hanya 12 tahun je mereka selalu ada depan mata saya.
dan 10 tahun melihat mereka dari jauh sahaja.dan dalam tempoh singkat.
5 tahun dah kat asrama,dan 6 tahun setengah kat sini.
*eh bunyi macam 11tahun tak balik rumah padahal tiap-tiap tahun balik.tak payah nak drama sangat kema*
lepas tu nanti nak kerja kat putrajaya pulak kan
*tak tahu laa kenapa suka sangat kat putrajaya tu*

bersyukur Allah beri peluang untuk hargai insan tersayang.
ada yang Allah uji dengan ambil orang yang mereka sayang.
dan insan yang diuji,tanda Allah sayang.

di sini,setiap hari.
saya doa Allah jaga insan-insan yang saya sayang,lindungi mereka dari segala keburukan.
sebab saya tak boleh nak jaga mereka dari jauh,setiap masa.
bila saya kata "jaga diri" "take care"
i really mean it...
yes,really.
so take care!

~dari dulu lagi nampak kalau buat sesuatu memang semangat.maka saya nak pinjam sedikit semangat tu.:)
~sebenarnya saya....ada lagi 3 paper.hahaha!!habislah dah terjebak dengan cerita SSID.dah balik ni nak cari novel dia boleh tahu siap-siap ending dia macam mana

Tuesday, June 11, 2013

luahan liver #1

exam written commed,alhamdulillah.tawakkal
sehari sebelum oral commed,sekali lagi diuji
*hye hye pain killer.dah lama tak jumpe*
prinsip saya,sebiji pain killer sahaja dibenarkan.
2 pills in case emergency and very very very very very critical.
3 pills is contraindication.meaning tak dibenarkan langsung.
kang elok sakit lain hilang,sakit gastrik pulak datang.

esoknya,oral commed.
siyesly memang habis pasrah,habis tawakkal.
berbekalkan apa yang masih melekat dalam kepala,pergi jawab oral.
alhamdulillah,Allah permudahkan.
dapat doktor yang baik hati lagi lemah lembut.
tanya soalan pon okey-okey saje.
ada jugak yang tergagap gagap.
'ala kulli hal,alhamdulillah.

habis oral commed,kuar pergi beano's nak minum choco banana punye pasal dengan harapan the pain disappear.lolllzzz ingat sakit tu budak ke ape bagi minum coklat boleh hilang?
elok balik rumah,the pain come again and yeah.memang tak boleh nak buat apa.tidur awal,tak nak fikir apa-apa dan selamat tinggal dunia!errr untuk seketika.

dan hari ini,tak boleh fokus langsung langsung!
siyesly this pain is killing me.
eventhough i've killed the pain with pain killer.
nak masuk page baru punye lambat.
makan muffin pon termakan sekali dengan cup die ape kejadahnya dengan diriku ini
pergi masak sudahnya.

dan sambal itu saya dedikasikan kepada kamu yang suka pedas :)
siapa kamu?jangan tanya kat komen.memang saya tak kan jawab

"di hati ini hanya tuhan yang tahu"
ohcee tetibe kuar lagu ni time masak dah kenapa.

sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku.
terkejut terujat terpana terkesima semua laahh ada
tapi yang pasti,saya dah ada jawapan untuk soalan itu.
dan jawapan saya muktamad.
insyaAllah.bi iznillah :)
hanya Allah yang tahu.

~liver = hati
~sakit = kafarah dosa
~pain killer = usaha.yang menyembuhkan Allah

Saturday, June 8, 2013

jiwa kacau.kacau air

baru satu hari.
tapi macam....
hem

okey tiba-tiba.

sikit lagi mahu habiskan ubat berkotak kotak
lepas tu boleh makan tembikai.yeay!

lagi tetiba

komuniti lipas dah makin berkurang
balik kampung ke lipas oiiiii
heh.elok sangat laa tu.bawak2 laa pergi holiday kat sungai nil ke,zoo negara ke,piramid ke
anywhere but not my house!

please please please
bagi rajin awak sikit kat saya
untuk saya bukak buku commed neh
makin dibuka makin teringat ingat jawapan yang digoreng
moga doktor terima hendakknya.aamin!
diriku dengan jawapan ikut logik memang tak boleh dipisahkan
sejarah pon daku nak jawab ikut logik.
hampir abah redhakan anaknya ini dapat B dalam sejarah time PMR hahaha
ade ke sejarah jawab ikut logik.sukahhati je.kalau sejarah diri sendiri takpe gak -.-

doakan oral commed baik-baik sahaja.

dan sedang menaip kat blog neh
tetiba keluar ayat ni kat radio ikim:

"segala di muka bumi ini adalah pinjaman dari Allah dan bersifat sementara..."

ya.semua yang saya ada sekarang hanya pinjaman.
hatta nyawa pon hanya pinjaman.
dunia ini dan segala isinya hanya pinjaman.
tapi lupa nak bersyukur masih lagi dipinjamkan segala yang ada ini.
alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah
teirma kasih ya Allah atas segalanya.

okey dah tak jiwa kacau

~tak payah nak kacau sangat laaa jiwa tu.
~saya tunggu.

Monday, June 3, 2013

maaf,saya kat africa

selalu nak akhir tahun sebelum balik malaysia memang kami serumah akan pergi makan-makan kat mana-mana kire macam jamuan akhir tahun laa.

errrr tapi awal tahun pon pergi makan-makan jugak.tengah tahun pon pergi makan-makan jugak.dah gane ni asek makan je keje??nak kata ambek kos food technologies asek makan je keje tak jugak-.-

maka kami merancang untuk pergi makan ke planet lain.kellllassss ko jah makan tak nak kat bumi.tak main laa setakat makan kat oversea paris london jepun bagai tuuu.kita pergi planet lain terus nak tengok sedap ke tak makanan kat planet lain ni.

saya dah sampai dulu planet ni,yang sheikh muzafar pon tak pernah sampai lagi*yakin betul sheikh muzafar tak pernah sampai heh*

tadaaaaa dah sampai depan planet.planet africa nama die(planet laaa sangat).planet yang dipenuhi makhluk-makhluk africa seperti ular yang besar tu,gajah,orang hutan dan dinasour.siyes ada dinasour.

suasana dalam planet.restoren ni bertemakan africa yang kalau masuk je terus rasa macam masuk hutan amazon dengan bunyi gajahnya dengan ada buaya nya.eh amazon kat africa ke*fail geography*

hambek nak sangat merasa makanan kat planet lain nama menu pon pelik-pelik dah sampai waiter dah sampai pon still lagi tak tahu nak order apa.patut study dulu awal-awal buku menu before pergi

dan ini hasilnya.africa centre apa entah nama dia.kalau ghupe ini gaya pergi hidang kat juri masterchef mesti die komen"plating ni saya tengok kurang menarik.mungkin dia akan nampak lebih meriah jika anda tambah nasi warna warni"hahaha suka hati.tapi rasa sedap!menu utama adalah stik daging tu.nasi dan fries tu adalah side dish.saya dah agak dah tak payah ambek nasi pon boleh kenyang dengan stik tu tapi tu laaahhh.gadis melayu laa katakan nak jugakkkk nasi.

dan saya tak tahu laa daging tu yang liat ke,atau pisau tak tajam ke,atau saya yang tak reti nak makan stik sebab take time lama nak kerat daging huhu.mujur tak terpelanting je daging tu.awak,saya tak nak dinner makan stik dah.nak makan pengat pisang je*lollllzzz bajet ade orang nak bawak pegi dinner*

kami berlima.maaf segala salah silap.terima kasih untuk segalanya :) *hari tu dah bagi ucapan special kat fb kan?i segan nak tulis balik kehkeh >_< *

uiiii banyaknyeee gigi die!!kan saya dah cakap ada dinasour-.-

~
pesanan penaja planet africa : kalau kema anis malas-malas tarik je telinga die macam ni.dah pergi sambung study~baekkkk

owh last.harga okey.caj servis tak banyak sangat.ni kalau bawak ammar mursyid mahu hilang gigi dinasour tu tak pon sebelah telinga orang utan tu.ada laa feeling macam kat africa tapi ada jugak rasa macam makan kat dalam zoo haha.overall best!

~dah nak final exam dah.doakan saya dan kawan-kawan!
~all the best jugak kepada kamu yang nak final exam :D

Thursday, May 30, 2013

aiii aiiii bengkak pulak hati ini....

firstly,mintak maaf laa kalau entry ni berbau emo.memang nak emo neh.memang memang.

situasi satu:

gedegang ketang ketung gedegung!!!!
(kedengaran bunyi ada sesuatu jatuh di dapur)

"woi!!!kot ye pon nak gaduh laki bini jangan laa libatkan pinggan mangkuk kitorang!!!dahlaa masuk tak bayar sewa lepas tu dok perabis harta kitorang pulakk hamboiiii ingat duit JPA ni memang untuk sara korang laki bini anak beranak ke??"

daku menjerit dari dalam bilik.malas nak menjenguk apa yang terjadi.kalau tengok kang lagi sakit hati ada.

situasi dua :

sedang khusyuk mengahadap buku commed tiba-tiba ada sesuatu yang melintas di hadapanku.kengkonon nak buat surprise laa.hellllooooo tak surprise hokeyyy.ko ingat orang kebulur sangat dengan surprise ko?lagi buat orang terkejut ada laa(ape beza surprise dengan terkejut?)jantung ko tahu??dah habis distracted dah nak study.pulangkan balik ke-khusyuk-kan ku.haisy!!

situasi tiga:

"ko ingat orang letak mende warna-warni tu saje-saje interior design ke hape??orang nak bagi ko mati sengsara tapi ko boleh laluuuuu je kat sebelah mende tu siap eksyen lagi kengkonon mende bulat warna-warni tu memang tak bagi efek apa-apa.derrrr ko ni spesies hapee haa????!!

okey stop kema.sabar sabar.relek relek.cool cool...

tak gune nak marah pon.die tak kan faham.die akan buat muka tak tahu.die akan buat muke tak de perasaan.buat mempercepatkan proses penuaan je marah-marah sume neh.i baru nak awet mude tau haisy memang laa mende neh menguji kesabaran.

okey takpe LIPAS!!!!

sebelum ni memang saya tak berani dengan menatang neh.tapi dah lama-lama lali jugak.maka tahun ini ada peningkatan sikit.saya dah berani kejar yang bersize xs.yang size s dan ke atas memang suruh noni je yang kejar.

dapur kami bersih okey.memang setiap kali lepas masak akan kemas lap-lap semua.tapi tu laa yang dorang suka.high maintenance lipas sekarang ek.

pastu semua makanan die nak jilat.nasi kosong pon ko nak jilat ke wehhhh tak rasa pape pon.yang tu okey lagi.ni yang kes ubat gegat(mende bulat warna warni)pon tak de efek kat mende neh.die boleh lalu sebelah je.lalu sebelah okeyyy.ape die ingat tu mentos berperisa buah buahan ke hape??!!

haa ni lagi satu.hari tu ade buat operasi hapus besar besaran.yang terkejut tu sekor lipas tu kene sembur 4 5 kali baru pening lepas tu pengsan lepas tu koma lepas tu baru nak mati.mak aiii bapak liat nyawa lipas neh menuntut ilmu kebal dari mane tak tahu -.-

pada suatu pagi,niat di hati nak masak air.sekali ade sekor dalam heater air tu.nak korek nak keluarkan tak berani.maka ting!timbul laa idea nakal sikit.saya panaskan je air kat dalam tu dengan harapan die akan keluar dan lepas tu senang laa saya nak basuh heater tu tanpa ada rasa cuak.sekali time panaskan heater tu die tak keluar pon!die masuk lagi dalam adaaa!!!hamboiiiihhhh ko ingat orang nak tolong buatkan sauna untuk ko ke wehhhh *hampir nak nanges gak kene uji macam tu T_T.sabar tahap tera giga dah neh*

bengkak tak bengkak hati bila macam tu?

stress bukan sebab study tahu.stress sebab kamu lipas.tekanang perasaang sungguh

okey.die makhluk Allah.dia nak hidup jugak.dan dah memang musim summer ni musim dia.mahu dibuat bagaimana lagi??tapi jangan harap laa boleh kongsi makanan dengan kitorang heh.sekarang ni sebarang makanan akan dikuarantin dalam bilik dan ditutup rapat kedap udara dengan security system yang tak mungkin dapat terlepas.nasib baik tak letak laser dengan cctv je keliling makanan.

sabor je laaa kema -.-

~bukan takut okey.geli jeee especially kalau tengok sesungut die tu.eiiii
~agak-agak kalau bela kucing,die nak tak tolong kejar lipas??
~silap hari bulan dah ade sekor dua yang terlepas masuk dalam laptop ni.haa masuklaa masuk.mati kepanasan ke,mati kene attack dengan virus trojan ke,mati kene current ke memang orang tak tanggung.bagitahu siap-siap ni.

Wednesday, May 22, 2013

tersesat malu bertanya...

salam 'alaik
wah wah sudah berapa lama tidak update ini blog?
kalau kulat boleh tumbuh kat blog neh rasa memang lama dah berkulat neh.

pertama.
internet rumah takde sekarang ini kerana faktor tertentu.
okey malas nak listkan faktor tu.tapi tengah on the way nak buat internet.susah payah mengalir air mata darah nak buat line internet tak payah cakap laa.okey tak sampai air mata darah.bergenang sikit je ade.susah nak deal dengan orang arab tahu.

kedua.
round ENT(ear nose throat) dah habis alhamdulillah baru selesai tadi.emm disebabkan saya sedang mengalami beberapa masalah maka jujur cakap saya tak dapat nak fokus langsung exam ni.'ala kulli hal Allah tolong dengan hadirkan saya insan-insan yang banyakk bagi support.doakan supaya semuanya dipermudahkan final nanti T_T

ketiga.
i'm on drug so jangan nak buat macam-macam dengan saya.hahaha macam ambek drug ape je.saya dalam usaha untuk meningkatkan tahap hemoglobin dalam darah berikutan berlaku sangat banyak complaint
"kema ko nampak pucat"
"apsal ko nampak tak sihat?"
"ko okey tak ni"

SAYA OKEY ALHAMDULILLAH :)
selagi anda nampak saya boleh berlari-lari kejar mengejar dengan lipas maknanya saya masih okey.
selagi kamu nampak saya membebel bebel marah lipas jatuhkan barang kat dapur maknanya saya okey.
selagi korang nampak saya update blog dan post blog tu tak berfaedah langsung banyak mengarut je maknanya saya okey.

nampak tak saya syok sendiri kat situ kengkonon satu dunia nak tahu saya okey ke tak.haaa maknanya saya normal laa ni

saya dari tahun 1 lagi ada masalah ini tapi buat tak tahu.pernah doktor prescribe ubat dulu tapi lepas sehari dua saya dapat rasa side effect die terus tak nak ambek.well i'm doc-to-be so saya berhak prescribe ubat saya sendiri.owh perasan tahap melampau.

dan tahun ini mungkin disebabkan tekanan kerja cewah maka level hemoglobin dalam darah sangat rendah dan perlu melakukan blood transfussion.okey sape nak derma darah kat saya??saya nak darah orang yang rajin je.owh tapi saya tak nak buat semua itu lebih lebih lagi kat mesir.risiko blood transfussion ni banyak.

maka saya memilih untuk menjalani medical treatment sahaja dan kesannya doktor prescribe 5 jenis ubat yang bukan sahaja kene makan tapi kene inject sobsob T.T pengalaman sangat niiiii sebab tu tulis.

dan sebab tu rasa nak balik malaysia cepat-cepat :(

apa pun saya kene kuat.

dan sekarang saya faham perasaan seorang pesakit.

mula-mula jadi patient,lama-lama jadi doktor 2016 nanti ameen!(peribahasa baru)

keempat.
doakan saya tabah dan disiplin dalam pengambilan ubat dan penjagaan makanan.bukan apa,hari pertama ambek ubat terus rasa dah sihat dah hemoglobin level dah naik sampai 15 padahal ada lagi lebih kurang 10 kotak ubat nak kene habiskan.bertuah tak ini budak?

kelima.
saya akan menghadapi final exam tidak lama lagi.doakan segala urusan saya dan sahabat dipermudahkan dan kami berjaya dengan cemerlang ameen!

keenam.
saya tak sabar nak balik malaysia.

ketujuh.
Allah datangkan ujian sebab Dia sayang.dan Allah tak uji sesuatu yang kita tidak mampu.dalam masa yang sama Dia hadirkan insan-insan yang banyak membantu saat diperlukan dan diri terasa putus asa.maka sentiasa bersangka baik pada yang Maha Mengetahui kerana semua yang berlaku ada hikmahnya.percayalah :')

kelapan.
alhamdulillah ya Allah :)

kesembilan.
terima kasih kamu,korang dan semua

kesepuluh.
dah cukup nak pergi masak ni.owh ye terima kasih internet yang tersesat masuk kedalam rumah ni.sebab tu tajuk post ni "tersesat malu bertanya" diambil sempena internet sesat ni.mohon bertahan lama ye internet sesat.

Friday, May 3, 2013

hai may!

salam 'alaik!
sebenarnya nak ke tak nak update blog ni haa??
kesian blog ni.makin hari makin dipandang sepi.ini semua salah instagram!lolllzzz.sendiri salah nak salahkan mende lain.

April,
bila..bila april...eh dato' fazley pernah buat lagu nama april kan?*tetibe*
selamat tinggal april.bulan yang penuh ujian,kesedihan,kesuraman,ketidak seronokan,kesakitan,ketidaksihatan(bahasa apakah) keajaiban,keduniaan,keunggulan....ehh....
saya rasa terlalu banyak perkara yang berlaku dalam bulan april neh.
apepun,buang yang keruh,ambil yang jernih,padam yang buruk,kekalkan yang cantik,bersihkan yang kotor,tukarkan yang tak elok kepada yang lebih baik.eh ayat macam ada kaitan dengan pilihan raya je neh.#inikalilah
sebanyak mana ujian,setinggi mana cabaran,sekuat mana dugaan
saya ada Allah yang Maha mendengar.
keluarga yang banyak bagi dorongan,
insan yang sangat memahami(ek ehem tetibe rasa macam nak terbatuk batuk dah kenape)
dan teman seperjuangan yang sentiasa menguatkan.
so,
goodbye april!

dan hai hai may!
bulan 5.tak lama dah nak bulan 7
bermakna tak lama dah nak final
tak lama dah nak balik malaysia(dasar anak manja keje tiap tahun asek nak balik je.ehhh i balik untuk berbakti kepada ummi dan abah okeyyy huhu >_< yolah tu)
dan bulan pilihan raya.kalau tengok kat timeline facebook tu memang penuh pasal mengundi.
yelah,nak tengok berita kat tv pon bukan boleh percaya sangat.
nak dapat maklumat kat surat khabar pon bukannye betul sangat.
eh ade yang terasa ke??
tak cakap ape ape takde takde.
ya,memang apa-apa maklumat yang kita dapat pon kita kene kaji dulu tak boleh terima bulat-bulat
(tapi mende ni saya tak apply dalam buku medic.saya selalu ade perasaan "eh buku/doktor cakap macam tu maknenya betul laa tuu" sebab saya rasa mende dalam medic terlalu banyak untuk dikaji.haha boleh pulak gitu.dah macam mana nak buat penemuan baru gitu isy isy isy)

ape pon,kita semua ada pendapat dan nilaian tersendiri.dan selamat membuat pilihan yang tepat!

selesai sudah tiga surgery kita hari ini.ohcee tiga surgery tuu padahal masuk tiga operation theater tanpa buat apa-apa dan tengok sahaja.
 
~kita mulakan sesi bulan may kita dengan sakit tekak dan batuk-batuk.mentang-mentang tengah belajar ENT terus nak sakit tekak heh.
~sikit lagi nak ada tanda demam neh.al-maklum cuaca memang panas sekarang.mujur minggu ni cuti 3 hari.tapi esok ade kelas dah huhu.anyway saya suka kelas ENT dan tempat baris kedua paling kanan.




Monday, April 22, 2013

salah.malu.maaf.

semua orang buat salah kat dunia ni.
tapi terpulang nak mengaku salah.
atau menyembunyikan kesalahan.
hanya yang berani mengaku kesalahan.

semua orang mampu meminta maaf
tapi tak ramai yang ungkapkan maaf
dan tak semua mampu memaafkan.
hanya yang berhati mulia memberi kemaafan.

saya muhasabah diri.post-mortem nurani.ya,saya manusia biasa yang banyak melakukan kesalahan.bukan malaikat yang setiap masa melakukan kebaikan.

tapi dengan kesalahan,
kita belajar untuk tidak melakukannya lagi
dan dari situ kita tahu,apa yang kita buat itu salah.
mungkin juga kita tidak nampak itu adalah salah.

fuh.saya dah lama tak update blog rupanya.lepas tu update dah tetibe cakap pasal salah maaf skema dah macam puisi pujangga dah tengok ni haa.

baru je lepas cari bahan assignment.hampir nak shutdown laptop.tetibe ternampak ym.owh tetibe rasa macam nak baca ym yang lama-lama.dan tetibe rasa macam nak update blog.

bila baca ym yang lama-lama,rasa kelakar.serius kelakar!sebab saya pernah buat salah dengan seseorang ni.dan saya dengan jujurnya mengaku kesalahan saya.cewah jujur katanya!dan orang tu tak marah pon.seriusly tak nak marah?dah bagi peluang marah tu*ek eleh konon nak sangat kene marah.kang marah betul-betul ade yang nanges tak berhenti heh*

kelakar sebab tetibe rasa macam"serius ke aku buat macam tu.alamak malunyeeeee!"
dan lagi kelakar sebab"serius ke aku bagitahu dia direct jujur macam tu?serius??"
ya,serius.dan serius malu!

takpelah.cerita lama.entah dia ingat entah tak.harap-harap tak ingat haha.
tapi saya takkan lupe laa kot.anyway orang yang lahir bulan 7 ni memang suke kenang cerita lama dan sentimental -.- *suke hati je tuduh orang bulan 7 macam neh*

okey.sila tidur sekarang.saya tak nak makan gula-gula sambil tengok operation dah(maksudnya tak nak mengantuk dalam kelas).tapi kalau operation larynx(bahagian leher) okey laa kot.kalau operation hidung.errrr....

lagi satu.kalau anda ada buat salah,mengaku je dan mintak maaf.memang malu.tapi apa yang nak dimalukan dengan meminta maaf.manusia yang buat salah dan tak mintak maaf patut malu.kan?

~thank you awak.sincerely me.

Wednesday, April 3, 2013

busy katanya...

salam 'alaik!

fuhhhhhhhh fuhhhhhhh*tiup habuk dan debu kat blog ni sambil-sambil buang sarang labah-labah*
ohcee konon macam lama tak update blog.tapi memang rasa lama pon.

masuk round ophthalmology,sibuk prepare untuk presentation.dalam masa yang sama ada program batch I-fest.(islamik festival)bukan C-fest okey.I-fest.c-fest tu kat tempat lain hehe....okey tetibe.abaikan abaikan

preparation untuk presentation tak tahu nak cakap apa.jalan pon macam dah tak pijak tanah dah time neh.cuak punye pasal bila dengar group lain punye presentation doktor sangat tegas.apa lagi kami pon buat laa 'mock' presentation sehari sebelum present dengan harapan dapat puaskan hati doktor.dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

tak lama lepas tu pulak kene prepare untuk end round exam.kali ni tiada ujian bertulis.okey lega....
tapi ada ujian clinical dan oral(doktor tanya soalan dan jawab dengan mulut sendiri depan doktor) maka terus rasa macam arghhhhhh.but at the end alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.

kemudian sambung lagi program batch.
lagi esok ada international day kesian tengok housemate bersengkang mata buat bahan.takpe esok kite berjemaah menyiapkan booth.
jumaat ada program sukan Inter Chapter gamEs(I.C.E) pulak.

penat?haruslah penat.saaaangat penat sebab kadang-kadang rasa macam takde masa untuk diri sendiri.cewah ayat macam orang berkerjaya tak balik rumah seminggu je.
normal laa kehidupan seorang pelajar macam ni kan.tapi saya rasa okey je.
sebab masa kosong/masa lapang tu membunuh sebenarnya.
daripada kita banyak leka dengan perkara tak berfaedah,lebih baik kita sibukkan diri dengan sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.
takpon perkara yang berfaedah kepada diri sendiri.
seperti bersukan,baca buku,tak pon pergi study,pergi camping.ehh??

group presentation ophthalmology dengan doktor omar selaku pemantau group kami yang saaaangatlah susah nak jumpa.kalau dapat jumpa pon sekejap je tu pon sampai kene kejar doktor haih kalah artis dah.ape memang macam artis?nak sign??sorry round ophthal dah habes dan tak dah kot jumpe doktor neh haha.

~sekarang round otorhinolaryngology-head & neck surgery atau ear nose throat atau ENT-HNS.okey sape-sape yang sakit telinga hidung tersumbat sakit tekak boleh jumpa saya lepas ni dan sila buat appointment dulu :P


Saturday, March 16, 2013

belajar.

semalam saya ade buat post.tapi delete balik.sebab cerita tu tak best langsung langsung bagi saya.dan hari semalam pon bukan hari yang best bagi saya.saya cuba buat perkara yang best seperti pergi meeting,pergi medical team small group discussion,present pum pang pum pang,beli ayam tapi tetap jugak rasa tak best.maka mencuba untuk buat-buat best.tapi kemudian saya mengaku yang hari semalam memang saya rasa tak best.hari ni pulak separuh best.okey enough about it.biarkanlah sehari yang tak best tu.let's make tomorrow better day than yesterday.ya,saya belajar sesuatu dari perkara semalam.

minggu ini minggu last untuk lecture round ophthalmalogy.
dan hari ini kene marah sebab tak buat ujian mata kat patient betul-betul.nice.
kesian dekat kawan tu dah siap ambek history tetibe kene bagitahu full history.
saya buat muka tunggul je laa bila lecture dah start syarah panjang-panjang cakap exam dah dekat kamu kene tahu perkara basic macam ni and and and.........
biasalah proses belajar.
macam saya kena hari tu.maka saya paham laa perasaan tu huhu.
tapi disebabkan tadi pergi kelas macam feelingless takde semangat.pergi kelas pon lambat dengan tak breakfastnya jalan kaki pergi uni pon malas owh owh teruknya kema hari neh :(
tapi masa lecturer saya mencuba sedaya upaya mengumpul sisa semangat yang ada.
kumpul semangat bila masuk hospital dan lalu wad.cakap dalam hati"kema,your patient need you and please focus"
em baik jugak saya memikirkan hal ehwal pesakit kehkeh.mohon pesakit saya nanti buat baik dengan saya

okey saya sedang usaha untuk belajar laa ni.

eh dah kenapa asek lagu ini je yang dok ulang 2 3 kali dari tadi laptop ni.saje je kan.heh.

yesterday,as a lesson for me.
promise not to do it again today
tomorrow and every day.

for a person that important in your life,
you choose to hide your sadness rather than you make that person sad because of you.
you choose to make that person happy rather than make your own happiness.
because their happiness and sadness mean yours too.
right?
:')

~doakan saya dan kawan-kawan untuk menduduki end round exam dengan jayanya.ameen!
~saya sedang belajar untuk berubah menjadi lebih baik.belajar menjadi seorang yang lagi baik.dan belajar menjadi seorang yang terbaik:)

Sunday, March 10, 2013

cerita kita.

alhamdulillah.
Allah selalu hadirkan insan-insan yang memahami kita
mengambil berat diri kita tanpa kita sedar atau tidak
andai kata kita sedih,Dia ada cara sendiri untuk mengubati kesedihan tu.
seorang buat kita sedih,beribu boleh buat kita gembira semula.
satu perkara buat kita diuji sampai give-up,berjuta perkara Dia tunjukkan ada orang lagi besar ujian sampai kita rasa apalah sangat ujian kita dapat tu.
ini serius.

dan dalam suka dalam duka
dalam sedih dalam gembira
ingat Allah selalu,sentiasa
yang mendatangkan kita seribu satu rasa.

dan
(saya rasa saya suka mula ayat dengan dan,maka,tapi,know what.kengkonon puitis sangat laa heh)
bila kita buat orang lain happy,kita pon akan rasa happy sekali :))))))
yang ini tak dikira se-rius dah.tapi dua-rius.

baca pengalaman orang lain,membuatkan kita untuk rasa pengalaman yang sama.saya banyak jalan-jalan kat blog orang lain.jadi bila baca cerita best pasal orang lain.kita pon mesti macam
"huiyoo beznyee"
"eh nak jugak macam tuuuu"
"kalaulaa aku dapat apa yang dia dapat"
etc etc....
kannn??tapi percayalah.cerita sendiri pon best jugak.mungkin kita rasa cerita kita biasa je.tapi orang lain tengok cerita kita : mak aiii gempaknyee-very the best in the world-baaaaapakkk laaa cerita die neh.okey over.

hari ni saya dapat baca cerita orang lain yang saya tak pernah lalui sendiri.dan pembawaan cerita sekali dengan gambar rajah yang real rasa macam diri sendiri termasuk sekali dalam cerita.ohceeee sampai begitu sekali.

hari ni skype dengan ummi abah sambil masak kat dapur.kelasss ko jah sambil masak pon boleh skype.inilah yang dikatakan teknologi dihujung jari.tak de hal punye.masak sambil on phone,message,whatsapp,tweet tu dah biasa dahhh.nampak sikit gadis melayu masa kini gitu.ohcee masa kini ye.handphone tu kalau masuk kuali kene goreng celup tepung baru nak menyesal terhantuk tengadah kembali ke jalan yang lurus bagai bagai.

eh saya rasa nanti dah ada rumah sendiri kat dapur perlu laptop atau tab sebuah siap dengan wifi laa awak.senang nak google resepi tak pon sambil masak tu sambil tengok masterchef ke kan haaa baru rasa syahdu sikit nak masak<<errr dia ni cakap dengan sape??demand sungguh laa sape penulis blog ni haih

tapi kan,tak tahu kenapa minggu ni sangat rindukan rumah,malaysia dan penduduknya(ummi abah,adik-adik,........)ini semua gara-gara bermulanya misi mencari tiket flight mungkin.eh balik ghupenye budak ni tahun ni.hehehe....eh balik sebab nak renew passport okeyyy*terer tak cari alasan*

okey cukup.esok kelas ocular trauma.semangat semangat yeahh!!*mata berapi ala-ala goku kamehameha*

~satu hari nanti,saya akan tulis cerita kita versi lain.lain macam mana?tunggu.satu hari nanti.(kalau ingat pasal ni dan kalau rajin lagi nak update blog heh)
~i'm happy because u're happy :) 







Friday, March 8, 2013

begitu juga.

perasan tak minggu ni berapa banyak post dah wujud kat blog ni?eh rajin sungguh kema update blog sejak 2 menjak 3 menjak neh.kalau rajin tu,terlebih lebih pulak.kalau sampai mood malas tu nak tekan keyboard pon malas kuasa dua.

hari ni rasa macam serabut sangat sebab kene karang ayat sendiri nak buat assignment.boleh?sampai tumpang inbox orang lain nak membebel.terok bebenor gayanya buat assignment macam buat 10 tesis.nak siapkan satu muka pon dah sejam.tolonglaaaaa rajin kema oiii rajin rajin rajin!!!*tarik telinga sendiri*

tapi mungkin jugak sebab hari ni mood tak berapa nak okey.mendung sahaja dari semalam.sebab ribut pasir melanda mungkin.serius ribut pasir pagi tadi sampai oren pemandangan kat luar.

tapi rupenye bukan saya sorang je rasa macam tu.emmm

bila orang lain yang kena marah,saya yang beria nanges*nanges lagi*
bila orang lain ada masalah,saya yang lagi sedih.
bila orang lain gembira,saya dulu yang senyum.
bila orang lain suka,saya yang excited terlebih.

kadang-kadang kita tak sedar perasaan kita dipengaruhi oleh orang yang rapat dengan kita.tanpa sedar okey.unconscious.rapat bukan masuk rapat jarak duduk sebelah-sebelah.bukan.

dan kadang-kadang perasaan kita pon akan bagi efek kat orang terdekat.contoh,mak saya tahu bila saya tengah sedih time exam practical anatomy *yang pen termasuk dalam perut mayat tu lepas tu tak cukup masa terus fikir masa depan gelap heh*

serius.saya dah cakap anything related to feeling is complicated.
unexpected.unexplained.undescribable.unknown.unilateral.eh tetibe.

hope tomorrow getting better,everythings doing fine.
let's smile!

saya selalu senyum nampak gigi.selalu mencuba untuk senyum tak nampak gigi sebab susunan gigi pon tak rata mana.nak pakai braces...errrr kirim salam banyak.antara kene injection 10 kali dengan jumpa dentist,saya pilih untuk kene inject!eh senyum senyum hee :D

yang ni senyum malu kucing-kucing.eh comel pulak senyum macam ni.nak senyum cenggini laa hehe*bajettt laa boleh comel macam ni haih*

hah tak payah nak cover sangat.sengih je macam ni terus tak nampak mata haaa

SMILE :)

okey?

~minggu ni asek kene garang je.garang sangat ke saya??emmmm.
~bukan anda seorang rasa begitu.saya pon begitu juga :)

Thursday, March 7, 2013

entry ni panjang mengarut jangan baca

pernah tak rasa nak marah tapi tak boleh nak marah?
at the end diri sendiri jugak yang makan hati-.- kenyang okey makan hati tak payah nak makan nasi dah buat perabis beras je.bagus untuk mereka yang nak diet.

selalu macam ni.nak marah tapi tak sampai hati nak marah.geram tapi tak boleh nak cakap geram kat depan-depan orang tu.maka jalan terakhir adalah menggantikan kemarahan itu dengan kesedihan sebab bengang tak boleh nak lepaskan marah tu T_T *sobsob*

but when i think about it again and again,maybe that way is better for me.crying is better than getting mad with someone.hodoh okey bila marah-marah.rasa tua,rasa macam raksasa,rasa macam muke berkerut seribu,rasa macam proses penuaan makin cepat rasa macam makcik makcik.okey sudah.

mungkin orang lain cakap "weh ko memang takde keja lain ye.sedih nanges,gembira nanges,terharu pon nak nanges,kene marah nanges,tak kene marah nanges,nak marah nanges......nanges.....nanges..."
habis tu nak buat macam mana,this is me :( typical woman right?

pernah je nak ubah perangai.yes i did.tahan diri sendiri daripada nak nanges dengan pujuk diri sendiri kengkonon tabah laa kann.tapi bila orang lain datang pujuk,dahhh misi gagal!nanges sebab terharu.boleh?tapi saya pandai jugak buat muka tak de perasaan padahal masa tu dalam hati dah melalak lalak.anugerah pelakon wanita terbaik sepatutnya di sandang oleh kema.dan anugerah pelakon air mata sekali.

tapi*nak buat pengakuan*saya susah nak nanges depan ummi abah.walaupun hari raya bermaaf maafan*anak sape ni tak feeling langsung mintak maaf di pagi raya tak nanges* walaupun fefeeling merajuk, walaupun kat airport masa nak fly first time,walaupun kat airport setiap kali nak balik mesir.pelik jugak.errrr nanges lepas paper pathology terkecuali huhu.

but know what.usually i feel that i've strength after crying.lebih kurang macam release tension jugak.
dan nanges sorang-sorang itu salah satu cara release tension tapi tibatiba datang orang lain boleh pulak tetibe sengih lepas tu bertegur sapa bertanya khabar bagai.something related with feeling is complicated.

dan tahukah anda untuk menjadi seorang doktor ini dah berapa tangki air mata keluar?belum lagi jadi doktor.kema kema*geleng kepala* mohon bertabah sikit ye.

 when i'm sad,my family always comfort me smile,my friends always make me smile.and i hope i will have someone who always be my crying shoulder.or actually the one that can change the tears to laughter.

tapi kita ada Dia tempat mengadu yang paling memahami dan tahu apa yang terbaik untuk kita.dan insyaAllah saya tak lupa ALLAH selalu ada tika sedih gembira suka duka.Dia yang hadirkan insan-insan  yang menceriakan hari-hari saya.dan Dia juga yang menenangkan hati mententeramkan jiwa :)

~this post is really about me.saya memang berharap tak ramai orang baca post ni.serius ni.sebab tu letak tajuk macam tu.motif apakah post lepas tu tak bagi orang lain baca?
~"tak pe sedih sikit-sikit tapi jangan sampai terbawak bawak ye doct ;)"baiklah tak jadi nak sedih banyak.

Wednesday, March 6, 2013

setahun sekali.

setahun,hanya sekali
merayakan hari yang mulia ini.
selamaaatttt haaaaariiiiii raaaayaaaaa
tenenet tet tet tet tenenet

dah tetibe nak nyanyi lagu raya.bukan homesick okeyyy bukan no no no.habis tu ape kebenda yang setahun sekalinya?

clinical approach to leucocoria / leukocoria *mana-mana boleh pilih*
itulah tajuk assignment kita tahun ini.eh untuk round ini.lupe time round community medicine pon ade buat assignment tapi secara berjemaah satu kelas.berjemaah i tell you.satu kelas ada 50 orang buat satu tajuk assignment.anda ada??*kengkonon ayat sopan bagi "ko hado"??*

eh tapi jangan laa fikir 5 orang je yang bertungkus lumus buat assignment manakala lagi 45 orang goyang tangan dan kaki dan hanya tanya "assignment dah binding ke belum".no no no.bukan macam tu ye adik-adik.assignment community medicine ni memerlukan kajian serta borang kaji selidik ala-ala nak buat bancian dari rumah ke rumah gitu.maka banyak laa jugak kerjanya start kene buat borang kaji selidik,cari orang untuk nak isi borang tu,data analysis(yang ni keje saya!!winkwinkwink)data presentation dan lastly the presentation.semua orang pon ada tanggungjawab masing-masing nak menyiapkan assignment tu dan akhirnya terhasillah research about quality of life.nak tahu hidup anda berkualiti ke tak,sila dapatkan borang kaji selidik kami yang entah ada lagi entah dah habis.

owh kembali kepada leucocoria.ini pula assignment untuk round ophthalmology.malam ni plan nak siapkan tapi malangnya yang siap adalah kumpul maklumat sebab....errr..sebab research pasal leucocoria bertukar menjadi kal ho naa ho-ria.errkkk....eh tapi siyes cite tu touching.tapi tak sampai tahap nanges laa sebab sambil tu tengok website pasal mata.tapi berbaloi jugak laa tengok sebab cerita tu tak cliche.kalau kita sayang seseorang tu,kita perlu berkorban demi kebahagiaan orang yang kita sayang tu.ohceee!!!habislaaa kema kene cop jiwang lepas neh!confirm!!eh keluarga pon orang yang kita sayang kan.mak,ayah,adik beradik.haaa korang fikir ape ni??

dah ape kaitan dengan tajuk?nak cakap assignment hanya setahun sekali.eh yeke?rasa macam banyak kali.takpe lah.maksudnya kat sini assignment ni bukan laa tiap-tiap bulan kene buat kan.maka nya sila lah buat betul-betul ye cik akma.jangan copy paste semata.faham apa yang kita buat tu demi kebaikan semua.cewah dah macam moyang menasihati cicitnya-.-

makin bertambah umur,makin complicated masalah.banyak pulak laa persimpangan dilema nye sekarang ni.maknanya kita perlu semakin dekat dengan Dia.bukan makin besar makin sibuk maka makin jauh dariNya...it's okey.setiap masalah ada penyelesaiannya.kan?

p/s : blog saya ni ramai laa jugak orang baca rupenye(3 orang dikira ramai okey sebab plural.more than one).mula-mula malu laa jugak bila tahu kehkeh*blushing* tapi nak cakap blog saya takde apa yang menarik.semua cerita syok sendiri sahaja.jujur ni jujur ni

okey dah stop.kot ye pon jangan nak buat post blog ni macam assignment pulak nak kene type sampai 25 pages.zzzzzzzzz

~bila kita tetibe terfikir pasal seseorang,dan tetibe die muncul.tetibe jeee.emmm....esok belajar retina.eh tetibe

Saturday, March 2, 2013

dissappointed laa kema!

hari neh ambek history patient.tapi tak ambek full.
tapi selalu doktor nak diagnosis je.eh tapi memang sepatutnya kene buat full examination.

dan punyelaa khusyuk dengar lecture sampai lupa nak duduk



hari ni kelas,tapi gaya macam tak de kelas.
lepas tu mula kelam kabut gelabah ayam bersiap pegi kelas
lepas tu mula laa kelam kabut.
dissappointed laa kema.

gini laa gaya bila jasad kat mesir hati kat malaysia..ehh ehhh ehhhh
hadirkan hati jiwa sekali dengan jasad ye next time.
okey lain kali saya tak buat dah.ambek history betul-betul punye

dan malam ni rasa nak tidur awal je tapi tak bukak buku lagi
dissappointed laa kema!

emm semalam beli ayam.ade seekor ayam tu saya rasa dia ada severe ptosis.eh sejak belajar pasal mata neh mata ayam pon saya usya.ingat nak keluar torch dah nak cek mata ayam tu sekali ade student melayu pon beli ayam jugak kat tempat yang sama.haisy sebok je time orang beli ayam time tu jugak laa semua manusia lain pon nak beli ayam.eh dah 'memang' kedai ayam tu hak milik ko sorang kema oiiii.zzzzzzzzz eh dah tetibe masuk cerita ayam pulak kan.

esok cadangnya nak beli stethoscope nak gantung kat leher je sepanjang masa bagi semangat dan ingat sikit tanggungjawab.heh.dari cerita dissappointed ke cerita mata ayam bawak ke cerita semangat.memang laa ayat kat blog neh tak pernah nak ada kesinambungan.-.-

~i'm waiting for the next report :D
~nak beli stethoscope murah je.up sikit dari stethoscope mainan laa tapinya.yang mahal tunggu ade orang bagi *winkwinkwink**plan penjimatan namanya ni hehe*

Friday, March 1, 2013

nak balik jugakkk

alhamdulillah!
setelah 3 hari mengalami masalah GIT.okey diarrhoea laaa senang cite heh -.-
keracunan makanan mungkin.
sekarang neh kalau kene diarrhoea macam-macam laa dalam kepala otak
amoeba,staphylococcos,hepatitis A,cholera,dan seluruh cacing dalam buku parasite dan bakteria virus bagai dalam buku microb sume keluar laaa
'ala kulli hal,getting better.
terima kasih buat semua kawan yang mendoakan,dan sume yang tanya "kema dah okey ke??"
owh owh terharu sungguh :') siyes touching okey!
errr saya rasa macam dah 1 mesir tahu masalah saya neh.heh

dan tadi jumpa kak naemah,akak mentor usrah tahun 3.jumpa sebelum beliau balik ke malaysia dan memulakan tugas sebagai seorang houseman.*sobsob*
niat nak jumpe sekejap je sebab tak dapat hantar pergi airport
sekali kak naemah bagi barang.tu diaaa  siap ada lab kot,termos,pembalut buku,minyak bio oil.dan errr pil chi-kit teck aun*terpaksa rujuk kotak dia nak type nama ni haa.nama pil dah macam nama tokoh sejarah mak oiii*
alamak tak sempat jugak nak ambek gambar dengan kak naemah yang comel lagi cute*sobsob lagi sekali*
anyway kak naemah dah kahwin okeyyy.sorry tak boleh nak promote huhu
ingat lagi masa tahun 1 giler kecoh kak naemah nak kahwin dengan abang israk.isy isy isy punye laa jakun tahun 1 dengar pasal kahwin.
sekarang?ada aku kesah??lolllzzz.
okey tipu laa tak kisah.kitorang ambek tahu jugak tapi takdela semangat mentera semerah padi macam tahun 1dolu-dolu.

owh ye.niatnya malam minggu ni nak baca buku yang beli masa ma'arad kutub(pesta buku)hari tu.tulus suci murni betul niat daku.calon akak ipar terbaik neh.

semuaaaa buku saya.eh macam ada jugak buku untukk orang lain huhu

kalau dulu memang tak pandang buku-buku macam ni.rasa macam tinggi sangat level heh


errrr*caption tengok kat instagram huhu*

owh hari tu cari vakum.lepas tu cari makan kat fuddruckers :D


chicken ape kemenda entah nama die.ayam goreng rangup dengan ayam grill laa lebih kurang.tapi sedap.serius!mashed potato die wowowowww

2 pinggan untuk 2 orang ye.kang keluar pulak statement"kema makan 2 pinggan dan habiskan seorang sahaja maka dia kuat makan"no no no

jemput makan!!at the end kentang goreng tu terpaksa bungkus bawak balik sebab banyak sangat tak larat nak habiskan kat situ.saya dah cakap jimat dan untung makan dengan saya ni.tengok boleh bungkus lagi kehkeh*motip?*

tengok akak-akak senior balik malaysia dan akan berkhidmat,rasa tak sabar nak balik for good jugakkkkk.lagi 2 tahun setengah insyaAllah.doakan! :)

~always make me tachycardia.i'm waiting for the next report.take care!
~"awak bila nak kahwin??"soalan direct kak naemah tadi yang memang tak mampu nak jawab tak tahu nak reply diam seribu bahasa kelu lidah terkunci mulut.gitu laa kaedahnya.nak google cari jawapan memang tak boleh.speachless weh!


Wednesday, February 27, 2013

again.

okey minggu ni kali kedua bebel pasal masalah GIT sebab ingatkan masalah tu dah selesai dengan jayanya tanpa apa-apa bantuan ubat-ubatan atau nasihat dari doktor bertauliah dan hanya menggunakan cara tradisional minum air teh pekat sahaja.fuhh panjangnya ayat tak de koma noktah bagai -.-

lagi sekali masalah itu melanda lagi.lagi sekali ambek teh pekat yang kadar gula sangat rendah(confirm pahit wehhhh huhu)tapi dah tak berkesan dah.maka terpaksa laa pergi soidaliyah(farmasi)yang berlambak lambak dekat universiti tu.eh serius kedai farmasi sama banyak dengan kedai runcit kat mesir ni.eh ke lagi banyak??

haa ni nak bagitahu neh.tadi lecture pasal complicated cataract doktor ada sebut pasal ubat mata yang mengandungi steroid.steroid memang boleh sembuhkan penyakit yang berkaitan dengan inflammation of the eye(mata).bila guna ubat tu,pesakit akan sembuh jadi mereka akan berisiko tinggi untuk ambil ubat tu lagi bila datang lagi sakit mata tanpa mengetahui kesan jangka panjang ubat tersebut.ataupun pesakit menggunakan ubat tersebut untuk jangka masa yang lama dari yang sepatutnya lalu membawa kepada kesan yang lebih teruk.haa cuak tak cuak tak??


dan sebenarnya....
dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyuman mu itu...ehhhhh
errrr
pung pang pung pang bebel kat orang tu pasal ni jangan sesuke hati beli ubat kat farmasi.jumpa doktor dulu.sekali diri sendiri yang buat.zzzzzzzzzzzzzzz.haruslah kene inject laju laju budak kema neh.

okey dah telan ubat streptoquin*before makan baca dulu apa kertas dalam kotak tu cakap.semangat okey baca kertas kat dalam kotak ubat neh huhu*
telan sebiji cukup laa kot.tu pon dah tersekat sekat dah kat tekak.
saya tak sukaaaa ubat tablet pil
nak yang syrup macam ubat batuk jeee
eh tak.tak suka ubat.

eh tadi dah rancang nak tidur awal.maka kena laksanakan apa yang dirancang.lolzz

~hope tomorrow i'll become better.nyaris-nyaris jugak tak pergi lecture tadi tapi memang tak sampai hati okey nak tinggal kelas.i must be strong for my patient.kalau saya sakit sape nak jaga patient saya.ewah touching tak?
~dah fikir tarikh nak beli tiket balik malaysia.ini serius

Wednesday, February 20, 2013

masalah.


dah 2 hari dah,mengalami masalah GIT
(gastro intestinal tract.bukan gadis ikutan trend)
saya rasa problem neh dah macam annual program setiap tahun je.serius.dari tahun satu mesti akan mengalami masalah macam neh.saya syak gara-gara keracunan makanan.

tahun satu.saya suspek berpunca daripada burger atau 'asir(jus) 'asob(tebu).2 hari(errr ke 2 minggu ek?tak ingat dah)keluar masuk tandas memang tak lalu nak makan.nanges-nanges ko tak boleh makan time tu huhu.dan kemuncaknya bila muntah dengan banyaknya.

bayangkan.orang dah laa takde berat.bila 2 hari kene macam tu memang turun 2 kilo.tak ke berat jadi negatif 2 kilo(-2kg) disitu??heh.dan selepas itu berat memang tak mau naik-naikdah.tambah pulak exam final dan rindukan rumah kehkeh(tahun satu kannn.homesick over)

tahun 2 dan tahun 3 pon ade kes jugak.padahal memang bukan jenis suka beli makanan sembarangan.ujian ujian.

tapi saya pon kuat makan.tapi susah sangat nak naik berat.nak turun senang yang amat.metabolism tinggi sangat mungkin.ke makan tak baca bismillah neh???haaaaa

underweight tak sihat.BMI normal is okey :D
*sape BMI normal bangga laaa tu :P*

dah 4 tahun kat sini.setiap minggu telefon ummi abah.dan setiap kali itu jugak akan ada soalan
"kaklong dah makan ke belum?"
"kaklong makan apa tadi?"
"kaklong makan banyak sikit"
*bukan makan banyak sikit.saya dah makan banyak-banyak banyak sobsob*

dah lali dengan soalan"kema,bila nak besar neh?"
"lepas kawen"dah tu je jawapan mampu bagi.kbai nak jemur baju.

~doakan saya membesar dengan sihat dan cergas hehe
~perlu lagi ke ambek appeton ek???

Tuesday, February 19, 2013

ko buat ape kema??

ohoiiii oiii
hari neh tak tau laa kenapa malas sangat nak bukak buku ophthalmology(semangat orang type panjang-panjang.optal sudaaa)

niatnya lepas solat isyak tadi dengan semangat yang jitu ketekunan yang tinggi memang semat dalam hati nak bukak buku ophthal.tak pon nak cuba-cuba(cuba je okeyyy) bukak buku forensic.

lepas solat tu tetibe nampak pulak noni bukak cerita korea(kantoi daa noni tengok korea kahkah).bila tengok part tengah-tengah tu mula laaa diri ini tertanya tanya salasilah watak pokok pangkal cerita.maka noni pon semangat laa tekan pause kejap lepas tu cite balik dari mule.

"cerita die macam ni.dorang neh kene culik time kecik lepas tu hero tu larikan diri.heroin ingat hero tu memang dah larikan diri tapi sebenarnye hero nak selamatkan jugak heroin.lepas tu hero tinggal dengan mak heroin.skang ni heroin nak kenekan balik hero...bla..blaa.blaa"sinopsis noni macam takde kesinambungan disitu<<habeslaa kalau noni baca ni mau tido luar bilik malam neh

punye semangat noni cerita.lepas tu sambung tengok cerita tu dalam 5 minit at the end"em tak paham laa cite neh noni.tak nak laa tengok"hampeh kan punye kawan.lepas itu daku pon meninggalkan noni dengan koreanya lalu ku buka laptop nak terus cari link blog untuk blogwalking.saya bukanlah fanatik korea.tak minat sangat pon.tapi ade laa 4 5 cerita yang saya tengok dan saya rasa menarik seperti my girl,sassy girl,rooftop prince,full house,the moon that embrace the sun.errr okey itu semua cite lama zaman tok kaduk dah ketinggalan zaman.zzzzzz

lepas dah blogwalking tu tetibe ada perasaan update blog.dah pulak-.-

begitulah kisah hidupku hari ini.dah rajin kema rajin!!!masak kurma dengan kari dah terer dah.tinggal rajin baca buku je lagi.lolzzz orang lain dah masak nasi beriyani laksa laksam bagai ko nak bangga masak kari je??habeslaaa kene reject calon menantu terbaik macam neh.

okey okey.saya nak baca buku laa ni.tadi lecture pasal glaucoma.esok pon glaucoma.habes bangga laa time lecture tadi tolong jawab thickness of cornea around 0.56 mm.owh jangan takabbur tak mau tak mau.bercahaya cahaya muke terus tak ngantuk dah time lecture.kehkeh.padahal kebetulan terbaca pasal cornea before lecture.itulah ilmu Allah nak bagi bila-bila masa je diberikan petunjuk.

hari tu demam selsema hari ni pon hidung tersumbat tambah sakit kepala tak baik lagi.owh tak mau dah ambek ubat hari tu.tidur tak sedarkan diri okeyyy efek ubat tu sangatlah kuat.rasa macam baru sedar dari bius lepas ambek ubat tu.apabila nikmat sihat ditarik seketika,baru nak bersyukur.sobsob.maka bersyukurlah kita selalu.

p/s :muhasabah kari tadi.kari kurang pedas dan sedikit cair.pendapat lain mengatakan biarlah cair kalau pekat nanti tak banyak kuah.pulak dahhhh.apepon puas hati dapat bagi anak orang makan heh

~sejak bila saya pandai guna bahasa simbol-simbol pulak ni?maka pandai-pandailah anda terjemah ek haha
~sape yang rajin baca post panjang berjela tak bermotif neh??terima kasih baca.sila datang lagi :) *muke senyum macam penjaga pintu pizza hut*


Thursday, February 14, 2013

dari retina jatuh ke liver

salam 'alaik!

dari retina jatuh ke liver bermaksud dari mata jatuh ke hati.ape kaitan dengan post ni?errr tak tahu.

tahukah anda,saya rasa makin lama makin malas nak update blog.tapi saya rasa ini semua salah twitter dan instagram.blogspot tolong saman dorang neh haha.okey okey diri sendiri yang malas sebenarnya(saya jujur orangnye ;p)

sedar tak sedar dah masuk 3rd round untuk 4th year ni.round ophthalmology.sedikit pengakuan di sini.sebenarnya masa belajar physio pasal mata dulu,saya rasa saya akan ada perasaan tidak sukakan ophthal.bagi saya subjek tu complicated.sebab macam melibatkan physics(saya memang tak suka physics).so bila rasa mende tu complicated,mule laa rasa macam nak tinggalkan saje mende tu.biarkan lah ia begitu sebab ia rumit.wah wah wah kema.suka hati kamu je nak buat macam tu.

tapi.ada sesuatu yang buat saya tertarik dengan ophthal.bila ada orang cakap:

"emm.saya suka ophthal kot.pasal mata sebab ade lasic.hehe"

okey terus buat 'batas' dalam hati untuk 'tanam' rasa suka kat ophthal.

and now,i love ophthal.yang lain sila jeles kehkeh.sape nak jeles entah.

dan apa yang ada dalam fikiran kita itu penting.kalau dah dari mula fikir susah,complicated maka susahlah jadinya atau kita sendiri sebenarnya yang meng-complicated-kan mende tu.kan?

errr tapi saya rasa ophthal macam susah jugak sebab banyak term-term baru dan kene tengok mende yang kadang-kadang macam nampak tak nampak je.how??

ehh.kata suka tadi.kalau suka kena terima laa macam-macam mana pon kan??insyaAllah you can do it :)


kene pandang jauh ke hadapan untuk meneruskan perjalanan...tapi botol air kene bawak jugak takut nanti dahaga semasa perjalanan....errrr ape punye caption daaaa

dumyat.pertemuan antara sungai nil dan laut...err laut merah ea??(failed geography sungguh)

owh alang-alang tengah rajin upload gambar neh.cerita sikit pasal dumyat(damietta).kat sini boleh tengok pemandangan pertemuan antara air masin di laut dan air tawar dari sungai nil.sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran surah Ar Rahman ayat 19-20 yang bermaksud :

"Dia membiarkan dua lautan mengalir,yang keduanya kemudian bertemu,antara keduanya terdapat batas yang tidak dilampaui masing-masing"

apa yang dapat saya simpulkan,kajian mendapati bahawa antara air sungai dan air laut ni,walaupun dorang duduk sebelah-sebelah,tapi dorang tak bercampur sebab masing-masing ada suhu dan kadar garam yang berbeza.maka dorang tak bercampur laa.kira macam ada garis pemisah antara sungai dengan laut tu.

haa inilah tempat dia.ada orang cakap akan nampak perbezaan antara laut dengan sungai tu.tapi...err saya tak nampak sebab sampai pon dah malam dan ini adalah gambar google hehe.

dah namanya malam.memang tak nampak pemandangan laut tu.yang ada pemandangan bawah lampu.zzzzzzz

kami gen9 beramai ramai memang suka buat rombongan cik kiah neh.baru lepas habis exam round community medicine.release tension sambil merapatkan lagi ukhwah.bila lagi nak jalan ramai-ramai ye dak?sementara semua orang masih single.hekhek


kat mesir memang ada laut.tapi tak sama dengan laut malaysia sebab.....

"there is up and down in life.that's why ECG has up and down too :) and the reason why see-saw has 2 seats is because by that way,there is always someone to bring you up when you go down"

~at this moment,i think i prefer to be just an observer.memerhati dari jauh,dalam diam.

Wednesday, February 6, 2013

unlike.any.other.

hari ini...
emm.hari ini...hari rabu...
derr memang laa hari ni hari rabu.bila nak tulis blog tapi tak tahu nak tulis apa beginilah jadinya -.-

waktu cuti anda dipenuhi dengan apa?ohcee soalan konon nak cover 
(tengah cari idea nak tulis apa sebenarnya huhu)
cuti winter tahun ini dalam sejarah sebab saya tak berjalan luar dari mesir
maka janganlah dicari gambar tengah buat snowman ke,gambar dicelah-celah bunga ke,memang tiada.
(eh ade ke yang mencari gambar tu masalahnye??zzzzz)

adalah perkara saya buat time cuti winter ni
nanti laa story ek.hee
tapi saya nak update jugak blog
sebab hari ini dalam sejarah
sebab...dikenekan baikkk punye haha :P

the feeling was...
yeah
terkejut
terpana
terkesima
semua ter
i was thinking about soooo many things in just one minute
tapi dalam masa yang sama mampu bertanya.
haha.that was so funny okey
can't forget it.
seriously.

"throughout life you will meet one person who is unlike any other.you can talk to these person for hours and never get bored,you can tell them things and they won't judge you.this person is your soulmate,your best friend.don't ever let them go..."

:)
:P








Friday, February 1, 2013

...tukar dinding...

salam 'alaik

nampak lain tak blog ni?nampak tak?nampak??*sila angguk*
hehe :D
habis rajin dah neh tukar template
sebelum ni gune design ade gambar siput-siput tu
em tak matang laa gambar tu(cewah)
macam laa template sekarang matang sangat.heh

2 jam lebih tau nak pilih template sahaja
belum lagi nak design template sendiri
sebabnya tuan blog neh memilih yang amat
well.
saya nak cari template yang simple,nampak matang(tak mau kartun-kartun neh)
nak yang ada bunga-bunga sikit(baru nampak ayu gitu.errkkk)
tapi tak mahu purple pink sangat.
tapi tak nak nampak matang sangat.nanti nampak macam blog makcik-makcik kongsi resepi
jadi nak template yang macam comel-comel je
tapi takdela comel sangat.kang jadi blog macam nak promote nursery je.
see??
nampak tak berapa banyak kriteria yang saya nak?

cerewet?
emm...
selalunya saya bukan jenis memilih sangat
tapi time nak pilih design tadi,agakla cerewet sikit.
i nak blog i neh nampak menarik hokeyyy
(ayat macam follower beribu je)
so nak tak nak,anda kene terima laa ni ek
mungkin sementara.kalau rajin saya tukar yang lain.
kalau malas,terpaksa laa mengadap template ni untuk 3 tahun akan datang haha.

errr
ade sape-sape sudi designkan template for my blog ni?
kalau ada yang volunteer,mohon free in charge laa ek.hee :D

~punye laaa tak nak pakai template yang ade kartun-kartun.at the end yang ade kartun tu jugak laaa yang paling ku berkenan huhu.dah tu je yang nampak comel.tapi yang ni tak berkartun sangat kan?kan??
~nyaris-nyaris jugak nak pakai template warna purple dengan pink tadi.nyaris-nyaris fuh.

Monday, January 14, 2013

...strategic health management...

salam 'alaik

16 Januari ni saya dan kawan-kawan akan menduduki exam end round for community medicine and public health.aaaa dalam erti kata lain;kitorang ade exam commed weh.

nak cerita sikit
commed (community medicine)neh subjek die memang lain dari yang lain
bukan apa
commed ni macam lebih kepada pengurusan kesihatan
pengurusan ibu dan anak
pengurusan alam sekitar
pengurusan bahan terbuang(waste management)
tapi pengurusan yang berkaitan dengan kesihatan
contoh bahan buangan dari hospital nak buang macam mana
masalah yang melibatkan bayi baru lahir dan ibunya sekali,macam mana nak diuruskan
owh ye.
health economic pon ade
(serius saya tak tidur time lecture neh hehe)
tapi time lecture communication tahap kemengantukan itu tidak dapat dibendung lagi -.-
kitorang just macam....err communication?
belajar cara nak berkomunikasi?laaa hai selama ni kitorang tak berkomunikasi ke

komunikasi di sini bermaksud proper communication between the doctor and client(patient)
between you and the community
how you communicate
how you expressed non-verbal communication
contoh muke die tak senyum,tapi die tak cakap apa-apa
adakah bermakna dia marah?kecewa?sedih?neutral?
kadang-kadang dari cara duduk pon kita boleh tahu apa situasi seseorang tu
cewahhhh
psycho tau

senang cerita,
commed ini banyak apply kat pejabat kesihatan
dan juga pengarah hospital
eh yeke?

tapi mujur commed ni ada math
macam statistic tu
tapi bab nak membaca 2 buku tu
errr
memang ujian okey!!!
dahlaa kene ingat point die tu mengikut keutamaan
means,kene ingat point ikut kedudukan dalam buku
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


berkenaan dengan wabak listen yang menular dalam fb dan twitter sekarang
apa yang dapat saya simpulkan
bila seseorang tu bertanya soalan,atau mengutarakan pendapat,
kita mesti jadi pendengar yang baik
dengar dahulu dengan jelas,sehingga habis
jika ia perlukan jawapan,bagi jawapan yang berkaitan
dan jika pendapat itu bercanggah sama sekali dengan prinsip kita,
hormati pandangan dia,raikan pendapat dia.
kalau nak bangkang pon,say it in the good manner
and of course with a good reason dan hujah yang konkrit
jangan tolak mentah-mentah
belum tentu pendapat kita betul
belum tentu pandangan dia salah.
yes.semua orang ada hak untuk bersuara
tapi kita ada adab untuk bersuara,dan juga mendengar
this is the basic of communication
yang saya rasa kalau tak cerita pon,semua orang tahu
even dari tadika kita diajar,bila ada kawan bagi jawapan,yang lain dengar.kan??

and i hope,
i'll be a good doctor to my patient.
and and and 
a good listener to you
just like you being a good listener to me :)
(knowing me,suka bebel bebel.dalam tulisan pon boleh bebel kan.tanya tu,tanya ni.tanya macam-macam.banyak cerita.tapi anda diam je.layankannn aje budak kema neh.nanti die penat die diam laa.owh how childish i am!!so sorry)


all the best buat semua yang exam commed
emmm
all the best jugak
yang ambik exam strategic management pon!!:P

~strategic management + health management=strategic health menagement.dua elemen ini perlu digabungkan untuk mewujudkan pengurusan kesihatan yang berstrategi.ehhh... *sukehhati jeee*

Tuesday, January 8, 2013

m.e.m.o.r.y


kenangan
ada 2 perkara yang kita akan betul-betul ingat
sama ada perkara yang paaaaaaaling sedih dalam hidup kita
atau
perkara yang paaaaaaling menggembirakan kita.
dan saya pilih perkara yang paling menggembirakan.

apa yang saya coretkan itu,
antara perkara yang saya ingat.
jika ditanya apa lagi yang saya ingat?
saya ingat semua!!
errr tak delaa semua dan se-detailnya
tapi 
saya akan cuba ingat
dan terus ingat
sampai saya rasa saya dah tak nak ingat
tapi saya rasa akan ingat sampai bila-bila
sebab macam saya cakap tadi
saya akan ingat perkara yang menggembirakan saya :)

tapi...
kalau satu hari nanti saya tak dapat nak ingat semua tu
sila ingatkan saya balik semua tu :')

sesuatu yang indah untuk diingati,saya simpan ia rapi,dalam kotak memori,macam hadiah ni :)

:)